Monday, March 02, 2009

perabot itu sgt english style

beberapa minggu lepas kan saya cakap, saya nak tgk2 perabot kan, konon mcm plan nak beli sofa kecik2 yang bentuk L tu, nak letak kat bilik utama, alah bilik weols tu la, sbb mcm kosong jer

so alang2 saya ada appoinment checkup monthly kat klinik tadi, lepas ajer setel semua, nak masuk opis pun dah lewat, terus pulang... ontheway nak gi makan tu, saya ajakla en.laloque menyinggah kedai perabot yang beso bagak seberang jalan jusco seremban 2 tu, nampak dari jauh mcm ikea roman eh, tu yang berangan2 nak gi jengah2 tu, best ke idak ke kan

sampai2 sana, kosong je, takde orang, adoiiiiiiii kalau kedai takde orang ni yang leceh ni, bukan hape, kang dia layan kita sorang jer kan, pastu nak layan mata tgk itu ini mcm terbatas sikit, ai kan ala2 pemalu wakakakaka pangggggggggggg kat diri sendiri

weiiiiiiiiiiii siap kena bukak kasut ok masuk kedai perabot tu! kelassss nyah! weols berdua dah la selekeh, rasa tak seswai benau la masuk situ :p

weols masuk2 jer dah ada pembantu kedai tu tolong bukakkan pintu lagik, aduhhhhhh terus jem kepaka hotak gua! nak beli apa pun selera dah terbantut, bajek dah la kecik ni, tp masuk2 kedai jer, semua sofa yang ditayangkan adalah standard rumah mak datin, cam no tu, rasa nak lari lari lari masuk kete balik... tapi gua menten beb! buat2 muka mcm selemba jer, konon tak heran la sofa2 kulit yang siap boleh ejas2 tempat sandar dia

"mau carik apa?"
"kita nak tgk sofa"
kata en.laloque dengan konfiden, saya kat tepi rasa mcm nak gelak

bapak la besar2 sofa kat situu, majoriti harga sofa kat situ adalah 3ribu ke 4ribu ke atas, KEATAS uolsssssss, bukan kebawah okeh! itu pun lepas diskaun!

jadi misi saya lepas tu, adalah TENGOK2 AJE, dah alang2 sampai kan... sekadar cuci mata, nak beli tu tak dapatttttt!!!, bukan nak beli sofa ruang tamu, sbb nak beli sofa kecik2 letak kat bilik ajer, bajek weols kalau boleh nak carik bawak seribu jer, lagi murah lg bagusssssss... kalau dapat RM10 dapat 3set lg bagus wakakaka, igt beli gula2 ke hape, almaklumlah zaman2 ekonomi gawat ni kan ahaks

paling tak tahan adalah bila tanya pembantu kedai tu harga setiap perabot
"ini berapa?"
"ooohhh ini RM4800, kalau u tak mau satu ni, kita boleh keluarkan, dan harga nya adalah RM4200 selepas diskaun"
"oooo, RM4200 lepas diskaun yer" sambil angguk2 dengan muka penuh konfiden wakakakaka
"ini kalau tempah ni bila boleh siap ni" wakakakaka siap tanya tempah yang tak boleh blah tu
"dalam 3 minggu itu mcm"
"oooo cepat jugak yer" hhahahahaha nak mencicit2 saya gelak, bapak la lawak dengan diri sendiri

dah penat melayan, last2
"takpelah, kita tgk2 dulu tempat lain, nanti kalau saya bekenan saya datang balik"
tuuuuuuuuuuu ayat standard maaarrrrrrrrr...

keluar jer dari kedai perabot tu, saya tahan gelak jer, adoiiiiiiiii... buzz bajek acik kalau beli jugak sofa2 kulit berjenama mahal tu, akibatnya nanti hari2 weols makan nasi berlaukkan telur goreng selama setahun!

nak beli tu boleh, tp buat masa ni rasanya elok kalau saya ukur baju di badan sendiri kannn...

haaaaaaaaa... ini antara tatapan peminat english style, ada la beberapa perabot sempat saya snap dalam keadaan "curi2", alah uols tahu2 ajer la skrg kan, asal kita amik gambar jer, orang fikir kita niat tak baik, padahal ni kan ala2 nak tolong promote gak ni kan...

set katil ala2 english style, phewitttttttttttttttttttt... cun tuuu... harga dia saya malu nak tgk!


sofa ni pun saya sukaaaaaaaaaaaa sgt! tp suka2 pun skrg dpt tgk jer la


tu dia satu lagi, ala2 sofa bunga2

yang lain sume kulit2 uolsss... semua sofa jenis, orang lompat2 sebelah, kita kat sebelah tak terasa efeknya gitu...

next!

kena cari kedai perabot yang biasa2 jer, yang ada sofa yang menepati citarasa dan menepati bajet poket ku :D (poket laki ku sebenarnya)

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

7 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

uishh...shopping prabot ekk kak...

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

haha kelakar baca entry nie.. tak pela tak de rezeki nak duduk sofa mahal tu kan...

atie said... [Reply to Comments]

memang minat gila dengan english design, tapi kalau ktie pun tak beli juga....wakaka. nan ada mampu....

kirana said... [Reply to Comments]

kedai perabot gucca kat sban dah masuk?situ konsep moden..cantik2 jugak..mmg bekenan la ..tp tgk rege riban2 hehehhe....masuk kena bukak kasut..pastu ada saleman akan layan kite ikut jer...tp dia layan baik la..sbb dh bgtau awal2 nk tgk rege sevey2 saja

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

wow..manyak mahal oo.. takpe la kan vp.. tgk2 je lan kan

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

kak, ari sabtu ni last day malaysian international furniture fair kat matrade & pwtc, pegi la last day biasanya dorg lelong2 jek perabot2 sbb xnak bwk balik negara dorg xnak bayo cukai :)

Angah said... [Reply to Comments]

VP

Beli sofa fabrik yang ikut bajet lepas tu salin fabrik tu dengan english style.. berganda2 murahnya..

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^