Friday, March 27, 2009

sedap sedap sedap

ontheway balik rumah, dalam kereta

"hello papa, dah sampai mana?"
"dah sampai tol seremban"
"ooooooooooo papa dah makan ek cupcakes tu"
"mana ada"
"tipu tipu tipu ooooooooooooo"
"tak la, mana ada papa makan"
"jangan makannnnnnnnnn tau... tunggu mama"

hahahahhaa, punya dengki kalau en.laloque rasmikan dulu wakakaka, sabo jer la kan

sampai2 rumah pun soalan pertama saya tanya
"mana cupcakes?"

hahahaha dush dush dush kat diri sendiri, sgt la x menyempat2 ko, tak sopan betul menunjukkan perangai gelojoh wakakaka, takpe laki sendiri marrrrrr

bukak2 je kotak terus "wuuuhooooooooooo... cantiknyaaaaaaaaaa" omak nisa xcited over nau, gilo ko apo, tak sempat2 bawak ke meja makan, kat ruang tamu terus sambar wakakaka


tgk secara live adalah lebih cantik dari dalam gambo tauuuuu


kelmarin masa kakpnut sms2 saya, dia tanya saya nisa minat kartun apa, saya bagitau kak pnut, nisa kalau kartun dia minat la dengan dibo gift dragon tu, tp dia lagi minat ngan mekap2 kan, so saya cadangla kat kak pnut buat cupcakes gambo2 mekap... hahaha kelako!

mmg nisa nampak jer lipstik dia, dia mcm suka gileerrr, meloncat2 jerit nampak lipstik dia, adoilaaaaaaaaa

cupcake perkataan mama dan nisa


ha kasik lengkap sikit, papa, mama dan nisa


ok semua pandang atas, hak hak hak, layankan kepala en.laloque, mcm tu pun boleh snap gambo, ntah hapo2


kak pnut siap bagi hadiah lagi kat nisa, baik sungguh la aihhh... malu lak saya, saya dah la tak penah bg apa2 huhuhuh maluuuuuuuu pulak


mama tolong bukakkan :D


ok tunjuk kat papa, apa nisa dpt, "tantek mama, cekak cica"

nisa suka la dpt getah2 ni, konfem sok dia jobo kat nursery ni kah kah kah

meh close up sikit, cupcakes mekap nisa



nisa :D


dan ini cicaaaaaaaaa, sebijik rambut nisa :p


saya makan pun mcm sayang2 jer, sedap uolssss

ok2 kalau uols berminat, boleh tempah kat kak pnut yer, kak pnut ni yang saya kenal, baik orangnya, dan senang berurusan ngan dia

ini blog cupcakes kat pnut
http://pnutcakes.blogspot.com/

jangan malu2 nak klik jer, kalau malu, meh acik sekeh2 kan sikit, bagi urat malu tu putus, wah tetiba garang kan :D

sedikit info blog kakpnut


kak pnut ni bukan calang2 orang ok uols, penah masuk tv, radio, ha majalah lagik tau, kelasssss kannn... sori kak, copy gambo kat blog akak hikhikhik


ok saya copy paste lagik, kalau nak tahu pasal harga2 click sini yer

ini pun saya copy paste dari blog kak pnut yer

Perkara yang anda perlu tahu tentang Pnut Cuppies

Lokasi :
~ Desa Pinggiran Putra - sebelah je dengan Putrajaya dengan dengan PICC
(self pick up di alu-alukan)

Boleh Delivery?
~ Boleh, kalau order RM50 ke atas boleh dirunding delivery dengan kadar charge RM5, 10-20 bergantung lokasi tempat nak di hantar, bergantung pada kadar tol, minyak...

Lokasi untuk pick up point utk delivery and additional delivery charge
~ Tesco Ampang (RM15.00) for area Gombak, Ampang, Wangsa Maju, Melawati, Pandan area
~ Subang Jaya (Masjid Subang Jaya, ) (RM15.00)
~ Shah Alam (seksyen 2, pkns,) (RM20.00)
~ Petronas Sg. Besi (RM12.00)
~ Bandar Baru Bangi/Kajang/Serdang/Sri Kembangan (RM5)
~ Damansara (Kota Damansara) (RM20.00

So far, kami akan berjanji dengan mereka yang order tunggu di tempat yang senang akses dan parking untuk meeting point.

Berapa lama kek boleh tahan?
~ 2-3 hari pada suhu bilik
~ seminggu or lebih kalau disimpan dalam peti ais

Boleh special request?
~ Nak surprisekan kawan/boyfriend, girlfrienf, family, kami boleh deliver..tapi limit pada hari minggu sahaja, kerana hari bekerja, kami pun bekerja :-)
~ Boleh mintak lilin extra.. (boleh provide 1-10pcs lilin per order for free, lebih dari tu kena minimum charge la..)
~ Special box wrap, with organza ribbon, flowers.
~ fresh flowers request, hand bouquet, etc...(please request one week early untuk booking flowers)

Boleh order kurang dari 25pcs?
~Boleh, sekiranya pada hari yang sama anda ingin order, terdapat orang lain yang menempah, dan tarikh itu belum ditutup order (boleh semak dionline kelendar sudut kanan atas blog) contohnya tarikh 25/8 Cik A-order 25 pcs, so bila nampak saya mention open to add order, anda boleh menambah untuk order 10-20 pcs pada hari yang sama, sekiranya tiada, saya hanya mengambil minimum order ialah 25pcs

Bagaimana pembayaran?
~ Untuk order lebih dari RM100.00, sila buat pembayaran 50% selepas confirm order, baki boleh dibayar semasa menerima cuppies.
~Order kurang dari RM100.00 berkonsepkan, trust each others.. saya percayakan anda, dan anda percayakan saya, Insya-Allah..

Kalau dah order, boleh kansel ke?
~ Boleh..Sila maklumkan sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh nak mengambil kek, sekiranya last minute kansel, sekiranya segala persiapan sudah disediakan (cth kek sudah dibakar) deposit tidak akan dipulangkan (bagi pembelian RM100 ke atas) , deposit akan dipulangkan sekiranya saya belum menyediakan kek lagi)

ok, itu jer, kalau nak maklumat lanjut lg, seperti yang saya maklumkan awal2 td, click saje ke blog dia marrrrrrrrr

TERIMA KASIH KAK PNUT ATAS CUPCAKES HARI LAHIR UNTUK AN-NISA ABRIZA, TERIMA KASIH DARI MAMA DAN PAPA NISA

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

10 komen[s]:

nenekrock said... [Reply to Comments]

sangatttt kiutttt
suka cup cake yg de lip n lipstic tuh
wahhhhhhhhhhh sayangnya nak mkn hahaha
=D

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

wah.. so cute.. tomel je

Pnut said... [Reply to Comments]

alamak mah...terharu le pulak tlg promote.. hiks.. apa pun tima kasih... tak sangka beriya-iya dia promote, padahal kita ikhlas je bagi tu.. mmg suka tengok mah anak beranak happy.. apa pun tima kasih...

Ceera said... [Reply to Comments]

wuwuwwwwuuuuuuuuu

mesti sodap kan

nanti atam nak tempah kat akak tu plak..

Ⓛⓔⓔⓝ said... [Reply to Comments]

hepi beday nisa cayang...
semoga ceria & sihat selalu yea...

viruspadu : this is my 1st time komen..selalu jengah sini..tapi(*ala2 malu nk komen...ekeke)

setiap kali baca psl alesha mesti menangis teruk2 punya...ermmm..

Salam perkenalan...

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

mmg cantek cup kek tu sayang nk makan laaa..mesti nk order nie kasi suprise seseorang :p

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

best la kek nie!! nak cikit :p

ogy said... [Reply to Comments]

wah tedapnya....

nk cikit...

ai said... [Reply to Comments]

cute tul kapkek tu! teliti lak tu..musti kau sayang nk makan kan?

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

cantekkk glerr cuppcake tuu...

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^