Thursday, April 09, 2009

bacaan tekanan darah

kredit kepada www.infosihat.gov.my/


ok saya saje la google pasal tekanan darah ni tadi, so jumpa la few info, rasanya uols pun ramai jer yang dah tahu pasal tekanan darah dan berapa bacaan normal ni semua kan

ha zoom kan sikit, atas tu kocik nau!


biasanya kan, kita kalau gi klinik, konfem la doktor or nurse amik bacaan tekanan darah kita kan, tp biasanya idak la teman paham apa yang dia tgk, mcm mana dia baca semua ye tak, lagi senang pakai jer mesin tu, tekan jer, pastu tunggu hikhikhik, kalau pakai pam2 dgr kat telinga tu, mungkin ada bunyi2 ke apa, chewah... mcm la reti huhuhuh

lagipun lepas dia check dia tulis, lepas tu dia kata "ok" jer, kita pun ok2 jer la, jarangggggggggg la sangat nak jumpa yang explen kat kita kalau kita tak tanya :D tp kalau ada masalah tinggi or rendah biasanya doktor akan bgtau la, itu wajibb bahhhh...

"Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring." sumber dari wikipedia

dan kalau tekanan darah rendah pulak biasanya bacaannya adalah di bawah 90/60. Jadi kalau ada tanda macam nak pitam / gelap mata tu maksudnya darah tidak sampai ke otak dalam jumlah yang mencukupilaaaa. (sumber jugak dari google)

ok kot info ni untuk kita orang biasa2 ni kan, kalau doktor tu lain la, kena paham lebihhhhh banyak lagi ye tak

sekian dari doktor zaimah :p

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

3 komen[s]:

Ena said... [Reply to Comments]

so tekanan darah VP baper?
tekanan darah kak ena rendah dalam 85/50..tak penah lg camtu huhuhu.. badan besar sajek tp tekanan darah rendah, kelako plak rasa..

Mama-Danish & Sarah said... [Reply to Comments]

Saya paling takut kalau disahkan tekanan darah rendah. kata orang kita boleh meninggal time tido. utk Ena, kalau tidur pastikan awak guna bantal yang lebih tinggi krn itu lebih selamat.

prebetsabu said... [Reply to Comments]

yup... skrg aku didiagnos sbg darah rndah... 100/60...

takleh brgerak secara tiba2... kepala akan pusing... bukan penin... but dunia ni akan jd brputar pusing2..

doktor soh rest byk2 n dia bg vitamin utk tambah darah.... huhuuh

mcm2 la skrg ni

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^