Follow Viruspadu

Monday, April 20, 2009

blog? blog? blog?

saya telah di tag oleh cik aida kita yang cantik manis, sib baik tag sonang tauuu, acik ngan rela hati buat :D

1. Nyatakan usia blog anda
17 ogos 2006 - kini, ha berapa tahun sudah yer? sila amik calculator yer anak2

2. Terangkan kenapa anda berblogging

saya pernah buat entry pasal ni dulu, saya copy paste je yer

tarikh kelahiran blog ni adalah pada 17 ogos 2006

saya memulakan diari maya saya di fotopages di virupadu.fotopages.com

saya coretkan semua kisah arwah alesha abriza di sana, dan ramai readers saya disini juga adalah dari fp kan, terima kasih kerana masih setia bersama saya :p

kemudian, oleh kerana tidak mahu mengganggu kenangan suka duka bersama arwah di fp itu, saya create fp lain di viruspadu2.fotopages.com untuk meneruskan diari maya saya bersama lembaran baru semangat baru, tinggalkan semua kesedihan yang bertakhta, hidup mesti saya teruskan

ada satu hari, saya klik link2 kawan-kawan saya, sekali terjumpa satu blog suami isteri yang sangat romantik, suka sgt saya tgk, blog ni blog kawan2 saya jugak, mereka mmg dari sekolah menengah sgt romantik, kemana2 bersama2, suka sgt sy tgk, tp dulu saya tak pernah tegor dia, sbb dia budak kelas pandai gitu kan :p, i ni budak2 hingusan sajer ewahhhhh, oh yer, saya nak letak link dia, tp link tu dah takde pulak :p

sejak dari tu, saya teringin nak buat blog saya sendiri, saya terus create akaun saya

dan memulakan entry yang pertama "hari pertama bersama blogspot"

tujuan saya buat diari maya di blog / fp ni satu jer, sebagai kenangan untuk saya, diri saya sendiri, sekurang-kurangnya bila saya dah takde ke, cerita2 saya masih ada dalam sejarah, walaupun tak tercatat dalam buku sejarah malaysia, tp masih tercatat disini :p,

ramai yang taktahu dulu, saya ada diari, sbb ape saya ada diari, sbb saya suka baca balik diari saya, saya sgt menghargai setiap hari saya, dan skrg diari saya sudah diupgrade menjadi diari maya gitu :p

dulu kan, pernah ada org kata "org yang ada diari ni orang gila" wahhhhhhhhhhh pepandai jer ko label orang tu ni gila kan, pui pui pui

selama beberapa bulan saya update kedua2nya FP dan Blogspot, dan sampai satu ketika saya rasa tak mampu lg, saya tinggalkan FP dan setia kepada blogspot :p

bermula dengan

seminggu satu entry
seminggu atlis 3 entry
sehari 1 entry
sehari 3 entry

dan kini berentry2 kauuuuuuuuuuu hambek

punya giler ngan blog ni kan, berhantu katanya

tp saya ada byk kenangan manis di sini, blog adalah kawan saya paling sejati

saya boleh luahkan perasaan bila2 masa saya perlukan, dan reader boleh komen bila-bila masa je, kalau nak luahkan pada rakan2, tak ttu lagi dia sanggup mendengar setiap luahan kita kan :p

saya boleh tulis apa yang saya nak tulis
saya boleh buat ape saya saya nak buat

kan kan kan

walaupun saya tahu jer, ada kawan2 saya yang dok mengata2 saya belakang2, ada saya kisah!, dah byk sgt pahala nak bg kat saya kan, sila la bg byk2 yer, kalau YM2 kutuk2 saya tu, sila la emel kat saya apa yang hangat diperkatakan itu huh, jangan nnt, cari saya sibuk2 nak mintak maaf, kau boleh blah

oh tetiba emo lak kan hihihih

ok habis tu jer :p

3. Nyatakan blog pertama yg anda baca
haaa... ni payah ni, sape ek? rasanya blog nurin la kot, nurin sudah katop blog dia, bukak laa bukak laaaa

4.Letakkan entry pertama dlm blog anda

entry pertama saya adalah sangat sopan ayatnya, masih terikut2 gaya bahasa di fotopages ku yang ayat2nya adalah sangat baku sekali :D

Akum...
Hari ini merupakan hari yang bermakna bg aku,
sbb hari ni aku dengan jayanya telah mengcreate satu blog untuk diriku sendiri
yang mana sebelum ini aku hanya menggunakan fotopages sebagai blog ku...
http://viruspadu.fotopages.com dan http://viruspadu2.fotopages.com, semua kisah suka dan dukaku ada di sana.

Dengan ini, hari ini, waktu ini, saat ini, aku mengesahkan diriku sendiri untuk terus berkecimpung dalam dunia penulisan dengan gaya bahasa yang sempoi gitu. erm belasah ajerlah...


Bersama suami tercinta ~ mmah vs laloque ~


5. Huraikan entry tersebut
saje nak kasik intro jer, konon pemanas engine la, chewah

6. Letakkan satu pic yg anda paling suka dlm blog anda
semua gambar dalam blog saya, semua saya suka, kalau tak suka sumpah saya x letak sini :p

tapi dah suruh pilih satu tu kan, taram ajer la...

yang ni paling unik, semua buat tanda u rock bebehhhhhhhhhhhhh


7. Harapan anda
harapan saya... mcm nak menang award hadiah juta2 lak kekdahnya ni hihihihih...

saya harap makin hari saya makin kuat, yelah kan dugaan blog ni, kalau tak tahan... baik katup ajer ye tak, bila dah ada blog ni, baru kita tahu yang mcm2 jenis orang ada... mcm2 adaaaaaaaaaa...

8. Pas tag nie pada sape yg anda nak
aiseh kena tag yer, nak tag
- kak perantau sepi
- kak puteri1
- erieq
- sepet

sape nak buat? roger2 ai, jgn malu2


4 komen[s]:

CiK AiDa said... [Reply to Comments]

ok kak!!chantekkkkkk!!good job...hehehe :-) dpt A + gitu...tenkiu kak... :-)

mama | sarah | syimir said... [Reply to Comments]

apapun mmg cara penulisan vp & hubby dr zaman FP lg mmg bagus la...

psst: alamak cik aida sudah memulakan tugas men sport check!!!

b.O.n.d.a said... [Reply to Comments]

stuju..stuju..

blOg nih la kenangan kita bila kita dah takde kelak..

and bOnda suka baca penulisan VP

keep it up! =)

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

la hAI mah..akak lak kena....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^