Follow Viruspadu

Thursday, April 09, 2009

Kini telah 7 bulan


wajah pucat lesi saya terkini walaupun pakai lipstik :D takde la terkini, ini gambo bila ntah hak hak hak

tak sangka dah 7 bulan saya mengandung, terasa mcm kejap pun ada, terasa x sabar nak bersalin pun ada

esok saya kena buat MGTT lagi, mgtt tu adalah minum ayak gula uols, untuk check kita ni kena kencing manis ke idak, kelmarin masa gi check kat dr.sukhilmi saya dah mintak dia checkkan darah saya, tp lepas makan la, so bacaannya adalah 7.7 , doktor kata ok la bacaan tu sbb baru lepas makan, alhamdulilah, so harap2 esok semuanya berjalan lancar lah

ok berat saya skrg adalah 65.5kg amik ko, hahahaha tu sbb mongah!
bacaan hb adalah 10.1 harap2 dpt naik sbb saya taknak la tambah2 darah ni kan
tekanan darah pulak itu hari berapa ek, 100/60 kot so ok2 jer kot

itu adalah bacaan masa saya checkup lepas, masa tu rasa sihat jer, skrg ni adoilaaa... ontah la... dugaan sungguh lak aihhhh

so kepada doktor2 pelatih, baru nak jadi doktor, bolehla gunakan info2 saya ni sebagai kajian, setiap bulan ada rekod ni, chewahh kot la kena wat statistik ke apa ke kan

walaupun muka dan badan saya bagaikan di pam pam, saya ok jer, suka jer tgk muka saya kat cermin, suka jer snap2 muka saya, tp yelahkan, tak dpt la jaja gambar kat sini, jaja yang sopan2 ajer :p

nampaknya minggu ni saya mmg cuti la, memula igt sehari dua jer, sekali terus membawak ke seminggu ko! takpe janji sihat, risau jugak kalau saya paksa2 badan saya, kang kalau jadi apa2, sendiri yang menyesal uhuhuhuhuh

ok lah, itu jer kot :D

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

6 komen[s]:

nenekrock said... [Reply to Comments]

take care kak VP
jg pemakanan and ceria2 selalu
dun be stress
mesti comel ank akk nnti
x sabar nak tgk kwn nica tuh
hehe =D

arniyanti said... [Reply to Comments]

wanita mengandung memang sentiasa cantik dan berseri...

NeroEcha said... [Reply to Comments]

Adeii paling tak suke buat mgtt..selamat hari tu check i'm free from diabetes..

Mama-Danish & Sarah said... [Reply to Comments]

saya paling tak suka kalau kena minum air gula. tak boleh nak telan, rasa nak muntah aje. nurse pernah bagi petua suruh campur perahan limau nipis utk mudahkan kita minum. takde effect pape kat result mgtt tu. Syukur saya hanya melalui mgtt test skali je.

Nina_Arielle said... [Reply to Comments]

Eh..sedar tak sedar VP dah 7 bulan rupanya..cepatnyer masa berlalu..masa sy first time baca blog ni, rasanya VP br pregnant few weeks..

nasaoji said... [Reply to Comments]

a ah..mmg rs cepat jer maser...rs cam bru je lg kak VP duk announce nisa nak dpt adik!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^