Follow Viruspadu

Wednesday, April 15, 2009

Pengalaman Bergelar Ayah - dari blog en laloque

Sori la uols... ai bz skang nie... tgh handle kursus. Jadi paste jer dari blog en laloque
...................................................

Insyallah... aku akan sekali lagi merasa nikmat bergelar ayah buat kali ketiga. Secara tiba-tiba hari ini aku terjumpa hasil tulisan aku semasa pertama kali bergelar ayah. Ianya betul-betul mengimbau cerita lama....




Laloque - 6 Jun 2006

Hari nie.. masa aku dlm perjalanan dari seremban (aku tinggal di Seremban) ke pejabat di Putrajaya.. aku mendengar radio ERA ketika memandu.. sempena Hari Bapa pada 18 Jun, ERA mengutarakan topik pagi yang cukup menarik.. topik pagi bertajuk "pengalaman pertama menjadi bapa"

Setiap bapa punya pengalaman pertama yang berbeza-2.. ada yang manis, ada yang lucu, ada yang sedih dan ada yang memeranjatkan..

Pengalaman pertama aku cukup menarik.. aku kira mungkin sesuai dikongsikan bersama..

Kami telah berkahwin hampir mencecah 2 tahun.. pelbagai usaha telah kami lakukan untuk mendapatkan anak.. pabila kami mendengar rakan-2 atau saudara mengandung sedangkan mereka berkahwin hampir sama dengan kami atau lebih awal lagi, telah mengandung, kami menjadi sedih, cemburu dan kecewa..

Paling membuatkan hatiku menjadi sedih dan hiba, apa bila ada rakan-2 yang memperli isteriku dengan kata-2 sinis.. setiap air mata yang keluar dari kelopak mata isteriku akibat kata-2 sinis membuatkan aku marah pada manusia tersebut..

Saat yang paling menyedihkan bagi isteriku, pabila kami pergi ke Alor Setar bagi meraikan majlis perkahwinan seorang sahabat.. sudah la kami memandu dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, sampai di sana isteriku disoal dengan soalan-2 sinis tentang anak dan mengandung, aku pula ditanyakan dengan soalan-2 lawak lucah yang bodoh!!

Bayangkan perasaan isteriku.. niat kami untuk bermalam di alor Setar terus kami batalkan.. dan terus memandu pulang semula ke KL, walaupun kami baru sahaja sampai.. disepanjang perjalanan pulang tersebut, isteriku menangis semahu-2nya sehingga sampai ke rumah.. aku betul-2 tidak dapat maafkan manusia sedemikian...

Allahamdulillah... Allah Maha Kaya, beberapa minggu berselang, ketika kami pulang dari bermain badminton di taman rekreasi depan Hotel Shangri-la Putrajaya, kami singgah di Alamanda. Secara berseloroh kami membeli UPT test kid di sana. Sesampai di rumah, sedang aku menonton TV, terdengar jeritan isteri di tingkat atas rumah.. rupanya, UPT yang dibeli menunjukkan 2 tanda line..

Sah!! isteriku telah mengandung setelah kami hampir putus asa dan telah pun bercadang untuk mengambil anak angkat sahaja. Seperti mana ibu-2 mengandung lain, mabuk dan loya perkara biasa..

Tapi saat yang paling tidak dapat ku lupakan adalah saat pertama kali aku melihat anak yang dikandung itu dari kaca LCD Scan.. melihat pergerakannya, tangannya, kakinya, malahan bayangan rupa parasnya.. Allah... agungnya ciptaanMU..

Saat bergelar ayah, aku lalui dalam keadaan tanpa persiapan dan secara mengejut.. isteriku yang dijangkakan akan melahirkan dalam 11 hari lagi telah ku bawa berjalan di taman bunga.. naik bukit.. turun bukit.. selera makannya betul-2 terbuka.. aku masakan 5 tongkol jagung, dan isteriku habiskan kesemuanya.. malam itu.. kami turunkan tilam dan tidur di ruang tamu depan TV sahaja.. aku tidak mahu isteriku turun-naik tangga..

Jam 5.15 pagi, isteriku bangun dan terasa seperti ingin membuang air besar.. tapi setelah ke tandas, tidak pula ingin membuang.. katanya ade rasa sakit sikit-2.. dalam pukul 6.00 pagi, ku bawa ke Hospital Putrajaya sebagai langkah keselamatan dan berjaga-2 walaupun jangkaan due nye ada 11 hari lagi. Kata Jururawat, telah terbuka 2cm dan mungkin dalam tengahari atau petang nanti baru anak ku dilahirkan dan minta aku balik dahulu untuk membawa barangan bayi.. mendengar kata-2 jururawat tersebut, aku tinggalkan no. hp ku dan aku turun sebentar untuk bersolat subuh.. dalam sujud, aku berdoa yang aku mohon Allah ringankan kesakitan melahirkan ke atas isteriku dan aku redha serta memaafkan segala dosa dan kesalahannya..

Belum pun aku selesai bagi salam terakhir, hp berdering dan jururawat meminta aku datang segera ke labor room!! aku diarahkan masuk ke labor room untuk menenangkan isteriku sebab beliau dalam kesakitan untuk melahirkan.. kata jururawat mungkin dalam 3 - 4 jam lagi beliau akan melahirkan.. aku ditinggalkan bersendirian dengan isteriku.. tidak sampai 10 minit aku di situ, kulihat kulit kepala anak ku telah tersembul keluar... Argh!! panik aku di situ... apa yang ingin aku lakukan... terkedu dan kaku aku di sisi isteri dan terus memandang anak ku semakin keluar... mujur, ada seorang jururawat masuk kebetulan ingin mengambil sesuatu dari laci wad tersebut... lantas jururawat tersebut mengarahkan isteri ku meneran dan minta aku membantu... beberapa ketika kemudian masuk 2 org jururawat lagi.. terlalu mudah dan pantas kelahiran anak bertuah ini.. tidak sampai 15 minit, lahir la anak pertamaku, anak sulungku.. ALESHA ABRIZA pada 15 Disember 2005.

Peristiwa lucu terjadi disaat itu... seorang jururawat bertanya sekiranya aku ada membawa minyak bayi.. aku kata tiada, sebab memang tidak kami jangkakan akan berlaku kelahiran hari itu.. jururawat mengarahkan aku membelinya di kedai berhampiran.. dek kerana terlalu gembira, tergamam dan gugup... aku ingatkan mereka nak makan dan terus mengajak jururawat-2 tersebut makan dan akan ku belanjakan nanti.. berderai gelak ketawa jururawat-2 tersebut.

Tapi kini, Alesha Abriza telah pulang ke pangkuanNya. Allah hanya meminjamkan Alesha selama 150 hari sahaja kepada kami...



11 komen[s]:

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

ya allah mudahnya kan...bab melahirkan ni setiap orang ada rezeki memasing..ada yang mudah...ada yang susah....ini bergantung pada rezeki...

Tinie a.k.a Ibu Fatin said... [Reply to Comments]

sy dh bnyk kali baca n3 ni..tapi nak baca lagi nak baca lagi dan nak baca lagiii...

nasaoji said... [Reply to Comments]

tak ramai ooo lelaki mau nulis gini..;p

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

syahdunya entry ni..isk isk

saya dah follow kak vp..=)

love to cica ye

I n n z said... [Reply to Comments]

kak,meh la lwt blog innz erk..
:)

liwaniel said... [Reply to Comments]

terharu baca entry ni...

HappyIrfa said... [Reply to Comments]

salam vp..
wow hebat,dah masuk rumah baru.
semoga sihat selalu

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

;D sapa la yg mulot ja'at tu... neway giving birth is definitely an experience of joy and happiness for both the mum and dad

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

Sedih baca first few paragraphs..exactly tengah lalui benda yg sama.

Tapi takpela i believe rezki belum sampai.

Manisnye menjadi ayah & ibu :)

Faizah_Haris said... [Reply to Comments]

saya tak pernah jemu ikuti blog mu mah....!...sehari tak update..rinduunyerr...hihihi

b.O.n.d.a said... [Reply to Comments]

erk, kuss smangat bila baby kua sdr! memang tabah betOl la vp nih =p

and saya sangat sebak dengan luahan en.lalOque ni..menyanyangi istri sepenuh hati =p







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^