Follow Viruspadu

Monday, April 27, 2009

Sri Bridal Boutique [entry baru di bawah]


Salam semua

Kali ni saya nak cerita sikit kat uols pasal butik pengantin sahabat saya, kalau uols yang sedang merancang nak adakan majlis perkahwinan ke pertunangan ke elok la baca sampai habis, yelahkan mungkin pakej yang disediakan ni sesuai dengan uols, sesuai dengan bajet kewangan uols, sesuai dengan hati dan perasaan uols, tu dia... siap ngan hati dan perasaan lagi tau

Mula2 uols boleh klik kat link laman web sri ni dulu, tp nak baca sampai habis dulu adalah sangat2 dialu2kan lah, lepas tu belek la web dia untuk dapatkan maklumat lebih lanjut pakej2 yang disediakan

"Perkara yang terbaik dalam hidup saya ialah apabila hasil make-up dan penataan saya pada pelanggan saya ~Aiza Soad~ mendapat perhatian dan pujian dari wartawan The Star. Walaupun gambar yang Aiza loadkan dalam blog nya tidak begitu terang, tetapi dari nada suara nya, saya tau dia begitu teruja skali. Alhamdulillah... kalau customer saya suka, saya apatah lagi, beribu2 kali suka sampai terloncat2 hahahaha" ~ fealize



Link blog Aiza Soad http://larrabeadslover.blogspot.com/2009/04/dah-masuk-dah-heeee.html

Orang yang sangat minat dengan kerja dia, kita dapat tgk daripada hasil kerja tangan dia. Bila saya baca sendiri kegembiraan yang digambarkan oleh sri, saya tahu dia betul2 suka, minat dan ikhlas dengan apa yang dia buat sekarang, iaitu, mekap orang kasik cantik marrr...

Dan orang juga kalau minat dan ikhlas dengan apa yang dilakukan jugak, customer la yang paling untung sekali kan, sebab dia akan buat yang terbaik sekali, chewah!

Pakej yang disediakan


-klik untuk paparan yang lebih besar-

Atau klik di sini http://www.sriyanti.com/2009/04/bridal-pakej.html

PAKEJ EKSKLUSIF CITRA TERINDAH

*Set Hiasan Pelamin

*Sepasang Pakaian Bersanding(French Lace+RM200)

*Sepasang Pakaian Berinai

*3 Helai Persalinan Pengantin Perempuan

*Makeup 2kali

*Jurugmbr(Pakej Klasik)

- HANYA RM2788.00


PAKEJ HATI BERKASIH
*Set Hiasan Pelamin

*Sepasang Pakaian Bersanding(French Lace+RM200)

*Sepasang Pakaian Nikah

*3 Helai Persalinan Pengantin Perempuan

*Makeup 2kali

HANYA RM1888.00


PAKEJ SUKMA CENDANA
*Set Hiasan Pelamin

*Sepasang Pakaian Bersanding(French Lace+RM200)

*Sepasang Pakaian Nikah/Berinai

*Makeup 2kali

HANYA RM1688.00


PAKEJ CINDAI ASMARA
*Set Hiasan Pelamin

*Sepasang Pakaian Bersanding(Lace+RM200)

*Makeup 1 kali

HANYA RM1400.00

PAKEJ DEBAR BERADU
*Sepasang Pakaian Bersanding(Lace+RM200)

*Makeup 1 kali

HANYA RM888.00


PAKEJ BERTUNANG
*Sepasang Pakaian P sahaja(Lace+RM200)

*Makeup 1 kali

HANYA RM488.00

Lain2 Perkhidmatan :

*Makeup Nikah/Bersanding - RM250~RM450
*Hiasan Meja Makan - RM250~RM600

*Hiasan Kamar Pengantin- RM250~RM500

*Design Hantaran-RM30~RM80 per dulang

**Caj Perkhidmatan Luar Bangi - RM50~RM250


Utk maklumat lanjut, hubungi kami di talian : 016-2246256 / 014-6492027. email : fealize1010@yahoo.com or sriyanti_ahmad@yahoo.com YM : fealize1010


ha mcm2 nama pakej nya kan, kelas2 pulak nama2 pakejnya... hikhikhikhik, sekali baca terus teringat2 gitu, so uols boleh tgk la mana pakej yang sesuai dengan bajet uols yer, kalau nak bincang2 lagi pun takde masalah, contak ajer no fon yang dinyatakan kat atas, taknak call pun takpe, kot la malu kan, ha YM ajer, takpun emel ajer, abis cito, zaman IT la katakan, semuanya di hujung jari anda jer

bukan tu saje, Sri Bridal Boutique juga ada menyediakan pakej fotografi bagi memudahkan customer tak payah susah2 nak carik asing2 gitu, boleh deal terus dengan dia,


Klik gambar untuk paparan yang lebih besar

atau klik di sini http://www.sriyanti.com/2009/04/pakej-fotografi.html

Pakej fotografi yang ditawarkan oleh Sri Bridal juga amat2 berpatutan,bersesuaian dgn keadaan ekonomi sekarang yang tidak begitu menggalakkan pembaziran. Pakej2 ini adalah bersesuaian utk semua jenis majlis samada majlis perkahwinan, birthday party, cukur jambul, group photo dsbnya. Hubungi Sri Yanti di talian 016-2246256 atau Ezad 014 6492027 utk maklumat lanjut.

Pakej A :
~ Photobook Custom 5 X 7
~ CD with unlimited photos
~ 60 pic 4R printed
HANYA RM 390.oo

Pakej B :
~ Photobook Custom 6 X 8
~ CD with unlimited photos
~ 80 pic 4R printed
HANYA RM 428.oo

Pakej C :
~ Photobook Custom 8 X 10
~ CD with unlimited photos
~ 80 pic 4R printed
~ 11" x 14" potrait picture
HANYA RM 538.oo

Pakej D :
~ Photobook Custom 8 X 12
~ CD with unlimited photos
~ 100 pic 4R printed
~ 11" x 14" potrait picture
HANYA RM 648.oo

Pakej E :
~ Photobook Custom 10 X 12
~ CD with unlimited photos
~ 100 pic 4R printed
~ 12" x 15" potrait picture
HANYA RM 788.oo

Pakej F :
~ Photobook Custom 11 X 14
~ CD with unlimited photos
~ 100 pic 4R printed
~ 16" x 20" potrait picture
HANYA RM 868.oo

Pakej Klasik :
~ Sticky Album 10 X 12
~ CD with unlimited photos
~ 120 pic 4R printed
~ 2pcs 8"x10" with design
HANYA RM 350.00

Pakej Biasa :
~ CD with unlimited photos
~ 11" x 14" potrait pic
~ 2 jam sesi.
HANYA RM 250.00

***Caj Perkhidmatan Luar Bangi ~ RM50 - RM 250
***Caj Penginapan (jika diperlukan) ~ RM200

macam kat atas jugak, pelbagai pakej disediakan untuk memudahkan uols buat kira-kira yang mana satu kena dengan bajet uols, tp kalau pakej ni ada benda ni takde, pakej ni takde benda ni ada pulak, erm kot la kalau semua pakej tak kena pada bajet, jangan gusar2, call ajer la sri atau ezad tu, insyaAllah semua benda boleh runding2 gitu kan


Tema Sri Bridal Boutique

" Rias Hari Bahagia Anda Dengan Pakej Kami Mengikut Kemampuan Anda "

"Maksudnya Sri Bridal Boutique amat2 mengalu2 kan kedatangan bakal2 pengantin atau customer2 yang mesra-ekonomi gitu, tak kisah apa2 pun mahupun yang level pertengahan atau atasan. Sri Bridal Boutique akan cuba buat yang terbaik utk pengantin dan pelanggan kerana Sri Bridal Boutique amat mementingkan kepuasan pelanggan dan bukan sekadar nk buat ala kadar saja"

pakej2 yang ditawarkan adalah amat2 berpatutan bersesuaian dgn keadaan ekonomi semasa sekarang yang tidak begitu menggalakkan pembaziran, pendek kata pakej2 yang disediakan adalah sangat mesra-pelanggan gitu

"saya lebih suka jika bakal pengantin datang ke butik saya dengan idea busana yang mereka inginkan. Maksudnya jika mereka inginkan design busana seperti lace hijau dan satin pink untuk kebaya, insyaAllah saya boleh rekakan busana tersebut dan mereka boleh sewa busana itu dari saya dgn harga yang sama seperti dlm pakej @ no hidden cost. Tapi jangan la suntuk sangat masanya, dan kalau boleh datang ke Bridal saya dengan idea2 itu pada 2 atau 3 bulan sebelum majlis. Maklumlah nak cari material dan perkara2 lain yang perlu dibuat, makan masa jugak. Kalau sebulan or kurang dari itu datang ke butik saya dan minta saya rekakan, memang tak cukup masa, unless kalau betul2 emergency mungkin saya boleh pertimbangkan"~ fealize

faham tak uols, makanya lebih mudah kalau jumpa face to face dengan sri, tgk baju sendiri, tgk pelamin sendiri, boleh jumpa borak2 runding harga sekali gitu, nak rekaan baju pengantin lain dari yang lain pun boleh sembang2 dulu, kahwin sekali seumur hidup uols, harusss bincang sedalam2nya kan

Sri Bridal Boutique juga ada menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran, fesyen2 hantaran terkini mohon uols klik klik blog ataupun laman web rasmi Sri Bridal Boutique. Jika uols nak jenis hantan yang pelik2 pun takde hal, janji bagi tahu bajet uols yer, insyaAllah semua boleh jadi gitu harga adalah dari Rm500 untuk 11 rekaan dulang hantaran (harga boleh runding bergantung kepada material dan jenis hantaran yang uols inginkan)

Untuk pakej fotografi kat atas tadi, pakej photobook custom-made bermula dari rm390 for 5x7 (pakej A) dan tidak terhad kepada bayaran per sesi. Maksudnya Sri Bridal Boutique tidak meletakkan harga itu utk asing-asing event, untuk nikah harga lain, untuk sanding harga lain, tidak yer..Sri Bridal Boutique tidak buat begitu. Sangat berpatutan gitu kan, Paling mahal RM868 utk 11x14 untuk custom book. Kecuali jika lokasi terlalu jauh sangat tarikh nikah dan bersanding seperti nikah bulan 5 tapi sandingnye bulan 8, Sri Bridal Boutique akan bincang2 harga lain lah maybe extra dalam antara rm100-200 mcm gitu. Ianya melibatkan kos pengangkutan dan penginapan (jika perlu) sahaja. Kalau pengantin dapat sediakan tempat penginapan lagi la alhamdulilah, semuanya bisa diatur, janji bincang2 baik2 kan

Untuk pakej fotografi tadi, Sri Bridal Boutique tak kisah apa2 event pun contohnya macam besday party ke cukur jambul ke tunang, perkahwinan of coz, dan apa2 ajer la, janji call jer dulu, belakang, boleh bincang2.

Pakej fotografi yang biasa pon ada, jangan risau, pakej Klasik untuk sticky album hanya rm350 sahaja. Sangat berpatutan kan kan kan



Untuk Pelamin, Sri Bridal Boutique boleh mengikut design dan mengikut citarasa uols jugak, cakap ajer mcm mana, nak bunga nak ranting nak daun sepah2 mcm hutan wakakak, takdelah itu gurau ajer, mcm yang saya dok ulang2 banyak kali kat atas la, semuanya bergantung kepada bajet uols la yer, kalau kencang apa2 pun jadik ye tak, nak yang ekonomi tapi menarik, semua boleh bicang2 yerr. Ok untuk pelamin biasa harga adalah dari rm650 sahaja (bersama 2 bekas bunga pahar di depan pelamin lagik)

ape lagi yer

ha yang ni menarik tau, setiap pengantin di Sri Bridal Boutique akan mendapat hadiah songket khas Sri Bridal Boutique, kelassssssssssss kan, dapat gift lagi tau.


oh ingat dah habis yer, ada lagiiiiiiiiiii...

Sri Bridal Boutique
juga ada menyediakan kelas solekan dan dandanan pengantin. InsyaAllah sijil akan diberikan kepada setiap peserta. Ada 12 bab yang akan di-cover termasuklan bab shopping barang2 pengantin, praktikal dan exam sekali.

Tujuan shopping tu adalah untuk memberi ilmu kepada peserta2 di mana untuk mendapatkan barang2 pengantin dengan harga yang sangat berpatutan (murah la senang cakap). Ilmu2 memang untuk dikongsi kann...

"see...saya sangat tidak lokek ilmu...ilmu itu
kan untuk dikongsi... wahhh..tetiba! sebab saya lebih suka, peserta2 saya jadi wedding designer, bukan juru make-up semata2. Itu pandangan ikhlas saya la, sebab saya tak suka nak tamak2 dan tak suka peserta2 saya jadi tamak dan rambang mata bila dah tau tempat2 murah untuk barang2 pengantin. Rezeki kalau Allah nak bagi , Dia akan bagi juga walaupun dari sumber yang tak disangka2 kan" ~ fealize

Harga pakej untuk kelas makeup sri seperti berikut :

Pakej ‘Ikut Dan’ (RM1500.00)(ikut kesesuaian masa peserta) -
Sabtu & Ahad10 sesi (2 jam / sesi ): RM1500

Pakej ‘Ideal’ (RM1500.00)
Isnin – Jumaat
10 sesi (2 jam / sesi )

Pakej ‘Xpress’ (RM2000.00)
Isnin – Jumaat
5 sesi (4 jam / sesi )

Pakej ‘Xtra’ (RM2000.00)
Isnin – Jumaat
15 sesi (2 jam / sesi)

Peralatan make-up adalah tidak disediakan di dalam kelas ini. Anggaran harga keperluan barang make-up pengantin adalah dari RM1800 - RM3000. Bergantung kepada bajet peserta.

Ok sekali lagi ini info2 yang perlu uols tahu untuk mendapatkan pakej2 yang disediakan di atas

Hubungi Sri di talian 016-2246256 / 014-6492027 utk keterangan lanjut.
Email : sriyanti_ahmad@yahoo.com.


atau ke blog beliau

http://fealize-eleanoer.blogspot.com/

Selamat mencuba, selamat berbincang dan selamat berjaya.

5 komen[s]:

Eazyshop2u said... [Reply to Comments]

Salam. Come and visit us at http://eazyshop2u.blogspot.com for a good quality, branded and affordable children clothing. New stock arrived!! OshKosh, Mothercare, Carter's, Oilily...Grab yours while stock last!!

TQ

RiEz said... [Reply to Comments]

Huhu tq kak vp..ader kegunaan kat org mcm saya nih...hehehe =)

yantz-yeem said... [Reply to Comments]

wah bagus...bagus...leh ar promote kat mmeber2 yg blom kawen...ekekeke...

vp jom join contest kat blog saya....ayuksss!!!

oh yea marilah kita tggu mpv perodua plaks eks...kepla otak kita pikir benda yg sama...ahahahaah

fealize_eleanoer said... [Reply to Comments]

tq vp...terharu sgt2 vp nk tlg peniaga2 melayu mcm saya ni...

saya sgt2 terharu smpi kan x tahu nk ckp ape...

tgk tu sy tulis pon da tonggang terbalik...muahahhaha...

syggggg vp sgt2...muahhhssss...!!!

Zyma Saad said... [Reply to Comments]

VP....
Ai like you very muchhh. See..see, you help everybody. You promote sana, promote sini. Ai like it. Ai like ur style. :)
The most important is ai like ur pinky-pinky blog.So nice.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^