Sunday, April 26, 2009

Tanda-tanda Anemia

Anaemia

Pengenalan

Apakah Anaemia?

Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

anaemia

Sebab-sebab anaemia

  1. Kehilangan darah (samada akut atau kronik)
    • Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
    • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
  2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.

Ini mungkin disebabkan oleh :

    • Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
      • Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
      • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
    • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
    • Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
    • Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
    • Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.
  1. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan

Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :

    • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
    • Talasemia

Tanda-tanda dan gejala
Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya.

Gejala-gejala termasuk:
  • Keletihan setiap masa
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan

sleep in class

Komplikasi
Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :

  • Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.

Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.

  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. Sila lihat Jadual 1 untuk kandungan zat besi dalam makanan.

Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :

  • Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
  • Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.

Jadual 1: Kandungan Iron didalam makanan

Makanan

Saiz Hidangan

Zat Besi (mg)

Hati, Ayam

2 keping,105g

12.8

Peha ayam

1 ketul kecil,125g

1.0

Daging lembu tanpa lemak

1 keping,268g

5.9

Hati, Lembu

1 keping,283g

11.1

Tuna

1 ketul,73g

1.1

Kerang

10 Biji,86g

2.0

paru

½ Cawan,2g

7.7

Oats di proses

½ cawan

1.8

Tauhu

1 keping,107g

3.4

Kacang

1 cawan,154g

4.5

Bayam

1 cawan dicincang,64g

2.4

Kismis

39g, ¼ cawan

1.4

Roti

1 keping,25g

0.8

Nasi

128g

0.3

Rujukan : Nutrition Composition of Malaysian Food, 4th Edition. Institute for Medical Research, 1997.

Pencegahan
Makan makanan seimbang setiap hari. Sila lihat Piramid Makanan


sumber dari: http://www.infosihat.gov.my/

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^