Follow Viruspadu

Wednesday, April 08, 2009

VP Tak Sihat

Masuk hari ni, dah 3 hari VP MC. Badan dia lemah dan xbermaya.
Mungkin sbb HB dia dah turun lagi. Semalam, aku half day sbb nak bawak VP gi klinik dr. sukhilmi. Kitorg gi untuk wat ujian darah bagi tentukan tahap HB dan gula dalam darah VP.

Tapi malang nyer lupa amik pic lak. Baca jer la ek.

Pas jer setel segala urusan amik darah tu. Terus gi nursery utk amik Nisa alang2 dah kul 4.30 gitu. On the way tu, Ummi Nisa minta tolong untuk bawa dia ke Sekolah Seri Puteri. Anak dia, mentor si Nisa, si Shasha diserang lelah. Ustazah minta dtg amik kat sekolah. So kitorg ngan Ummi terus bergegas ke Sekolah Shasha. Sian tgk Shasha... mungkin letih sgt maka lelah dia dtg.

Pas dah amik Ummi ngan Shasha, VP teringin nk gunting rambut pulak. So kemana lagik kalo bukan ke Jusco. Sementara tunggu VP gunting rambut, aku ngan Nisa layan mainan.

Kedai gunting rambut dlm Jusco Seremban


Letih bawak minah kecik nie... jap nak cupa-cupa.. jap nak cotton candy... jap nak susu kotak... igt apak dia cop duit!




"Tu mama tu..."... "papaaaaa... nak guntim ambut gak..."
"ah!! bukan ko reti dok diam... kang senget cam abu bakar elah..."



"lambat nyer mama gunting..." jom gi mainan.."



Abis gunting rambut... dah alang2 kat Jusco... acara wajib si VP... sopping baju dia 3 helai. Layan kan ajer. Sambil tu cari gaun Nisa... Xde yg best lak... nanti la cari tuk minah tu.

Acara seterusnya ke Pasar Malam Seremban 2. VP nak makan:
1. Satay Daging 10 cucuk
2. Nasik kerabu
3. Jagung rebus
4. Putu bambu
5. Air

Nisa lak... ajuk ckp mama dia:

"Papaaaa.... Ica nak ermmmm.... jagum tatu... air nimau tatu... jajan tatu..."
"Oit! nak jajan xyah gi pasar malam la...."
"Nak tatu jer papa... tatu jer...

Ponin palo pak cik!!!!


Papa Alesha dan An-nisa Abriza; Somi VP

14 komen[s]:

Ceera said... [Reply to Comments]

hahahaha

abis la

betul2 ikut andak nica tu.. botak kepala abangndak pas nie..

rillys said... [Reply to Comments]

kahkahkah...!

KV said... [Reply to Comments]

alahai..sian vp, tp nica mmg best lah!

arniyanti said... [Reply to Comments]

nica..nicaaa

CiK AiDa said... [Reply to Comments]

semoga kak vp cepat sihat balikkk.. :-)

widydib said... [Reply to Comments]

sian kak vp...
inilah pengorbanan seorang ibu.
nicaa esok2, kena igt jasa mama taw.
>>>mintak kak vp makan bayam byk2...tambahkan darah.

oneyani said... [Reply to Comments]

cica..cia...petah die tu xpadan ngan pelat..sgt menghiburkan la cica ni

Zyma Saad said... [Reply to Comments]

VP...
Kita doakan awak sihat ye. Jg permakanan.Jg kesihatan diri.

Cica....
Acik Zyma suka la dgn awak nih. What a clever gal!!!! Meh sini Acik Zyma nak peluk sikit.

Munirah Abd said... [Reply to Comments]

haihh...cica..cica..
makin besar ni keletah dia..bukan main..siap loghat2x nogori tu...hahahha..

sitekateki | dD said... [Reply to Comments]

sweetnya nisa ngan rambut camtu...
having a lot of fun nampak nisa tu...
hehehe...

edrina said... [Reply to Comments]

hahahha lawak la nisa neh keh keh keh

intank said... [Reply to Comments]

hai vp..salam perkenalan... i'm yr silent reader..suka baca blog vp..ringkas dan menarik..tak juga sikecik molek nica tu...sori, saya bukak nk menjual barang tp nk tanya VP, penah x dgr psl susu alpha lipid?susu ni sesuai utk ibu mengandung mcm Vp..yelah saya selalu mengiikuti blog Vp...kesian tgk VP yg sentiasa tak bermaya skang..susu ni mmg sesuai dari baby hingga org tua,,elok utk penyakit2 mcm kencing manis, gout, d.tgi, strok, nigrain dll...VP buleh google pasal susu ni..apa2 buleh YM saya intan_q77@yahoo.com ID intan_q77..
saya doakan VP cepat sembuh dan mndapat baby comel mcm kakaknya...

Faizah_Haris said... [Reply to Comments]

hahaha...klakaa lor nica neh...

Farhanah lah! said... [Reply to Comments]

hahaha, abu bakar elah ok, hahaha~~~
nisa nisa, comel betul. :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^