Wednesday, May 13, 2009

seharian bersama nisa

seharian bersama an-nisa, en.laloque ada seminar

oleh kerana saya bersama an-nisa, badan tak lalu mcm mana sekali pun, tetap gagah memasak demi anak, nak keluar rumah... takde la! nak start engine siap2 semua lagi sangat melelahkan badan saya, jadi saya amik keputusan, masak ajer la

kalau demi anak, gagah2kan jugak diri
tp cuba kalau ada laki, terus jadi lembik

wakakakakakaka...

sarapan untuk nisa, nisa adalah pencinta mee, jadi saya masakkan mee goreng untuk dia


lepas makan2 sarapan, mandikan nisa, cuci kain, kemas bilik sikit, layan nisa main2 dalam bilik

alah buat keje yang mana terdaya ajer lah, yang mana susah2 tu, biorkan ajer mcm tak biasa pulak kan

masa untuk masak tengahari pulak

eh eh, saya dah boleh masak dah, dah tak mual2 bau bawang minyak tu semua, lepas en.laloque masak2 laksa itu hari , rasa mcm dah ok2 pulak,

untuk bagi nisa diam dan tak mengganggu mama nya buat kerja masak memasak, kasik ajer dia main air, abis semua pinggan mangkuk yang memang dah suci bersih dia cuci2 lagi, lantak la nisa oiii, janji mama dapat memasak dengan aman sekali


nisa pose lagi, seronok sangat la dapat main air tu


sekali blur daaaaaa... saya masak sup ayam untuk nisa


tumis sayur


ayam masak sambal


jom kita makan cicaaaaaaaaaaa...

suka2 hati jer tangan masuk dalam cawan nisa ni tau, lantak lah aih, janji tak meragam nangis2, kalau meragam2 leceh, nak dukung la apa la,

boring pulak makan berdua ajer, yelahkan dah biasa bertiga huhuhuhuh


lepas makan, tukar baju lagi, baju tadi dah lenjun basahhhhhhhhhh

dan lepas makan jugak, dia terus tidooo... wah leganyaaaaaaa mama

masa nisa tido, baru saya dapat baring dengan aman sekali

masa tu baru la terasa pedih pinggang pedih belakang pedih perut, masa tu jugak rasa nyesal sbb paksa2 diri buat kerja, tiba2 risau kalau2 jadi apa2, adoilaaaaaaaa, baby pulak tak rasa gerak, lg lah panik seketika, lepas beberapa minit rehat, usap2 perut sambil borak2 ngan baby, baru la rasa baby gerak, uwaiiiiiiiii legaaaaaaaaaaaaaa sangat!

jadi saya rehat serehat2nya

nisa tido sampai en.laloque balik rumah, syukurrrrrrrrrr :D, en.laloque pulang bersama kfc nya lalalala...

itulah kisah seharian berduaan dengan annisa

9 komen[s]:

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

waaaaa

mama dah rajin macak aar nica.... chaiyok...chaiyok...

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

Take care kak vp. kgn wat keja berat2 ye..

=)

RiEz said... [Reply to Comments]

wah wah sedap nyer ayam sambal tu kak...

nasaoji said... [Reply to Comments]

mmg, jd ibu, akan gagah dgn anak skalipun time tu duk penat2...;p

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

mkin sarat vp sekarang yer.. tak sabar nk tunggu vp kuar baby nih..hihi

liwaniel said... [Reply to Comments]

dalam tak larat2 sedap2 jugak lauk vp masak untuk nisa tu...nampak sedap ayam sambal tu

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

dah boleh masak,alhamdulillah.demi anak kan sakit pun xrase.biasalh ibu2,sy pun mcm tu jugak.VP anak sy pun sama mcm nisa suka mee..he he he

Qila Azali said... [Reply to Comments]

uwahhh.. msk laa kak vp.. gempak2.. hehe.. cica, bgus2.. rajen2 kn bsuh pinggan.. nti da besa ckit bole tlong mama kn.. sng mama pasni cica da bole tlong dia kt dapo.. (:

miss dinza said... [Reply to Comments]

nisa dah mcm zack-u kalu tgk gaya..hahhaha

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^