Follow Viruspadu

Friday, May 01, 2009

singgah pekena cendol la dulu, baru mantop!

mula2 tgk gambar bangunan haji sharif cendol ni dulu, very the serba hijau


kalau dari opis saya, jalan kaki pun aci jer, cuma peluh ketiak sikit la, kalau tak berpeluh tak normal la pulak kan, kalau sayang lemak2 tepu kat badan, boleh la bawak kereta, sebab sebelah ni parking lot bermeter, setakat nak makan cendol jer, masuk 20 sen dah 20 minit, kalau terasa nak wat amal untuk next kereta parking situ, letak la lebih

tetiba cerita pasal parking la pulak

cendol sini sgt mantop ok, uols kalau datang seremban, selain dari cendol leman dawi yang masuk majalah 3 tu, yang boleh "order satu, tambah banyak kali tu", kat sini pun sodap ok, antara cendol yang tersohor di seremban jugak la, tp nak tambah2 tak dapattttttttttttt la free yer, bayor! bayor!


saya ni tetiba teringat pulak nak makan cendol, bukan la mengidam sangat, tak delah kategori mengidam, mcm teringat2 jer, kalau dapat makan cendol time panas2 terik mencanak ni memang niqqqqmatttt sekali (sila baca dengan dengungan yang betul)

on the way nak gi klinik, wat monthly checkup tu kan, saya ajak la en.laloque menyinggah dulu pekena cendol dulu, tp masa tu dah dekat kul 2 dah, appoinment klinik kul 2 plak tu, memula igt harapan tinggal harapan jer

"papa, singgah makan cendol sempat ke?"
"boleh gak"
"tapi sempat ke? lagi beberapa minit dah nak kul 2 dah ni"
"sempat kot"
"kalau tak sempat, tapau pun jadik la pa"
"alah takpe, lewat pun, lagipun petang tak ramai"

yahooooooooooooo, en.laloque dah kata gitu, suker giler la saya, dapat la menikmati cendol yang segar lalalalalala


saya order 2 cendol jagung
en.laloque order 2 cendol puluitttttt

mana main order sorang satu, tak cukup! perut masing2 dah mcm pirana

order lagi mee rojak sorang satu, yelah dah tengahari kan, makan tengahari la kiranya, sedang2 elok la tu, perut pun memang tgh takde keje nak buat,


saya makan memang takde toleh kiri kanan la, makan makan makan laju2, sambil makan sambil tgk jam sama, kang over lambat lak gi klinik, tak rela ai kena laser kat kaunter kang, ai kan kena jaga imej hiks

sodap sekali, sampai sekarang teringat2

semua sekali RM11 sajork, bagusssss

weols sampai klinik dalam kul 2.30 lebih2 kurang la, so ok la lagi, masa register pun kaunter dah tak ramai orang, masuk dalam timbang berat, amik tekanan darah, amik darah semua kejap jer, elok gak dtg lambat2 ni kan, sbb ramai yang dah setle balik, huhuhuhuh indah sekali!

ok2 ini saya punya perkembangan terkini, result klinik yer
berat: 68.9kg
tekanan: 100/60
hb: 9.8

lain2 semuanya ok sajer, dan kedudukan baby, kepalanya masih di atas, doktor kata tak ngape, sbb byk masa lagi dia nak pusing ke bawah

"ni apasal hb awak makin turun ni" tanya staffnurse kat saya
"mana la saya tahu, igtkan dah naik"
"awak makan kerang tak?"
"makan, hari2 saya makan, pagi2 makan nasi lemak tu, amik sambal kerang"
"berapa bijik awak makan?"
"wakakakaka nurse, takkan saya nak kira berapa bijik hahahahaha"
nurse tu saje nak main2 jer sbnrnya, dia tanya pun gelak2
"sayur makan tak? ke tak makan sayur"
"eh saya hari2 makan sayur tau"
"berapa cawan awak makan sayur"
hahahahaha, adoila, gelak saya dgr soalan berapa cawan ni tau
"nurse niiiiiiiiiiiiiiiiii... mana pulak saya ukur sayur tu pakai cawan, saya makan mcm biasa jer la hahahahaha"
"ntah2 awak makan 2 sudu jer tak? kalau 2 sudu baru berapa helai sayur awak makan"
"tak la nurse, saya makan sayur lebih la dari tu hikhikhikhihk"
"susu minum?"
nurse masih tak puas hati hahahaha
"saya minum soya la nurse"
"berapa gelas sehari?"
"segelas la sebelum tido"
"ermmm ok ok, ubat makan tak?"
"mesti la makan"
"haaaaaaaaaaaa ckp betul2, ada terlupa2 tak"
"hikihkhikhihkik, ada jugak la kadang2 hahahahahaha"

adoi, kalau tiap kali checkup nurse wat spotcek mcm ni, harus saya asik gelak ajer, sbb nurse ni mcm tahu jer kalau muka saya mcm nak tipu sikit2 wakakakaka

disebabkan hb saya tak naik2 dan jugak turun kan, normal kan kena atas 11 kan, so dia suruh saya jumpa doktor huhuhuhuh, melepas la peluang nak balik awal hiks

seb baik doktor adalah sangat lemah lembut dan baik, semua soalan saya dia jawab dengan baik sekali, ai likeeeeeeeeeeeeeeee

"isnin ni awak boleh datang tak, kita check darah"
"isnin ni doktor, check darah nak buat apa? tadi kan dah check"
"itu lain, check darah awak, kita check talasemia, takpe kejap jer, awak datang pagi tu, terus amik darah, lepas tu awak balik la"
"ok doktor, boleh"

adoi kena check la pulak, harap2 semuanya ok2 ajer la

oh yer, result MGTT saya pun saya dah tgk dah, ok successssssssss sekali, sebelum minum air gula 3.3 lepas minum 5.5, so ok lorrrrrrrrrrrrr

"doktor, result saya ok kan, tak payah minum air gula lagi kan"
"a ah tak perlu dah, kang kalau suruh awak minum lagi kang, pengsan pulak mcm hari tu"

hikhikhihkihk sekali doktor ingat daaaaaaaaaaaaaa

ok tu jer la kot daaaaaaa

5 komen[s]:

laloque said... [Reply to Comments]

Cendol Hj Shariff cukup kenangan ooo... dulu jaman sekolah... tiap kali balik atau singgah solat jumaat kat Masjid Negeri sure singgah minum 2-3 mangkok. Kebetulan anak hj. Shariff - Farook classmate aku dari form 4 - form 6. Tiap kali singgah minum, ayah Farook sure xmoh terima duit aku... jadi selalu la minum free.

Dari berniaga dari atas gerai sorong depan stadium negeri (sekarang dah jadi Seremban Parade - Parkson Grand) sehingga la jadi sebuah restoran... rasa dan mutu cendol dia tetap sama..

Tetiba teringat jaman muda2 dulu lak

IxoR@ said... [Reply to Comments]

Mmg nikmat minum cendol bila cuaca panas....

huh....nikmat!

Hanisumayyah said... [Reply to Comments]

Rsanya kena pergi makan cendol ni selama ni lalu jer di situ....terliur lak tekak ni bila baca gaya zaimah bercerita...selama ni yg tersedap cendol akak makan di bas stand Kuala Pilah...teringat2 kesedapannya...

zino said... [Reply to Comments]

berapa star nak bagi cendol tu hehe

Qila Azali said... [Reply to Comments]

ooo kedai cendol ini sgtt besh.. dkt ngn singapore street tuu.. qila slalu pegi ngn mama n ayah.. mmg feveret laa.. rojak dia pon sodapp kan kak vp.. (:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^