Follow Viruspadu

Wednesday, June 10, 2009

checkup mingguan itu, macam berita baik, tp tetiba macam tak pulak

disebabkan saya tak jadi tidur kat hotel bertaraf 5 bintang tu (hospital tunku jaafar)

makanya saya terpaksalah mengcheckupkan diri macam biasa kat klinik yang berhampiran, sumpah ko kena halau dengan nurse kalau gi klinik yang berjauhan ngan rumah hahahaha betul, ni fakta ni! ingat saya suka ke tipu-tipu ni, takde. takde. muka suci ni mana ada tipu-tipu.

prosedur macam biasa.

sampai2, tekan A, amik nombor, klip nombor pada kad merah (tak paham kenapa panggil kad merah, sebenarnya buku merah), amik kertas untuk buat ujian urine (nak kena ke translate urine tu hape, meh acik geget telinga sape yang tak paham tu), pastu timbang berat (yang melampau2), amik tekanan darah.

"oh dah nak bersalin dah ni yer"
"a ah minggu depan operate kalau masih songsang"
"ooo ye ke, ok siap, masuk bilik B yer, hari ni tak payah check darah"

alah dialog borak-borak "asal ado" dengan nurse jer, ko nak borak macam kawan2 siap bertepuk tampar tak dapat la, kang ada kena penampar ngan makyong lain yang dok tunggu turn tu, ramai giler orang ok, so bila ramai, memang la amik masa sikit

eh eh, tetiba teringat satu kes masa saya jumpa ngan doktor bius isnin lepas, masa tu jam dah kul 1 tengahari macam tu la, saya memang tak perasan, sebab daripada bilik saringan tingkat 1 tu terus ke tingkat 2, terus masuk bilik no 3 (hambek ko, siap no bilik tingkat-tingkat bangunan semua masuk cerita :p), tp masuk2 jer bilik, nurse pun cakap baik2 jer la, mintak saya datang balik jam 2, sebab dah kul 1 kan, ok la saya takde hal, terus cakap ok dan blah

tiba2 dengar lelaki ni macam tinggi suara la kat ada nurse tu, biasalah kan, sambil jalan tu telinga baikkkkkkkkkkkk punya kepochi

ayat lebih kurang yer, giler ke nak hafal
"senang2 ajer awak suruh saya datang pukul 2 balik, tahu tak dah berapa lama saya tunggu kat sini, saya ni dah la datang dari ****** (takde la jauh sgt saya rasa), bla bla bla"
"saya faham, saya cuma menyampaikan sahaja"
pastu lelaki tu masih meninggikan suara, saya dah tak dengar la apa diorang cakap2, tak kuasa la kan, sbb terdengar masa saya melintas depan mereka jer, saya terus turun kantin cari makan

kesian pulak saya tengok nurse tu, tak pasal2 kena marah

tp kadang2 kita ni, kena la faham, doktor dan nurse pun tahu penat, tahu lapar, nak jugak makan, tolak ansur la sikit kan, nak cepat2 sangat gi la hospital swasta tu, baru menggagau nak keluar duit muahahahaha

ok2 dah lari topik pulak kan

ok tiba masa untuk jumpa nurse check perut segala kan, yang check saya ni, nurse pelatih, siap pegang nota lagi, alah takpelah,

"kak baring kak, saya nak check perut akak"
"dik semalam akak scan, baby songsang ni, kepala kat sini"
"eh ye ke kak, saya rasa kepala dah kat bawah dah ni"
"eh ye ke, check betul2 dik, ntah2 tu bontot kot, ni yang atas keras ni apa"
"eh ni pun keras, alamak, kejap ye kak"

dia panggil senior dia

"a ah kepala kat bawah ni, tapi kejap yer, kak **** meh rasa jap kepala baby ni kat mana"

panggil lagi senior lain

"ha betul-betul kepala kat bawah ni, kak *********** tolong checkkan kejap"

ini lagi super duper senior ni

"ha, betul la kepala kat bawah"

hambek ko 4 orang nurse dah check, semua rasa kepala kat bawah, maknanya tak songsang la yer

alhamdulilah dalam hati saya,

tapi sebenarnya saya masih ragu2, apasal saya masih rasa kepala baby masih di tempat yang sama bila saya pegang. Masih susah bernafas bila baring. Masih berasa keras di tempat yang sama.

Biar betul ni.

Takpe, next week doktor scan, kita check lagi sekali. Kita confirm betul-betul. Kalau benar Alhamdulilah syukur.


14 komen[s]:

luvmum said... [Reply to Comments]

salam.moga2 normal la.kami doakan yg terbaik utk vp.

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

ye ker vp?pusing2 plak bb tu yer kalu betul kepala dia kat bwh..rase kalu dah cukup bulan bb dah x pusing lg dah kan?xpe nnti next week scan ke tgk mcm mana yer..

Sellynna said... [Reply to Comments]

huhu skang musim bdk praktikal agaknya.. kita yg dok kg ni pon penuh klinik desa dgn bdk praktikal.. tiap2 kali cek up mesti nak cek breast.. adoi, 10x cek up 10x breast kena lenyek.. mencik tul!!

cek perut pon camtu gak.. 2-3 org cek baru panggil senior confirm betul ke tak pala baby kt atas/bawah.. endingnya gi klinik private terus scan.. lagi puas ati.. next cek up bwk je scan tunjuk kt dorg heheh.. letih dah asik kena raba jeee bdn nih.. laki kita pon tak raba camtu hahaha..

RiEz said... [Reply to Comments]

wah syukur la kalo betul =)

~~@lyci@~~ said... [Reply to Comments]

zai ni kira penyabar lah gak org nyer.. zura masa checkup nurse kata kepala beby dah kat bwh, balik tu terus berdesup gi private mintak scan nak confirmkan... tak dan nak tunggu smpai next wik hehe..

Munirah Abd said... [Reply to Comments]

semoga keadaan akak dan baby dlm keadaan stabil..dan bersalin dgn mudah..amin~~~

kojah said... [Reply to Comments]

moga slamat semuanya kak...

zh-ena said... [Reply to Comments]

harap lahir normal la insyaaalah

FAD ARIFFIN said... [Reply to Comments]

kalau betul Alhamdulillah... moga sumernya baik2 InsyaAllah

Hish kita pulak yang rasa berdebar hehehe...

IxoR@ said... [Reply to Comments]

sy tak de experience....

adakah baby suka main pusing-pusing?

yantz-yeem said... [Reply to Comments]

keajaiban pasti akan berlaku...Allah punya kuasakan...alhmadulillah berkat doa smue kepala baby kat bawh...syukur la..makna nya kalo xde probs leh la salin normal..tp xcited kan kalo kepala bby kat bwh...cam sy dolu...sedih jek konon nak merasa salin normal tp kpla bby still kat ats...hehehe piut sempit baby x leh nak pusing

Zyma Saad said... [Reply to Comments]

VP & En.Laloque.....

Byk n3 yg ai terlepas daaaa....
BZ sikit sehari dua nih...

Ai hrp baby yg bakal dilahirkan x lama lg akan selamat & sihat ye...

Ai juga mendoakan uols bahagia sekeluarga dgn hadirnya ur new baby,Insya Allah.

Take care ye,VP.

rillys said... [Reply to Comments]

yang penting baby keluar nanti sihat...n awak jugak

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

cna cni pelajar pektikal.. kat tempat saya pon ada jugak pelajar pektikal nie..

neway sy doakan VP selamat bersalin nnti yer..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^