Follow Viruspadu

Tuesday, June 30, 2009

Hari ke-3 An-Nur Admitted

Dah 3 malam an-Nur admitted di NICU dan dah 2 malam VP menemani nya. Kuning an-Nur asik turun naik.

Ujian ke atas jantung, paru-paru dan yang paling penting, hati an-Nur, adalah dalam keadaan normal dan berfungsi dengan baik. Cuma kuningnya masih belum surut2. Penyakit kuning ini berkaitan rapat dengan hati. Dalam keadaan hati an-Nur normal dan berfungsi dgn baik, doktor mengistilah keadaan itu sebagai "jaundis nakal". Lawak pulak...

Kata doktor ada kemungkinan besar kuning itu disebabkan oleh susu ibu(VP). Memang ada keadaan dimana susu ibu boleh menyebabkan prolong jaundice tetapi keadaan tersebut terkawal. Kebaikan yang dibawa oleh susu ibu tersebut masih lebih besar dari masalah kuning tersebut dan tidak perlu sehingga menghentikan terus/serta-merta penyusuan susu ibu itu. Teruskan penyusuan seperti biasa dan kuning pasti akan beransur-ansur hilang nanti. Yang penting biar bayi banyak kencing dan berak.

Bukan kami tidak menggunakan kaedah kampung atau petua yang dinyatakan sebelum ini. Seperti mana an-Nisa dulu, segala-gala petua telah kami amalkan seperti mandi air dukung anak, ubat seng seh, peria hantu, minum air sengkuang cina (chinese water chestnut), susu kambing, jemur di matahari, air anggur... tetapi mmg kesemua anak kami dari arwah hingga an-Nur cukup liat untuk sembuh dari kuning. Kuning mereka hanya akan surut pada usia mereka 40 hari nanti.

Cuma yang paling penting bagi kami, keadaan kuning itu terkawal dan segala organ penting anak kami normal dan berfungsi dengan baik. Insyallah, jika sampai masanya dan diizinkan Allah, penyakit itu akan surut jua nanti


31 komen[s]:

i3na said... [Reply to Comments]

mudah2an an-nur cepat sembuh..
tak sabar nak tatap wajah an-nur lagi

Fariena said... [Reply to Comments]

get well soon my dear an-nur

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Assalamuallaikum, Auntie doakan agar An Nur pulih....Amin
VP juga jaga kesihatan, jangan susah hati..masih dlm pantang...inshaallah An Nur akan bersama VP.

RiEz said... [Reply to Comments]

oh kalo gitu an-Nur pantang sekali mcm akak vp la kan...insyaAllah sume ok nanti... =)

naurah makwa said... [Reply to Comments]

naura dulu, mandikan anak ngan air rendaman beras, boleh jugak air rendaman agar2 kering, petua lain, mandikan ngan air rendaman teh cina

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to Comments]

mak saya mandikan my baby ngan air teh utk hilang kuning..Alhamdulillah berkesan dengan izin Allah:D

yantz-yeem said... [Reply to Comments]

annur cepat2 sembuh k!!!

Wanli said... [Reply to Comments]

sian an-nur... moga cepat sembuh yee... vp pun cam tu.. jgn susah2 ati sangat... jaga kesihatan tu.. ye la.. pantang bersalin normal ngan caesar ni lain skek...

luvmum said... [Reply to Comments]

salam moga An-Nur cepat2 sembuh..

nasaoji said... [Reply to Comments]

moga an-nur betul2 sembuh kelak...

liwaniel said... [Reply to Comments]

kesian an-nur...insyaAllah tak lama lagi baik la kuning an-nur...semoga an-nur cepat sembuh dan boleh balik rumah

SUZIE APAI said... [Reply to Comments]

huh...mcm qimi jugak..prolong jaundis. Donworry klu sumer organ dalaman normal. jaundis akan beransur hilang bila umurnyer makin meningkat..biasanyer klu dh dekat sebulan tu jaundis hilang...

aku doakan sumer okey.. chubby jugak an nur ni. Letih nk kendong ni..

mamaaisyah said... [Reply to Comments]

salam just nak share. rerasa dalam bebanyak tue ada satu cara vp or en. laloueqe belum try. nie saya amalkan masa anak saya kena jaundis dulu. saya mandi kan anak saya setiap pagi n petang ngan air serbuk mutiara. insyaAllah berkesan. kita just berusaha jer.saya beli kat kedai ubat cina. just cakap nak serbuk mutiara buat mandi anak. dia berbentuk uncang macam teh tue.

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

baru kesempatan tgk blog VP..rupenya dah 3 hari an-nur kat spital..xpelah VP n en laloque,sabarlah. Jgn risau..lagipun an-nur kat spital yg mana ramai nurse n doktor boleh pantau dia..ooo rupenya kakaknya mcm tu jugak yer..xpelah..jgn risau sgt k...

Mya said... [Reply to Comments]

cepat sihat an-nur.. :)

mamaaisyah said... [Reply to Comments]

salam just nak share. rerasa dalam bebanyak tue ada satu cara vp or en. laloueqe belum try. nie saya amalkan masa anak saya kena jaundis dulu. saya mandi kan anak saya setiap pagi n petang ngan air serbuk mutiara. insyaAllah berkesan. kita just berusaha jer.saya beli kat kedai ubat cina. just cakap nak serbuk mutiara buat mandi anak. dia berbentuk uncang macam teh tue.

CT NORAMIZA said... [Reply to Comments]

vp, sabar ya, insya-allah everything will back to normal. take care

FazidElias said... [Reply to Comments]

Salam, pada zaimah dan en laloque, jgn risau sangat pasal kuning. Saya nak kongsi pengalaman anak saya kuning di australia. Masa melahirkan anak kedua saya di sini, anak saya kena jaundice pada hari ke 3 dan terus meningkat. Telah dijangka kerana keturunan saya akan dapat jaundice selepas lahir. Kunjungan mid wife pada hari ke 7 kuning masih ada, hingga mata putih baby pun sudah kekuningan. Menurut midwife, kuning adalah normal utk baby asia (terutama kalau ada darah cina), jadi tak de apa yg perlu dirisaukan, asalkan baby menyusu kerap, berak dan kencing.

Biasa bila baby kena kuning dia akan kurang aktif dan banyak tido, tapi ibu kena kerap bagi susu, 2 jam sekali, walaupun baby macam taknak, supaya rubilium (yg sebabkan kuning) keluar bersama najis. Sebab tu najis baby berwarna kuning. Boleh google kalau nak tau lebih lanjut, atau tanye Ped. Zaimah pun kalau boleh jangan makan jamu2, macam kunyit, kita tak tau baby kuning sebab kunyit ke atau rubilium.

Dekat sini tak digalakkan jemur baby, sebab matahari sangat terik walaupun pagi.

Menurut seorang Dr pakar (dari Malaysia) yang melawat kami di sini, tidak perlu panic pasal kuning. Biasanya kalau lepas hari ke 10, graf akan jadi plateau, maknanya kuning tak turun, dan tak naik juga. Sehingga la hari ke 40. mmg standard hari ke 40 kuning akan hilang (ikut medical report laa :D), macam pengalaman en laloque ngan nisa kan.

Beza betul situasi di sini ngan di malaysia. Anak sulung saya pun kuning juga dulu, terus masuk hospital untuk buat phot-treatment. Keadaan sama dengan anak saya no 2 (kalau kat mesia mesti dah kena photo-treatment dah), tapi dekat sini, sebab well-informed, doktor dan nurses pun tak panic, jadi kita pun tak panik juga :D.

Apa-apa, semua dengan izin Allah. Begitu la pengalaman yang hendak dikongsi. Sampaikan salam pada Zaimah ya.

fadel toha said... [Reply to Comments]

salam...moga An Nur cpt sembuh...dulu anak2 fadel pun abis pantang 40 hari kuning dia pun hilang...kena sabarlah yee

mummy_ayu said... [Reply to Comments]

sabar la..mudah mudahan an nur cepat sihat yer..

fealize_eleanoer said... [Reply to Comments]

doa cpt sembuh!

;)

rindu dah dgn writing vp...huuuu!

nydia-mama akif said... [Reply to Comments]

semoga annur cepat sembuh...kalo annur menyusu badan make sure mamanye jgn makan halia or black pepper wat sementara ni,my son dulu after i stop makan halia n black pepper terus beransur ok kuningnye...doktor le yg suh stop makan sume tu sbb panas tu effect baby katenye....

atty's said... [Reply to Comments]

semoga an-nur cepat sembuh..

rillys said... [Reply to Comments]

hope for the best

az1ra said... [Reply to Comments]

jangan risau.InsyaAllah bila hati An-Nur dah matang dia akan hilang sendirinya..rasanya mmg faktor susu ibu sbb saya pun penah mengalaminya sampaikan last sekali Dr suruh selang selikan dengan susu tepung.

mazlihan said... [Reply to Comments]

hmm....nak gak ler bg petua...anak sy pun penah kena gak..then bacaan utk hari tuu agak tinggi..so ader sorang makcik tuu bagi petua..amik daun lidah buaya..amik yg tgh nyer saja..mcm jeli rupanya yg tgh tuu..then ramaskan dalam air dalam satu gayung...pastu jirus biarkan kejap dalam 5 minit..then mandikan laa mcm biasa..air daun kucai pun ok..rebus daun kucai amik air dia..
selamat mencuba

azzura said... [Reply to Comments]

hi vp.. just want to share info.. yupp newborn jaundice maybe of few factors.. selain drp 70% baby akan kene slight jaundice... lain drp tu maybe faktor breastfeeding, blood incompatibality etc....

mine dulu sbb blood incompatibality also known as ABO.. jaundice sarah very high until doc ckp if no improvement after treatment no other choice tukar darah.. darah kite 0, baby B (ikut papa dia). in layman term darah O lagik stronger than B.

action : 4 hari kat PPUM terus under triple-phototharaphy.. which is normal lampu biru tu mcm baby lain plus another 8 lampu tepi badan dia plus dia baring on one blanket of that lampu (bili-blanket).. kirenya mmg biru habeh laa berpinar mana kite yg dok jaga .. breastfeeding jgn stop... teruskan aja...

result : reading billirubin turun and jaundice ilang.. plus with baby yg hitam legam mcm dok berjemur tgh panas sbb 4 hari direct under all those lampu.. yg penting baby sehat & selamat.

cumanya kite advice vp tny dokter apa punca utama jaundice your baby. sbb nampak mcm since your 1st baby jadi mcm ni.. bukan apa boleh ambil precaution for next baby. this is what dokter PPUM advice. if my next baby is darah B then terus jer buat phototheraphy ( tak kire berapa bacaan nya) sebelum ia melarat tinggi.

kite doakan an-nur selamat & kembali sehat :) she's so cute. u too, do take care!!

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

insyaallah kalo doktor ckp ok semenya maka leh baik la tu bila tiba masanya... i.e. after 40 days ;D semoga cepat sembuh an-nur

Zyma Saad said... [Reply to Comments]

VP & En.Laloque.....

Insya Allah An-Nur pasti sihat selalu. Dia anak yg baik.
Bykkan berdoa supaya keadaan bertambah selamat & baik.

VP....
Jg kesihatan diri ye...

aleena said... [Reply to Comments]

get well soon baby an nur:)

y-@-N-z said... [Reply to Comments]

annur baby kuat... yanz doakan annur smg cepat sembuh yer...

nway, Jemput amik award kat blog yanz ye...
http://fizyanz.blogspot.com







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^