Follow Viruspadu

Wednesday, June 24, 2009

Kuning

Kuning si an-Nur terus meningkat. Hari sabtu bacaannya 179, pada hari isnin meningkat 193, pagi selasa naik 201, disebelah petang selasa pula menjadi 210 dan pagi tadi 231... Petang ini, dalam kul 2.30 perlu datang sekali lagi ke Klinik untuk mendapatkan bacaannya, sekiranya naik melebihi 240 nanti, malam ini confirm an-Nur akan bermalam di wad, hospital!


Jelas nampak kuningkan, muka an-Nur


Kalau boleh jangan la sampai admitted. Kesian si VP, luka lom baik lagi, nanti nak kena jaga an-Nur di wad pulak. Kalau aku leh ganti VP jaga di wad ok juga... tapi xboleh sebab sapa nak nyusukan an-Nur. Aku mana ada susu ibu... nama pun susu ibu dah tentu ibu jer yang ada.



"Adik nie.. nak tido ngan kakak jer" kata Nisa


Nasib baik kakak Nisa baik jer. Banyak membantu. Tukang buang pampers. Tukang amik tisu basah. Tukang panggil papa kalau an-Nur nangis. Tukang amik baju an-Nur pas mandi. Tukang pujuk an-Nur bila lapar sementara tunggu mama. Banyak membantu la kakak Nisa nie...



the Dynamic Duo


Merpati due sejoli



22 komen[s]:

Jelly said... [Reply to Comments]

x pasti samada petua ini berkesan atau tidak...
cuba campurkan air cucian beras kedalam air mandian An-Nur....
petua ibu mertua...
insya-Allah berkurangan

kalau x silap ramai org kata ada ubat di kedai sinseh.. ubat utk mandikan jika baby kunen...

cubalah

anis said... [Reply to Comments]

salam.

alahai.. comelnye kakak baring2 seblh adik.. an-Nur byk amik iras e.laloque.. Nisa byk amik iras Vp... kalo kesempatan cuba dptkan ubat kuning baby kat homopathy.. bacaan darah cepat turun.. Insyaallah...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

byk kan menjemur an-nur,bg minum susu kmbing. n lagi satu ubat sengsei tu yg beli kat kedai ubat cina. mandikan bb ngan air tu. Tulah petuanye sy buat kat anak sy dulu n yg pnting bg an-nur susu ibu byk sket.

pndainya nisa jg adik.xlah naughty dia yer.Pndai bwk diri n tau yg dia tu dah jd kakak. Rmbut an-nur dgt lebat.zcomel sgt..

mrs.shaf.e said... [Reply to Comments]

alaaaa kesiannya.....

hopefully kurang la bacaan kuning tu... kalau tak silap dengar org2 tua cakap awal pagi2 bila kuar matahari pagi tu,bawak baby kat luar..bagi kena ngan matahari tu... insyaAllah kurang..

Cik Anie said... [Reply to Comments]

kesian An-Nur.. tak cuba bagi susu kambing... mana tahu nak kurang.. kena tahan kat ward laagi kesian

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

uihhh jgn sampai dok wad yer.. mudah2an selamat yer.. cepat sembuh an-nur yer

vagg. said... [Reply to Comments]

ada petua nk ilangkan kunen nih tp xtau la menjadik ke dak kat an nur (selain dr jemur kat cahaya matahari pagi la)

1. mandikan ngan air daun belimbing buluh.

2. kasi susu kambing

A.I said... [Reply to Comments]

bagus nica jadik memacam jenis 'tukang'! hihihi

mudah-mudahan An-Nur..sembuh dari kuning tu cepat. Sian lak kat zaimah nnt..

kasihatie said... [Reply to Comments]

aduhai..ada gaya kakak mithali si nica nie yer..

wana said... [Reply to Comments]

ala siannya an-nur,bykkn minum susu ibu..insyaAllah akan turun,VP pun x boleh mkn benda yg hangat sgt..k

zh-ena said... [Reply to Comments]

petua mak ena klu bby kena demam kuning..bg skit susu kambing kat bby minum..insyaAllah akan hilang kuning tu..try la..make sure yg ori punyer

Mama Shahmi said... [Reply to Comments]

siannye. kalau orang tua dulu2 diorang jemur pagi2 hari. tapi dengan keadaan jerebu sekarang ni x sesuai pulak nak jemur2. Moga an-nur cepat sembuh ya..

nasaoji said... [Reply to Comments]

eeiii..sgt comei nisa itu..kecik2 lg dah tunjuk kasih pd an-nur..

moga an-nur cepat sembuh ya...

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

baiknye nica...gud girl kan..

♥cybermummy♥ said... [Reply to Comments]

Salam...
Maaf ye saya ni silent reader ..
Kesian tengok an-nur kena kuning...
Anak2 saya mostly semua kena kuning waktu baby ..
Tapi saya stop kan dia minum susu ibu ...Insyallah kuning nya kurang ..tak tau lah buat Vp..tapi tak salah kalau cuba ..lepas abis kuning tu baru lah sambung susu ibu .. itu saja nak kongsi :)

bukhairiah said... [Reply to Comments]

ada org ckp mandikkan bby dgn air rebusan herba..bli kt kedai cina (seng seh)

Ezrina - A wife and a mummy of two princess :) said... [Reply to Comments]

Salam VP & Laloque,

Semoga baby An-Nur cepat sembuh dari jaundice. Mak mertua saya pernah ckp, kalau nak redakan kuning pada baby, ambik perahan air sengkuang cina,tak pun lobak putih, lepas tu bg baby minum sikit. Insyallah berkat ikhtiar, manalah tau berhasil kan.
Masa anak saya baru lahir baru2 ni, saya pun nak standby jgk petua tu, takut2 dia terkena jaundice. Mujurlah dia tak kena pun.

Miss Moon said... [Reply to Comments]

untung zaimah ada nisa , amat membantu . Mmg kak long yang baikkkkkkk

RiEz said... [Reply to Comments]

ermmm sian nyer...

rillys said... [Reply to Comments]

comelnya dedua baring sebelah2 gitu

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

alahai so sweet je tgk kakak ngan adik baring sama2.. :D harap2nya semuanya berjalan lancar.. hendaknya.. :D

adyra said... [Reply to Comments]

teruskan nyusu badan pastu kejut baby sbb baby kuning nih mmg suka tido...susu badan adalah penawar yg dianugerahkan oleh Allah







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^