Follow Viruspadu

Friday, June 26, 2009

Masih Jaundice

an-Nur masih lagi kena kuning. Bacaan nya asik turun naik turun naik. Paling rendah 207 dan paling tinggi 231.

Tiada petua apa yg kami lakukan selain b/feed jer. Hanya b/feed dan kadang-kadang bagi air zam-zam.

Setiap pagi gi klinik amik darah. Doktor cakap, selagi tak turun bawah dari 160, selagi tu la kena datang untuk amik darah. Kesian lak nengok nyer.

Pagi tadi dalam kul 8 pagi nak gi amik darah, lab lambat bukak pulak. Jadi kitorg balik rumah dulu la. Kul 10 dtg balik. Nasib baik klinik dekat jer. Xsampai 2 minit sampai.



Nisa tgh berangan jadi bayi balik... baring dalam buai hayun


Sampai rumah tgk Nisa tgh berangan jadi bayi balik. Duk lam buai sambil hayun diri sendiri. Pastu dah kebetulan baru kul 8.30 pagi. Tergerak lak nak jemur kan si an-Nur. So, terus bukak suar, baju, bengkong an-Nur dan terus berjemur ngan dia.

Baru 5 minit, apak eh yang berpoloh-poloh. Si an-Nur lak elok jer tido, merenggek pun tidak. Hebat....


an-Nur sedang berjemur


Xde la nak buat hari-hari, just try and error. Mano tau turun... hahahaha.... yang penting ikhtiar, xgitu??

Kul 10 tadi gi amik darah balik. Still xturun... 225 bacaan nya. Rasa nyer si an-Nur nie sama cam an-Nisa gak la nie... cukup 40 hari pantang mak diorg abis, kuning dia pun turun kut.

Risau gak sebenar nya. Minggu depan aku dah start keje. Kena keluar gi Hospital Ampang seminggu, lepas tu ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pula seminggu. Anak still kuning, mak dia pun lom kuat lagi dan luka lom baik sangat. Risau betul dibuatnya. Terpaksa la bergantung harap pada an-Nisa.

Nisa jaga mama ngan an-Nur ek... papa xde minggu depan nie.... sedihnyerrrrrrrr


15 komen[s]:

mummy azfar said... [Reply to Comments]

salam singgah.. klau ikut pengalaman saya dulu bykkan breast feed dan berjemur.... IsyaAllah jaundice akan turun... sabar yer..

az1ra said... [Reply to Comments]

cuba bagi makan kurma..lenyek2 dulu kurma tu dengan air pastu bagi baby minum..jangan cair sangat..cubalah mana tau sesuai..

Hotmama said... [Reply to Comments]

sama2lah kita doakan baby dan maknyer cepat2 sembuh.Amin...

Adnazthie said... [Reply to Comments]

Salam, En. Samsul sekeluarga, semoga sihat dan tabah dengan setiap dugaan ALLAH s.w.t.
Usaha dan terus berusaha. Insyaallah.
Janganlah bawa VP balik ke Seremban dulu. Orang bersalin macam ni kena jaga betul-2juga. Takut terbuka jahitannya lagi naya. Mana nak jaga eomaknya, mana nak jaga anak-2nya.
Saya tiga2 anak bersalin macam ni, balik dok ngan emak sendiri, tak confident, anak suami bela memanglah nak berdikari tapi rasanya kalau pengalaman pertama ni biarlah dah OK baru balik. Ok salam sayang buat Nisa dan Nur.

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

emmm..kesiannya kan...insyaallah tak lama lagi baikla tu...

mamacomel said... [Reply to Comments]

cubalah minyak kelapa dara..berkesan..

bolah check mana2 website ini..
sebarang pertanyaan boleh terus pada mereka..

percaya atau tidak saya sekeluarga sudah setahun amalkan dan selama tempoh itu.. alhamdulillah kami bebas sebarang penyakit sehingga kini..

nufera
http://www.nuferaforhealth.com/Nufera-Virgin-Coconut-Oil-Testimonials.htm

bio asli
http://www.bio-asli.com/bio-khas/testimoni-bio.asp

semoga an nur cepat sembuh..

y-@-N-z said... [Reply to Comments]

Kalo ikut pengalaman yanz masa tolong akak yanz dlm ptg dulu, kitorang mandikan baby ngan daun inai. Daun inai tu di ramas2 dlm air panas/suam, bile dah suam sesuai wat mandi baby,baru mandikan baby dari kaki ke kepala dengan selawat...cube la...

RiEz said... [Reply to Comments]

insyaAllah nisa bule diharap =D hehe...

fuadnis said... [Reply to Comments]

dah try minum air perahan sengkuang cina??insyaallah berkesan..

ApasH said... [Reply to Comments]

x try susu kambing?? bg 2-3 titik jer..

My MIL bg anak sy susu kambing masa baru lahir aritu..langsung x dpt kuning..

x tau le kalo nasib dia baik x kena jaundice..

Breastfeed mmg bagus..insyaallah baik nanti. semuga an-nur cepat sembuh

.:fifi:. said... [Reply to Comments]

adk org dlu kuning trok gakk..
den mak bg mnum air sengkuang cne..
mmg ok trussss.....

monamie said... [Reply to Comments]

hmm.. cuba tanya kat kedai ubat cina tu. apa ntah sinsei.. (camana ntah sebut! heeee) try la .. insyaallah .. sbb dl anak cousin sy ada cuba.

zh-ena said... [Reply to Comments]

blh mandikan bby guna ubat seh seng..mujarab la gak nak turunkan kuning tu

nasaoji said... [Reply to Comments]

lolo..harapan papa nisa..ala, nisa leh tulung nyer mama nyer wat kija..nisa kan dak gud gurl..;p

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

alahai sian nya.. tak cuba ke petua2 yg lain.. :D







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^