Follow Viruspadu

Friday, June 19, 2009

Terkini...

Insyallah, petang ni VP berkemungkinan besar akan discharge dari wad. Mungkin selepas solat jumaat nanti atau lewat petang. Perlu menunggu kebenaran dari Dr. Pakar terlebih dahulu. VP akan berpantang beberapa hari di Rantau sebelum pulang ke Seremban, rumah sendiri, untuk mengabiskan baki cuti bersalin/pantang.

Keadaan ibu dah anak setakat ini memuaskan dan sihat. Baby kuat menyusu dan menangis. Sesuatu yang agak baru bagi kami kerana An-Nisa dulu jarang nangis. Nisa jenis kuat tido dan jarang jaga malam. Dia kul 7.30 ptg dah tido sampai subuh. Senang jaga dia dulu. Arwah pun begitu, walaupun sempat menjaga dia beberapa ketika, arwah pun jenis kuat tido petang hingga subuh dan jarang nangis.

Si An-Nur ni... selang beberapa ketika akan nangis dan kuat menyusu. Nampak gayanya, kena standby 2 shif nie... sorang jaga shif malam, sorang shif siang. hikhikhik...

Ada sorang mak cik bertanya, kenapa bagi nama An-Nur??.... kerana senyumnya ibarat cahaya dan mengingatkan kepada arwah. Arwah sentiasa tersenyum walaupun dalam keadaan kesakitan. Senyum penuh bercahaya... maka lahirlah nama An-Nur. Selain ingin mengambil barakah dari surah An-Nur, dalam al-Quran. Seperti mana An-Nisa yang kami pilih pada masa itu dari salah satu nama surah dalam al-Quran juga. Selain ianya memberi makna - Perempuan. Dari asal nama An-Nisa itu juga, kami berkira-kira untuk menamakan anak lelaki nanti An-Nas, juga memberi makna - Manusia.

Dari mana datangnya Abriza??? Yang ini punya cerita tersendiri. Pasti ramai nanti akan menyatakan ianya tidak memberi makna tertentu. Ia memang tidak memberi apa2 makna dan kami memang mengakuinya. Namun bagi kami ianya punya makna
yang penuh nostalgia. Kerana ianya akan mengingatkan kepada kenang sewaktu mula2 mendapat berita kehamilan yang pertama. Seperti pasangan lain yang mula2 mendapat berita kehamilan pertama, proses memilih nama anak adalah yg paling indah dan penuh tolak ansur.

Pada mulanya kami hanya ingin memberi hanya 1 perkataan nama sahaja. Bukan 2 seperti sekarang. Sekiranya anak perempuan, kuasa mutlak VP untuk memberi nama. Dan sebaliknya, sekiranya lelaki pula, kuasa mutlak saya memberi nama.

VP pada masa itu telah senaraikan berpuluh nama yang beliau inginkan. As tipical lelaki, saya cuma buat last minit sahaja. Dah kebetulan terjumpa 1 nama - Abrisam... yang membawa makna tampan/lembut... terus hati tertarik. Kerana punya makna yang sesuai bg anak lelaki dan yg utama, dihujung nama itu merupakan gabungan pangkal nama saya sendiri... hahahaha

VP jeles... sangat2 jeles... hahahaha... dia mahukan juga nama anak yang punya gabungan namanya. Akhirnya kami sepakat, sekiranya anak perempuan... namanya bakal menjadi Abriza, yang mana dihujungnya punya gabungan pangkal nama VP.

Kemudiannya, kami sepakat pula untuk mengabdikan nama Abriza menjadi perkataan ke-2 nama bagi setiap anak perempuan manakala Abrisam bagi anak lelaki. Demikian terciptanya nama itu hasil cetusan idea dan kata sepakat kami itu...

Cuma nama An-Nas Abrisam masih belum digunapakai lagi... sekiranya ada rezeki, insyallah akan terpakai atau mungkin saya wakafkan ajer pada bakal cucu lelaki nanti... hahahahaha





25 komen[s]:

nasaoji said... [Reply to Comments]

hoho...penerangan yg amat bagus..

ape pun nama, asal makna elok....molek la d panggi nama penuh yg d beri itu utk mendoakan makan nama itu...kan..kan..

Ceera said... [Reply to Comments]

nanti atam jenguk andak kat rantau sajalah..

apa2 pun atam msg dulu k..

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said... [Reply to Comments]

agaknya anak yg bnama Annur mmg begitu..mcm anak km.. Annur gak.. suka benar nangis + jaga mlm.. huhu kena sabar lebih.. harap zaimah + hasben tabah... tahniah diatas kelahiran An-Nur Abriza.... moga Allah pmudahkan segalanya utk zaimah sekeluarga...

luvmum said... [Reply to Comments]

alhamdulillah.moga vp dan baby sihat.mcm jannah la anak kami.kuat menyusu dan kuat nangis.kim salam pada vp dan nica

RiEz said... [Reply to Comments]

huhu takper nangis2 pon baby kan..nanti dah besar sikit tak nangis dah...huhu...selamat berpantang yer kak VP =)

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

mesti mencabar menjaga An-Nur nih...hiks... tapi cam Aqilah masa kecik dulu ..mang gitu.. asyik nangis je.... riso gak hati... tapi ramai yang kata... selalu anak perempuan memang gitu la peelnya... kadang2 nangis cam kena cubit... betul2 menguji... tapi semakin besar... alhamdulillah...ragamnya semakin baik...

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

oic camtu la asal kejadian nama anak VP n Laloque yer.. pepon semoga anak kalian menjadi org yg berguna nanti yer

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

tertanya2 jugak mana ape maknaya abriza. tp malu nk tanya..he he he.Abriza tu unik namanya.. an-nur nangis?xpe nnti dia dah balik umah nnti mesti dia elok kot. Bnayak2 sabar yer..An-nur manja tulah dia nangis tu..

i3na said... [Reply to Comments]

hehe baru bercadang nak tanya pasal nama abriza tuh... mujur en laloque dah bagi penjelasan panjang lebar... sedap nama an nur.. lembut aje bunyinya.. mudah2an mudah menjaga an nur sepanjang berpantang dan seterusnya... Nisa mesti suka sangat ada geng kan..

fealize_eleanoer said... [Reply to Comments]

saya pon C-sec jugak...

x tau la secara kebetulan atau tidak...ramai kawan2 saya mengatakan anak yg lahir melalui c-sec ni lain sket...maksudnye...dari segi keletah..if menangis..die akan over2 menangis...if marah,die akan over2 marah...if nakal,die akan nakal yg amat....n if cerdik pulak,die akan jadi over2 cerdik melampaui umurnya hingga kite x sangka die secerdik itu...

ape yg kawan2 sy ckpkan tu,sy tgh mengalaminya skang...anak sy Safiya Camelia bole dikatakan sgt aktif,sgt nakal tp sgt cerdik.paling saya x sangka die sudah bilang 1,2,3 smpi 10 dan baca A,B,C mase umur die genap 2tahun 0bulan.dan byk lagi kecerdikan die yg saya mmg x sangka yg umur begitu pon die sudah bole kuasai....

x tau la nk percaya ke x ape yg kawan2 saya kate...mungkin kebetulan sahaja ..hanya Allah maha mengetahui...

kirimkan salam syg pada VP...saya nk melawat die..maybe mase die da berpantang di rumah uols sendiri...sudi2 la bagi alamat penuh kat saya utk sy dtg melawat...VP tau no hp saya...

pesan kt VP,sakit melahirkan melalui c-sec ni hanya sekejap je..after 10days nnt VP da kuat dah..bole jalan cam biasa..percayalah!ermmm...jgn bengkung yer...hanya bole pakai girdle sahaja ..tu pon slps 30 hari ke atas tempoh berpantang 2.
kalo nk elak bby x kena jaundice,bagi bby minum serbuk mutiara..beli rm5 kat kedai sengsei,buat 3 kali minum dalam mase 3 hari..means sehari 1x saje...

ok...till next comment..hope to hear from VP very soon!

oren said... [Reply to Comments]

tahniah..dan selamat berpantang buat VP..

lain anak, lain cara, lain ragamnya...

take care :)

Y u Z z 9071 said... [Reply to Comments]

tahniah..

comelnya

zie said... [Reply to Comments]

anak saya yang first pun sama kuat nangis bila malam,lepas maghrib sampai ke 1-2 pagi baru tidur, tp siang mmg tidur sesangatla..:)dan anak saya yang tu pun operate juga..maybe kut mcm kawan2 kat atas bgtau anak lahir operation ni luar biasa sket,nakal,cerdik,keletah dan kepala bulat sket :)

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

alahamdulilah.. selamat semuanya... oh begitu rupanya.. salasilah nama abriza ya

mummy_ayu said... [Reply to Comments]

selamat berpantang...

:iBuAfiQah: said... [Reply to Comments]

oic camtu asal nama2 anak kak vp n laloque nie ya...
selamat berpantang yer kak...
kirim salam kat kak vp n nica..

b.O.n.d.a said... [Reply to Comments]

cantik nama AN-NUR tue..
selamat berpantang buat VP

Moralle said... [Reply to Comments]

salam, lama tak jenguk sini, tau-tau VP dah bersalin, alhamdulillah, tahniah untuk mommy n daddy dengan kelahiran cahayamata yg comel.........semoga allah melindungi kebahagian kalian, AMINNNNN..........

atty's said... [Reply to Comments]

suka ngn nama an - nur tu ..sedap dan ringkas..

Maizatul said... [Reply to Comments]

salam...
umm akak dah blik upenye..
xsempat gak nk gi melawat kat hspital.
kite exam.huhuhu..
nk wat camne..
xde rezeki lah tu.
huhu..
mase ni je kot An Nur manja ciket..
nanti dah besar pasti akan jadi anak yg baik.
insyaallah..
selamat berpantang kak...

Adnazthie said... [Reply to Comments]

Salam., faham dan jelas penerangan itu. Semoga anak-anak itu akan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Agaknya lapar sangat kot, masa VP mengandung kuat makan kan..kan. He he he. Tu yang dia nangis bekalan lambat sampai...

Apa-2 pun kata orang tua nangis masa tengah berpantang ok insyaallah habis pantang di ok. Jangan nangis sampai biru-2 tu lain citonya.

Apa-2 pun to VP selamat berpantang. Jangan kuat sangat pergerakan tu. Makan ikan haruan dan gamat memang cepat baik luka dalam dan luar. Penyusuan yang kerap juga cepat mengecutkan rahim dan mengelakkan baby dari jaundice.

To Nisa, jangan lasak sangat kat mama, biat luka mama sembuh dulu baru boleh lompat sama-2.

Untuk anda sekeluarga, selamatttttt.

sepet a.k.a zack_u said... [Reply to Comments]

oh macam tu..baru kite tau..huhu!!

zh-ena said... [Reply to Comments]

penerangan yg panjang tapi mmg bagus..

nice la name an-nur

Noorlaila Mohamed Nor said... [Reply to Comments]

salam.
saya baru terlepas ke blog ni sejak beberapa hari lepas dan terus mengikuti.
congratz utk akak+hubby sekeluarga.
menarik tolak ansur namakan baby huhu :)

zue @ annaleeya said... [Reply to Comments]

Insyaallah.. klu ade rzeki akan t'pakailah nama An-nas Abrisam tu yer...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^