Tuesday, July 28, 2009

Baby Monitor

ni yang leceh bila rumah bertingkat-tingkat ni, chewah, ayat taknak kalah, macam lah rumah 10 tingkat kekdahnya, hahahaha biasalah kadang2 verangan jutawan

tapi memang leceh uols, sebab anoi tido dalam bilik, kadang2 saya nak gi jemur kain pun leceh, jemur dua tiga helai, lari2 masuk bilik jengah anoi, sebab anoi ni cepat nau terperanjat la. nak turun dapur pun sama, kejap2 lari naik bilik. biasalah saya ni perisau lebih, takkan nak harap nisa tgkkan adik kan. dia kacau yang lebihnya, budak tu dah elok tido nyenyak kang, dia sibuk nak topok2 adik dia, lagi lah mcm2 hal jadik huhuhuh.

lagi satu anoi ni sejibik mcm saya kecik2 dulu la (mak saya cerita lah), sekali dia nangis, lama sikit muka jadi biru2 ko, mana tak risau, takut tgk dia nangis, tu semua yang buat saya risau tu.

jadinya, en.laloque terus cadang nak belikan baby monitor ni, saya ok jer, asalkan senang keje saya

tadaaaa tu diaaa haaa... setel satu masalah

2 way communication lagik, tapi tak dpt la nak borak2 kan, anoi kecik lagi, lgpun en.laloque saje beli yang 2 way ni, dia kata nanti anoi dah besar sikit, nisa ngan anoi boleh pakai buat main. taklah membazir sgt, pakai kejap ke apa ke

satu letak berdekatan dengan baby


satu lagi kita pegang lah


gitu la kekdahnya uols

12 komen[s]:

yantz-yeem said... [Reply to Comments]

ala-ala walkie talkie la nie eks....heheheheh

Intan Suhana said... [Reply to Comments]

Salam Zaimah...ni first time sy jot down something kat sini..nak komen2 tak pandai..cuma nak bg tau zaimah kalo free layari laa blog saya www.warisanbatek.blogspot.com harusss beri diskaunnn kat zaimah kalo ade yg berkenan hehehehe

FIESYAH said... [Reply to Comments]

wahhhh!!!! senang keje...x de lah risau sangat ek...

nasaoji said... [Reply to Comments]

bagus jugak tu..

tp, ader kisah d sebalik bende tu...

hurrmmm....;p

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

lama dah sy xsinggah cni..VP dah duk umah sendiri yer..bb monitor..baguslah xdelah VP terkejar sana cni..VP dlm pantang pun berani kejar2 yer..take care yer..jgn lasak2 sgt k...

az1ra said... [Reply to Comments]

jangan percayakan alat tu 100% yer.. kawan saya pun pakai benda ni dulu..anak dia diam ja so dia ingat takder apa..naluri ibu saja pegi tengok sekalinya elok tido bawah selimut.. nasib baik tak lemas..bukan nak takutkan VP saja nak sama2 ingat mengingati..

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

eemmm bagus gak tu... sekurang2nya kurang skit rasa risau tu kan :D

liwaniel said... [Reply to Comments]

bagus jugak ade baby monitor ni...boleh selalu monitor annur

lily lotus said... [Reply to Comments]

dahsyat u zaman skrg..hik hik

RiEz said... [Reply to Comments]

wah nape dulu2 tak ader eh?

oneyani said... [Reply to Comments]

owh ho..baby pon dah ade walkie talkie eh..knp xletak je baby kt bawah ms buat keje..huhu=p

chik star said... [Reply to Comments]

aah senang gk kan kak.. guna moniter ni.
xder bimbang sgt nk tgl kn..

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^