asyik cerita pasal nisa jer
tak aci! tak aci!
cerita anoi mana?
anoi memang baby yang baik (doa ni), hari pertama kedua kelahiran dia memang kuat nangis sikit. nak2 waktu malam. lepas tu ok la. mungkin sebab lapar tak cukup susu kan. yelah masa tu kan kat spital kan. depa mana kasik pakai botol ke pakai susu formula ke apa semua kan. jadinya memang pakai susu badan semata2 lah. susu badan masa tu pulak tak berapa nak banyak lagi. agaknya dia lapar tak cukup susu kan, sebab tu la meragam nangis2 tu. AGAKnya lah. tapi lepas tu. anoi baik jer.
tidoooo jer. nangis pun sebab nak susu. nangis pun sebab poo poo jer.
bak kata nisa "anoi ni acik tidooo jer, acik acik tido"
kecoh betul kakak nisa ni tau
dan sekarang, nak panggil nisa, kena panggil dia "kakak" dia yang suruh hahaha. bagus jugak tu.
tp si anoi ni tido pun bersebab la kot kan. budak kalau kena kuning memang kuat tido. mungkin sebab badan dia lemah. dan sehingga hari ni, kuning anoi masih ada, tapi dalam keadaan terkawal la insyaAllah.
dan baru2 ni kan, saya terkejut sangat tengok lidah anoi putih2. sebenarnya baru2 ni saya dah campur susu. saya dah ajarkan anoi minum susu formula, yelah saya kan kerja kan, memang kena la ajar pelan2 kan. kang dah nak start keje baru hegeh2 nak ajar, tetiba dia taknak, kang susah nanti.
seminggu lepas saya ajar dia minum susu formula, saya tengok lidah dia jadi macam ni pulak.

nampak tak putih2 tu
mula2 igt kerak susu ke hape ke kan. susu pekat sangat ke hape ke. try cairkan susu pun tak jalan.
nurse ada cakap, cuba basahkan lampin dan gosok2 pada lidah dia. tapi pelan2 la takut luka kan. tapi tak berkesan jugak.
sudahnya weols gi klinik jer, amik ubat, lagi senang.
doktor kata. ini jangkitan kulat ke mcm tu. tp benda ni biasalah kena pada bayi. kebanyakan bayi memang kena. dia nasihatkan saya supaya jangan gosok lidah tu takut luka kan, kalau luka langsung dia taknak minum susu, kang lagi parah. lagi dia pesan jangan cairkan susu. sebab kepekatan susu pun takde kena mengena. lagi dia suruh saya rebus botol susu hari2 untuk menjamin kebersihan botol susu. dan dia jugak bagi jel untuk sapu dalam mulut anoi.
ok saya ikut la semua nasihat doktor tu.
tapi en.laloque jugak ada bawak balik ubat untuk anoi, dia mintak kat spital. ubat tu warna kuning. elok sangat ubat tu. pakaikan sekali jer, terus hilang putih2 kat lidah anoi. terus anoi selera balik nak menyusu. lalalalalala
oh itu jer la kot
so uols, kalau baby kena mcm baby saya ni. terus gi klinik amik ubat jer lah, takyah tangguh2 takut lidah luka tu satu, kesian kat baby pun satu hal jugak kan kan kan.
walaupun ni benda biasa2 jer, untuk bakal2 ibu boleh la alert yer.
sekian dari doktor zaimah


















19 komen[s]:
ms memula tgk gmbr tu ingatkan anoi dh tumbuh gigi..hehehhehe..
sian anoi yer..ok anoi..dh x sakit mulut kan???boleh mnm semula dgn seleranye
ooo ada ubat yer...anak sy dah 3 tahun 6 bulan pun masih ada putih2 kat lidah jgk sbb dia susu kuat. Nak try lah mintak ubat..igtkan xde..boleh kot kan utk anak sy tu..
issshh,..merisaukan aden baconyo...
mujur an-nur dah ok..
ada ubat yer utk keputihan kat lidah tu yer kak...
xpenah la tahu..
selalu amik kain napkin sapu kat lidah tu jer...hehehe
bagus la ada Doc Zaimah nie..
bleh gak kalu akak nak buat cter Gugu Gaga VP..nanti nk tayang kat astro ker?sure rating tinggi niey.hehehe
hmmm..betol tu, jgn gosok2 lidah.
sis, blh tau x jebis ubat tuh? baby sy pun kena gak, dh guna 1 ubat tp cam lambat, pastu jd balik..
aa betul ..aisya dulu kena gak
pastu doc kasi ubat titis..kejap jer ilang
doc tu bg nama kurap susu
dia pon pesan jgn cuba2 bersih ngn kain..
wah dari pakar it dah jadi doktor pakar kanak2 akak vp..serba boleh nih =)
cikpid,
hikhikhik dari jauh nampak mcm gigi ek, yelah sebab putih2 kan, tu lidah tu. a ah sekarang dia dah minum dengan selera balik. masa putih2 tu banyak berat dia jatuh sikit. risau tau
hanim,
susu kat lidah tu kena tgk jugak, kalau setakat kat tengah2 tu takpe sikit kot, tp kalau dah satu lidah putih dengan dinding2 mulut pun putih, haaa yang ni memang kena amik ubat la, sebab kalau biar boleh luka kot. tapi boleh jer nak try amik ubat, gi jer klinik tu. konfem depa kasik ubat tu punya
nasaoji,
kita pun risau banget masa mula2 tgk tu, seb baik skrg dah ok, legaaaaa
ibuafiqah,
a ah la ada ubat untuk hilangkan dia. ahaks gugu gaga vp kalau keluar astro mcm mana la roman eh yer hahahaha
arnirina,
a ah kalau putih yang membahayakan, kalau boleh tak payah la kikis2, sbb lidah baby kan. lembut jer, senang luka
ezzah,
aiseimen, nama ubat dia tak tahu la pulak, tp warnanya kuning la. nanti akak try tanya en.laloque yer
kirana,
haaa betul la kurap susu kan. kesian jer tgk lidah sampai satu mulut putih2 semua. seb baik ada ubat. terima kasih ubat kuning. chehhh hahahaha
riez,
hahahaha pakar it katanya. nak kena riez ni tau.
akak igt lepas ni nak belajar pasal perubatan kanak2 la pulak hahahaha. boleh gitu
salam VP....congrat dpt baby baru... comey sangat.... tak lama lg ida (Noridayu Rosman) pulak bersalin....
ala, tak mo la panggil anoi.
panggilah dia an-nur.
kan manis tu
ingatkan gigi :D
bagus btui info nie mah..utk bakal2 ibu..
irfan masa baby dulu pun pernah kena lidah putih2 ni...letak ubat je terus baik
oh.. gitu ya.. eemmm thanks kongsi info tu.. :D
eilaz,
salam, terima kasih, tahniah kat ida yer. harap2 semuanya selamat.
etty,
cica panggil anoi, abis terus melekat. hiks
Lililotus,
ahaks, saya yakin betul, itu L.I.D.A.H. chewah mcm JLL la pulak.
attys,
ye info yang tak seberapa untuk bakal ibu dan ibu2 semua. orang kata kalau ada ilmu kena kongsi, kalau tak terjadinya pembaziran ilmu. chewah
liwaniel,
kebanyakan baby memang kena kan. letak ubat terus baik kan, mcm megik jer
CM78,
ye gitu2, sama2.
Vp...lega tgk Vp dah menulis semula (cibukk je saya..ekeke)
Saya tunggu..dan tunggu...dan tunggu
Vp, tak perlu lah tambahkan susu formula utk Annur, teruskan penyusuan susu ibu. Ianya tidak mustahil sehingga bayi berusia 2 tahun walaupun ibu berkerja. Betul vp...percayalah cakapku :)
Vp boleh jenguk info di www.diyaluna.com mengenai penyusuan susu ibu dan kenapa saya mahu menyusukan anak secara eksklusif. Baik utk Annur, dan insyaAllah yang terbaik utk ibunya yang pink, eh cantik :)
Take care VP..
sama dgn baby e-ein..masuk ni dah 2 kali kena jangkitan kulat ni, candidiasis namenye...mula2 ingat ulser rupanye bukan..doktor kasi antifungal drops, esoknye terus ilang tapi kena continue 3 hari utk clearkan sume (takut ade yg kite tak nampak).
Post a Comment