Thursday, July 30, 2009

kesunyian la pulak aihhhhh

malam tadi mertua saya datang rumah, maksu nisa (maksu ni bukan sepet, tp adik bongsu en.laloque) dah rindu banget sama nisa. yelah kurang lebih dua bulan nisa menetap kat rantau kan, so hari2 dok gaduh ngan maksu nenek atok, memang suara dia ajer yang terjerit2. so bila dah takde budak tu. memang terasa nau la sunyi nya tu kan.

dalam kul 8 mlm mcm tu, mertua call, kata dia jap lagi nak datang rumah. nisa pulak bila tahu jer nenek atok nak datang, hepi dia tak payah cakap la, siap melompat2, girang sangat la tu. hari2 dok ngan mama dia jer, takde sape nak layan gaduh ngan dia, takde sape nak pujuk2 dia buat perangai hahahaha, weiiii mana sempat wei, sekali sekala ok la, kalau asik sentap jer, tak dapat acik nak nolong tu do, gi la merajuk kat penjuru2 bilik tu wakakakaka.

memang tak dinafikanlah, mungkin nisa agak bosan jugak la kan, kalau kat rantau boleh tengok lembu masuk rumah, boleh kejar kambing, lepas mandi boleh main kejar2 ngan nenek masa nak pakai pampes, boleh ikut atok naik motor keliling kampung, boleh pegi kedai muthu beli jajan. kat rumah seremban apa adaaaa? yilekkk pocikkkk, paling2 pun main playhouse dia sorang2, takpun main block lego sorang, takpu main jer apa jadah mainan dia tu sorang, lg masyuk kalau dapat main air. alolololo sian betul.

jadi semalam, bila atok nenek sampai, nisa betul2 amik kesempatan la, bila atok nenek nak balik jer, terus dia jerit "nak ikotttttttt atokkkkkkkkkkkk" siap peluk2 atok tak mau lepas.

atok dah serba salah. takut makpak nisa tak kasik pulak kan hahahaha.

"kakak tanya mama ngan papa dulu, boleh tak ikut atok balik"
"kakak nak ikut atok"
"yelah kakak tanya la dulu"

nisa giler punya malu nak tanya, datang kat saya ngan en.laloque, buat muka kesian jer, tp mulut senyap jer. pastu lari kat atok balik alahai so sweet la.

sebab syahdu tgk dia mcm tu. takpe, kasik jer la

"ok nisa naik atas, kemas baju, pampes, susu yer"

bukan main hepi lagi dia, terus lari naik atas, sambil mulut membebel2 lagi.

"tunggu kakak tau atok" hahahaha takut nau atok tinggalkan dia

dan hari ni saya betul2 sunyi, dan hari ni saya betul2 rilex lah, bila anoi dah tido, terasa betul2 kosong



mama miss you nisa

14 komen[s]:

lily lotus said... [Reply to Comments]

alahai touchingnya...

zh-ena said... [Reply to Comments]

cute nye..gaya tido sama jea

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

hahaha..baru tahu langit tinggi rendah mah bila anak tak de sorang kan.. bila ada dok jeritkan dia aje... cam tu lah kasih sayang ibu ...kan...

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

alahai so touching nya.. eemmm baru terasa sunyi kan.. :D

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

he he he..cute nya situasi nie..sy dpt bygkan kalu situasi tu terjadi kat sy..rindu ooooo..padahal bila dia ngan kita terjerit sana cni, marah sana cni..kdg2kan vp terlepas jugak 'plepek' kat kaki dia tu..he he he..kesabaranku tidak tinggilah vp...xpe dia bg chance mama dia rehat tu..:)

shaliza said... [Reply to Comments]

ala merindu la plk...kakak balik mama demam rindu tu...

liwaniel said... [Reply to Comments]

mmg terasa sunyi kan kalau anak takde kat rumah..walaupun sekejap je

nenekrock said... [Reply to Comments]

ermmm sedihnya

nasaoji said... [Reply to Comments]

acehh..shahdu ler pulokkk....

biaso la kan..riuh budak2, harus rindu klu tak dgr...

dah dgr, bingit lak...;p

RiEz said... [Reply to Comments]

oh...sunyinyer...

oneyani said... [Reply to Comments]

ahhaha time ade kecoh dgr die jerit2..bile xde mmg sunyi sgt la kn..

jauh mengajar erti rindu..xpe lepas ni makin bertambah syg kat 'kakak'=)

viruspadu said... [Reply to Comments]

lily,
tulah pasal sob sob sob

zh-ena,
tu belum mak pak ada kat sebelah lagi, kalau tak empat2 sepesen tido hahaha

puteri1,
gitu la kekdahnya kak oiii hiks

CM78,
a ah, rindu banget

hanim,
pelepek tu harus juga kadang kala, kalau tak kan jd anakku sazali, lagi ngeriii kan hihihih

shaliza,
rasa mcm nak jerit suruh dia balik sekarang

liwaniel,
a ah, terasa sgt tau uwaaaa

nenekrock,
jom nangis jom :p

nasaoji,
kan kan, kalau ada bebel, kalau takde rindu, hahaha mcm2

riez,
meh le tamankan kita :p

oneyani,
yup, betul2 mengajar erti rindu

RiEz said... [Reply to Comments]

ahaksss..bule2...

Ernie said... [Reply to Comments]

ala ciannya nisa... sekali atok datang terus nak ikut ye... takpe mama rehat dulu esok lusa nisa balik

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^