Wednesday, July 29, 2009

lagi seharian di rumah sendiri

semalam ngan kelmarin tangan macam agak gatal2 sikit, bukan gatal garu2 tu, uols tu bukan boleh cakap gurau2 sikit, kang ada yang suruh saya sapu ubat gatal la pulak hahahaha, gatal tangan nak snap2 gambo jer haaa, ntah la sebab mcm teruja sangat dapat duduk rumah sendiri, biar letih macam mana sekalipun, hati hepi jer, rasa bebas sangat, nak duduk ke baring ke tertonggeng ke, nak kuar toilet seksi2 ke hahahahaha wahhhhhhhhhhhh... point last tu paling mantap rasanya.

minggu lepas, opismate saya sms suruh amik hamper kat opis, wahh kelas tau, cuti2 dapat hamper bagai, tapi sebab en.laloque kat penang kan, saya suruh depa letak jer atas meja saya dulu, hari senayan (isnin) kang en.laloque akan menyinggah la opis ku amik itu hamper.

tadaaaaaaaaaa... rugi2, en.laloque baru lepas beli biskut2 jajan semua, sekali dpt hamper pun banyak dah biskut2 semua. kalau teringat hamper tu, tak payah kuar2 duit. untung gak hamper ni, rasanya kurang lebih jimat RM50. so opis ku, kalau wat cabutan bertuah lagi, sila la cabut nama pekerja cemerlang ni banyak kali yer, pekerja cemerlang... pui pui hahahaha


nisa yang sgt hepi tak sabar suruh apak dia bukak hamper tu, satu2 jajan dia suruh bukak, nak makan jam2 tu jugak.

nisa ni makin hari makan nakal dan makin menguji kesabaran arghhhhhhhhh. makin dilarang ada ajer jawapan dia. nak marah pun kadang2 tak sampai hati sebab kelakar.

ok tukar topik.

ok2, disebabkan semua barang2 bayi semua sumbat dalam bilik utama. dengan buaian nya, dengan katil babynya, segala mak nenek barang2 bayi la pendek kata. bilik utama pun dah mcm stor, stor pun tak padat mcm ni. ngeri! jadi bila saya turun kat tingkat bawah. nak melayan nisa makan ke hape ke. tak tahu nak letak anoi kat mana. jadinya terpaksa la en.laloque beli baby carrying coat ni, senang angkut mana2 kan, boleh buai2 sekali.


ok warna dia mcm biasa, adalah keMESTIan PINK itu, kalau tak gempar bumi akan berlaku di TBK itu. (TBK tu adalah taman rumah saya)


ganti buaian la, kalau kat bilik kasik naik buaian jer, kalau kat hall letak dalam ni jer, selamat dan bersih gitu


ini pagi semalam, selepas anoi mandi, dan sedang huruhara memandikan nisa, abis picing lari menjerit2. mujur ajer takde pengkritik hahahaha. ok ok itu lawak budus.


anoi boleh bertahan baring2 gini paling lama 10minit, lepas tu dia meraung2, samada nak dukung takpun nak buai. hadoiaiiiii

baby monitor sentiasa melekat kat pinggang, dah macam peserta akademi fantasia musim kelapan la pulak. AFUNDI VIRUSPADU dan hantar ke 32999, chewah, start dah merepek tuuuu


ye betul kata uols kat komen lepas2, jangan percaya sangat ngan baby monitor ni. jangan percaya sangat dengan apa2 machine pun, kalau setakat nak monitor sementara sidai kain ke, sementara turun ke dapur ke, sementara buat kerja2 lain ke ok la. tapi kalau betul2 bergantung tu. sendiri mau ingat la. tak gitu uols.

tu dia, nisa yang menjaga adiknya. tolong enjut2 adiknya.



sarapan pun nak makan dekat2 dengan adik dia, tak boleh berenggang langsung. suruh makan kat meja makan pun, kirim salam la, kang langsung dia tak makan kang.


bila la anoi nak besar ni kan, boleh main2 dengan kakak. kesian kakak dia main sorang2



"mama, jap ee jap ee, kakak macak sop" (nisa bahasakan diri dia kakak)
"yelah mama tunggu"


sambil dukung dodoikan anoi, sambil melayan nisa main

tiba2 rasa mcm "anda hebat zaimah, anda wanita besi!" hahaha kagum tak? kagum tak?

semalam agak rilex sikit, sebab en.laloque balik awal. nisa masih cirit birit, asik berak2. jadi kena bawa dia ke klinik.

sekian entry daripada wanita besi!

(ini autopublish punya entry, dah lama tak buat auto publish kan)

15 komen[s]:

RiEz said... [Reply to Comments]

Wanita besi wooo...hmmm takutnyer...hikhik..tapi pink2 gak eh...

atty's said... [Reply to Comments]

nisa ni mmg kakak yang baik ar..

shaliza said... [Reply to Comments]

wanita besi tak tahan tuh...best2 wanita besi dakembali aktif di arena blogging....cayok2...

nasaoji said... [Reply to Comments]

tang bby monitor tu, kt stuju..jgn gantung harap sgt kan...;p

wat..mmg wanita besi nih...gigih dgn anak2 sendirian...

oneyani said... [Reply to Comments]

ahahha iron lady tu akak!cayalah...

cantek la baby coat baru tu..sumpah cantek..1st time tgk..agak jakun di situ..hehehe

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

nica baik tak? tak banyak ragam eh dia???? Dah ada adik dia lagi behave kan...?? bagusla cica...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

pndai nisa jg adik dia..syg sungguh pd adik dia...
bb carrier tu cntik lah VP..pink kan?haruslah cantik..VP sudah kembali..suka sangat gaya VP buat blog tau...muahs..

Miss Moon said... [Reply to Comments]

syabas zaimah ...bukan senang nak jaga 2 org tew ...n slamat nak habih pantang ..............

misti hari nih lagi relax dari smalam sebab dah ley tune balik ...moon memula balik umah ..sangat stress , sebab semer nak buat nak kemas nak tgk anak perut lapa . tew la masa tew moon tak sedar diri ini tgh pantang ...hahahh tapi pas 2 3 hari ok ...ley jumpa tune n kiter dah tahu what to expect kan ...

auw wanita besiiiiiiiiiiii chaiyok

mah , tinggin nak g tgk anoi sambil tew ley la ai bogelkan anak dara u amik gambo dia sebarang satu 2 3 keping ...

viruspadu said... [Reply to Comments]

riez,
harus besi hahaha, padahal takde pong

atty,
kadang2 menjadi kakak yang byk songeh pun ada

shaliza,
wanita besi yang kejap ada kejap takde di arena blog ini hiks

nasaoji,
a ah menda tu membantu jer, takleh bergantung sgt kan

oneyani,
cantik memang cantik, ketaq2 tangan masa bayaq tu hahaha

puteri1,
tgk masa jgk kak, tiba masa ragam dia, bykkan bersabar jer lah

hanim,
nisa memang sayang nau adik dia, tp kita la payah nak buat kerja, semua dia nak tolong buatkan

liwaniel said... [Reply to Comments]

pandai nisa jaga adik ye

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

walllaaa.. dari wanita besi la plak.. hik..hik..hik.. good girl la nisa.. pandai jaga adik ya

oneyani said... [Reply to Comments]

ehhehe ketaq2 masa bayar eh..xpe bole gune sampai anak cucu tu..hehehe

Raja said... [Reply to Comments]

salam vp. saya ni selalu jadi silent reader je kat blog awk. ske baca awk nye penulisan n dapat byk ilmu gak sbb sy pon baru bersalin. sy berminatla ngan carrying baby cot anakku tu. nak tny mana awk beli yer sbb slalu sy pegi butik anakku xpenah jumpa cot yg ade craddle skali. kalo ada tu senang..kalo blh, blh x bgtau kat mana awk beli tu? tq! :)

Ernie said... [Reply to Comments]

biasala budak kalau dah beradik memang keluar segala macam perangai pelik-pelik die tu... ape pun tabah dalam menjalani temph berpantang...

CatlinaFly said... [Reply to Comments]

salam..suke baca blog ni..leh amik pengalaman kalo dpt second baby nanti, hehe..

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^