Friday, July 17, 2009

sambutan hari lahir yang pertama

hari ni hari jumaat

takde kesempatan langsung nak on kan lappy tadi, dah petang2 ni baru la dapat, anoi langsung tak kasik can kat mama dia melayan blog. hahahaha padan muka mama dia kan. semalam kan bawak anoi gi checkup sebulan. jadinya memang dukung dia dari pagi sampai petang. oleh sebab dah tersedap didukung peluk. hari ni dia tuntut dukung peluk lagi. asal letak jer atas tilam dia bantai mengamuk2 nangis, asal dukung jer elok jer lena tido. lolololo kecik2 dah banyak akai minah kecik ni hahahaha. tak dapat bayangkan bila umur dah besar sikit nanti. dengan "kaknam" tu lagi punya akal, dengan "minah kecik" ni lagi punya akal. mau acik bonti kojo ni kang hahahahaha langsung takde kena mengena berhenti keje ngan anak buat perangai kecik2, mcm hint nak amik cuti tanpa gaji lagi sebulan jer ni :p lalalalala

dan hari ni jugak en.laloque pulang agak lewat sikit sampai rumah, alah lewat beberapa minit jer, tapi sebagai isteri berotak geliga mcm saya ni, ada jerrrr benda boleh jadi isu

"papa balik lewat oooo"
"hari ni jumaat mar, jalan jem ooo"
"tak kira, kena denda jugak"
"apahal lak jalan jem, papa pulak yang salah ni"
"tak kira oooooooo, denda jugak"

hahahahaha, tekanan betul jadi laki vp ni hahahaha, ampun papa! gurau senda kan penting chewah

ala nak denda suruh dia masakkan megi kari untuk saya, adoi matilah dalam pantang makan megi katanya hahahahaha, gilo ke hape kan hahahaha

ok sebenarnya jari saya saje gatal nak taip entry, padahal takde la benda sangat pun, saje telek belek gambar2 dalam lappy ni, terjumpa la gambar2 lama yang saya snap itu hari, snap dari album gambar kat rumah mak, kalau curi gambar2 tu rasa mcm keji sangat pulak, jadinya snap ajer lah, sama jer kan.

tadaaa... ini lah sambutan hari lahir en.laloque yang pertama saya raikan selepas kahwin. celebrate kat rumah mak saya, igt nak celebrate kat rumah sendiri tapi mcm tak meriah pulak, berdua jer, itu nak lomantik loba loba bolehlah, tapi nak kecoh2 meriah kena la hangkut semua ke cheras.

dari tepi -> mak, ceera, vp, en.laloque, akak, kaklong, denial dan abah

giler kurus gambar masing2 hahaha, atau pun camera trik ni. chewah, takde memang kurus pun masa ni.

muka en.laloque tak boleh blah oooo, tak tahan saya tgk. elok sekrang lagi kot, berisi sikit. saya suka jer en.laloque berisi2 mcm ni. hiks

eh esok dah sabtu kan, ahad en.laloque dah pegi outstation lagi. oh sunyinya hidup ku.

ps: wei rep, aku kasik jer lalok gi sedim, dia yang taknak ooooo (boleh percaya ke?)

4 komen[s]:

laloque said... [Reply to Comments]

Rep... aku memang nak gi Jeram Sedim, turun white rafting ngan korang. Tapi aku xbiase buddy ngan orang lain selain mmah... hahahahaha.

Insyallah, kami pasti akan ke Sedim nanti bagi mengimbau kenangan lama

RiEz said... [Reply to Comments]

Sedim tu tempat ker?

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

en laloque kene denda yer sbb lewat bali sket..jaln jem tulah vp yg kene denda..he he he.

pic lama kan, kalu ditengok balik mmg pelik jer kan..beza sungguh.sama mcm pic lama sy, tulah pic lama sy elakkan utk ditengok..:)

nasaoji said... [Reply to Comments]

la...muke kak VP yg tak leh blaahhh...malu ya amat nampaknyer, mcm kak VP lak yg d rai...

hehehe..

cian kene tinggai lg...

tak per..2 princess tu kan ado..

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^