Follow Viruspadu

Wednesday, July 29, 2009

semuanya nak yang senang2 ajer

memang dasar pemalas hahahaha

eh takde la, tak baik ooo cakap saya pemalas, cuma tak berapa nak larat jer turun naik turun naik isi ayak panas buat susu. dulu masa nisa sorang ok lagi kot. ni dah berdua ni, jadinya air panas juga harus diganda dua. mau barai kaki asik turun naik turun naik tangga jer kang.

alah mengaku ajer la malas, kan senang hahahaha

eh tak lah, betul oooooooo

apa ni cakap sendiri, jawab sendiri, gilo ke hape hahahahaha

eh eh hari ni saya nak tunjuk bendalah ni la, alah memang la selama ni thermoport ada kat rumah saya, yang biasa2 punya jer lah, tapi tak tahu pulak ada khas untuk buat susu baby punya. cayalah elba. ELBA tolong la lantik saya jadi duta. hahahaha. kelas kan, siap merayu2 lagi tau. ni dah free2 jer buat entry khas ni. chewah dasar mata duitan.


sebenarnya saya baru tahu, saya minta en.laloque belikan yang biasa2 ajer, tengok2 dia bawak balik yang amat canggih ini (jakun lebih!) siap boleh keep warm 40,50,60,85,98 darjah celcius. wahhhhhhhhhh canggih sungguh.


juga boleh lock, sebab bahaya kan, kanak2 kan suka2 jer tekan2, sekali tekan melecur tangan sape yang susah, sape yang sakit, koooooooo jugak. jadi untuk langkah keselamatan, kita lock dia, ko picit la mcm mana sekali pun, tak kuar air punya, serius tak tipu. hahahahaha.


boleh set utk coffee ke, susu ke


jadinya, senang kerja saya, takpayah angkut air panas tiap2 hari, letak ajer terus dalam bilik. nak buat susu. tekan ajer.

kalau mcm ni, mcm mana berat saya nak turun dengan kuantiti yang banyak ni. semua kerja nak yang senang2 ajer hiihihihihihihi.

mungkin ada yang baca entry ni mcm tak dapat manfaat langsung, giler buang masa baca entry ni. tapi pada ibu yang seperti saya. yang nak buat susu anak seperti saya juga. yang tak sempat nak survey2 thermopot yang bagus2, baca entry ni, kot2 dapat info, chewah. boleh la dapatkan di pasaran. harga dia adalah RM19+.++ kalau tak silap lah, kalau silap pun, harga dekat2 kurang lebih sikit lah.

ok tu jer, dari duta elba lantik sendiri ni.

15 komen[s]:

DYLA said... [Reply to Comments]

dulu saya pun pakai ni VP, masa anak masih baby. senang keje hehe..

cuma electricity naik melambung pas pakai ni.. :(

viruspadu said... [Reply to Comments]

dyla,
senang kan, tp betul la tu, harus la bil letrik sampai nanti, bulat2 bijik mataku memandang hihihih

lily lotus said... [Reply to Comments]

senang idop ;)

FIESYAH said... [Reply to Comments]

baguslah elba ni wat sesuatu yg meyenangkan...

dd dudu said... [Reply to Comments]

kak vp, saye x kawen lagi, tapi suke jek bace entry2 pasal baby ni heee heeee

RiEz said... [Reply to Comments]

guna kan jer kemudahan diberi...huhu...senangkan kije....

nasaoji said... [Reply to Comments]

eh..amat manfaat bg isteri2 mcm saya yg sama pemalas mcm kak vp jugak..hehehe..jgn mara..

kakak, klu kt pun, kt minta/cari yg senangkan kt gak tau, tu bkn pemalas, tu namanya nak budget masa, krnya, leh wat kija lain gak...;p..

jg anak kan leh bako lemak, yer kan?....

oneyani said... [Reply to Comments]

eh berguna ape pada y xkawen lagi...ilmu ni..mane nk dpt tergolek je dr langit..hehehe

Faizah_Haris said... [Reply to Comments]

mahh..
tingin nak tgk gambo mama nyerrrr laaa...hihihi...apa perkembangan? ahaksss...larikkkk

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

buat susu tuk cica ke tuk annur? annur breasfeed kan mah?

akak pun pakai ni...tapi bil letrik melambung2..ahaks...siang selalu of je...aqilah minum susu...air sojok..ahaks....

liwaniel said... [Reply to Comments]

menarik thermopot ni

masviona said... [Reply to Comments]

saya pun pkai brand ELBA nih gak vp....mmg khas utk buat susu pun...huhuhu
satu kat dapur satu dlm bilik atas sonang sket...hiksss

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

fuyooooooooooooo cangih ooooo...
tak pernah sy tengok macam tu..betul!..tgk, sy lagi jakun tau VP..he he he

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

oh.. senang kan..

aiDieNa said... [Reply to Comments]

VP... dulu kita pon ada thermo yg ready heat nie.. org adiah masa kawen.. dulu rajin ghak guna (bil letrik tu haruss.. mmg melambung tinggi)tp sejak dpt email dari yahoogroups pasal air panas yg reheat... or panas sentiasa nie... kita dah tak guna dah thermo tu.. guna yg manual jer... tak tau sejauh mana kebenaran artikel nie.. tapi boleh baca kat blog saya kalau nak tau lebih lanjut.. (sayang jer thermo tu.. dah tak guna.. sib baik owg yang adiah..)

Sekadar berkongsi maklumat...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^