Follow Viruspadu

Tuesday, July 07, 2009

ubat batuk

12 jun 2009, Hari tu hari jumaat, saya bekerja macam biasa. Tapi macam biasa la, keje keje pun, badan ajer kat opis, hati baring kat rumah keh keh keh. Sangat tak ikhlas pegi keje. ish ish ish very not good. Badan masa tu toksah cakap la dia punya sengal macam mana. Nak bangun dari duduk pun hazab uols, rasa macam nak tendang sape2 lalu depan mata, eh sakit-sakit pun ada hati nak tendang orang :p orang tendang saya lagi kuat keh keh keh sangat tak sedar diri tau, takpe itu perasaan jer, buat nya tak!

Nak dijadikan cerita jugak, minggu itu saya adalah batuk dan flu-flu sekali.

Saya pesan pada en.laloque mintak dia belikan ubat batuk wood tu, tapi beli yang kanak-kanak punya, ala yang kaler merah tu lah, kalau dewasa punya warna hitam2 tu kan. Saya kalau makan yang dewasa punya tak "jalan" la kepoweran dia, kalau makan kanak-kanak punya, cepat jer elok. Adakah saya ini kanak-kanak. opsssssssssss hikhikhikhihkik

Dan petang itu saya makan la ubat batuk tu sesudu.

Dan malam itu juga saya sosah durian 3 ulas, akibat geram-geram tengok en.laloque dan keluarga mertua makan. Alah lagi pun makan sikit-sikit apa salahnya, kata saya dalam hati. Chewah siap cakap dalam hati lagi. cakap kuat-kuat pun apa salah nya.

Masa itu saya kan kat rantau. So lepas lepak agak-agak sampai boring sikit2. Saya ajak la en.laloque balik rumah sendiri. Ye lah kan, sabtu ahad duduk rumah sendiri baru bebas sikit. Lagi pun rumah pun dah macam hape jer. Kalau ada tetamu nak datang rumah memang boleh buat malu kat diri sendiri hiks.

Malam tu macam pelik sikit. Badan saya memang dah lemah sejak beberapa hari. (Mengada lebih!). En.laloque suruh saya tido jer baring-baring jangan layan nisa sangat. Padahal memang tiap-tiap malam saya tido baring-baring ajer huhuhuhuhu. Tiba-tiba terus rasa gedik hahahaha.

"Papa, baby ni tak gerak-gerak la dari petang tadi, cuba papa mengaji kejap kat baby"

Terus en.laloque usap-usap perut saya, sambil mengaji, lepas tu borak-borak ngan baby.

Biasanya, kalau en.laloque buat macam tu, baby jadi aktif sangat. terus berdangdut dalam tu. Tapi kali ni lain. Respon baby perlahan sangat. Dan ada lah gerak sekali dua. Tapi memang tak macam biasa. Saya punya risau toksah cakap lah. Terus menangis jam jam tu jugak. Takut giler. Masa tu mula lah fikir bukan-bukan. En.laloque ajak pegi hospital. Tapi saya rasa macam, eh tunggu kejap lagi, kot kot kejap lagi dia aktif balik.

Sementara menangis2 risau tu boleh tertido, apa daaaaaaa. Nampak sangat letih dan lemah bagai nak gilo.

Jam 1 pagi lebih2 macam tu, saya terbangun tido. Saya usap-usap perut. Saya borak-borak dengan baby. Tapi baby masih tak bergerak-gerak. Terus saya kejutkan en.laloque bangun tido. Kami terus siap dengan laju. TAKUT. RISAU. Macam-macam perasaan ada. Macam-macam bayangan ada. Sambil bersiap sambil menangis tersedu-sedu. Makin terkocoh kacah bila nisa pulak bangun tido buat macam-macam hal. Taknak tido, seronok pulak dia dapat jalan2 gi spital tengah-tengah pagi. Sabar jer lah.

Dalam perjalanan ke hospital. Saya terasa pergerakan baby tapi slow ajer. Fuhhhhhhhhhhhhh Alhamdulilah. Masa tu lega sangat. Rasa nak patah balik pun ada. tapi bimbang baby terbelit tali pusat ke hape ke sebab tu lah dia lemah ke kan. So gambel jer, pegi jer lah hospital dah alang-alang separuh jalan.

Sampai-sampai hospital.(borak igt2 lupa jer)

"Ye kenapa dah nak bersalin ke?"
"tak, baby saya terasa kurang gerak"
"hari ni dah berapa kali gerak"
"maksudnya hari ni ke semalam" ~yelah kan, hari ni dah 13 hb, dia tanya yang 12 hb ke 13
"semalam"
"6 kali kot" ~ kes tak ingat main bantai jer
"nurse kat klinik tak bagitau ke, kalau kurang gerak cepat-cepat datang hospital" ~ dia cakap agak kasar masa tu atau saya agak sensitip
"sebab tu la saya datang ni" ~ jawab pun macam kasar jugak hikhikhik
"awak kira ni dari pukul berapa sampai kul berapa"
"9 pg - 9 mlm"
"sepatutnya awak datang pukul 9 malam tadi, bukan sekarang"
"yelah malam tadi, saya masih rasa dia gerak, tapi pagi ni saya terjaga saya rasa dia macam tak aktif macam biasa, saya risau sebab tu saya datang"
"yelah awak datang pagi2 ni... bla bla bla bla"

nurse tu macam marah sikit saya datang pagi-pagi tu, yelah sepatutnya saya datang malam2 tu jugak, yelah kalau jadi apa2 kan sendiri yang susah, tapi sedihnyaaaaaaaaaa saya rasa masa tu. biasalah saya kan berjiwa sensitip wakakakaka, pangggggggggg kat diri sendiri.

check tekanan darah saya, terus naik 140/80 kot. naik sikit sebab risau jer, lepas tu turun balik.

Lepas check jantung baby semua. Tiba-tiba baby aktif la pulak, hureyyyyyyyyyyyyyyyy hepi sangat. Masa tu kepala hotak memang ingat nak balik jer.

"ok awak masuk wad dulu hari ni"
"saya taknak"
"takpe awak masuk jer dulu, tengahari nanti, kalau semuanya ok, awak boleh balik"
"saya taknak, saya nak balik"
"tak boleh, awak kena masuk jugak" ~eh paksa-paksa pulak

en.laloque pun suruh saya masuk jugak, ok la ok la, tp janji tengahari mesti nak keluar tau.

saya ditempatkan di wad kelas 3 dalam jam 4 lebih pagi. hati betul-betul memberontak. saya taknak taknak taknak duduk spital laaaa... sabtu ahad saya nak duduk rumah. nak rilex2 dengan suami dan anak. oh sedihnya.

pagi itu, perut saya di scan lagi.

"doktor, saya penat sangat kot semalam, sebab tu la baby kurang gerak"
"ish takde kena mengena tu"
"oh ye ke, boleh saya balik tak"
"oh tak boleh, sbb awak ni banyak masalah, kita tahan awak sampai awak bersalin"
"erk..."

ah tekanannyaaa... takpe lah terima jer la kenyataan ini huhuhuhu, macam tak biasa pulak :p

bila doktor cakap, kepenatan saya takde kena mengena dengan pergerakan baby yang slow itu. Lama saya fikir kenapa. tapi tak jugak jumpa jawapan.

Satu petang tu, saya borak2 dengan pesakit lain. dia cerita yang dia penah makan ubat batuk masa dia mengandung 3 bulan. lepas tu kandungan dia gugur. Masa tu saya terfikir, adakah di sebabkan saya makan ubat batuk kanak-kanak itu menyebabkan pergerakan baby saya menjadi lemah. ohhhhhhhhhhhh takutnyaaaaaaaaa... nasib baik tak jadi apa2. Syukur alhamdulilah.

Saya tak pasti betul atau tak atau kebetulan ke hape. so uols kalau mengandung kalau boleh jgn makan ubat batuk la, kalau nak makan tanya doktor dulu. takuttttttttttttttt...

ok itu jer la kot. nanti saya sambung lagi yer.




23 komen[s]:

zie said... [Reply to Comments]

aha kalau makan ubat batuk nanti baby tidur jer dlm perut tu.. mmg perlu sgt jumpa doktor minta ubat batuk yg bersesuaian dgn org preggy dan usia kandungan.. saya pun preggy dan batuk even ubat doktor kasi minum bila tak tahan sgt jer.. 2 kali jer minum camtu tp batuk lambatla lega.. sib baik la tak jadi apa2 yer vp..

rillys said... [Reply to Comments]

ishk2 ada effect kot ubat batuk..baby pun jadi lalok agaknya..alhamdulillah semua dah selamat

[[•­»NuRuL«­•]] said... [Reply to Comments]

salam kak..
lama x komen..hehe
mmg btul pun..kalo ngandung, ubt batuk 2 bahaya ckit..
kene mintak nasihat doc..
xleh mkn sebarangan..

Ena Qalinsya said... [Reply to Comments]

erk! btol ke VP?
akk tgh sarat skang ni n batuk pun agak truk tp sume pulun ubat batuk dr klinik, bukan yg pakai beli punye... tp skang dah tuko cara makan madu+limau nipis..

nestumrasberi said... [Reply to Comments]

ala betol kot vp
masa baru preggy dulu akak demam makan ubat batok yang kuat tu
tak lama pastu gugur. lepas ni take note batuk camne pun don touch ubat batuk. makan la gula2 hacks kaler itam tu bebanyak.

mummy_ayu said... [Reply to Comments]

suspen je..ingat dah start keja..upanye flash back...

fana said... [Reply to Comments]

laa ye ke...thanx for sharing diz info...tak tau pon...

Cikpid said... [Reply to Comments]

ms sy pegnen dulu..bile batuk..dr bg ubt batuk yg lite2 khas utk org ngandung..sbb dr kata bile mkn ubt batuk..baby pon effect ngantuk..so sbb tu x byk gerak..

neezareef said... [Reply to Comments]

masa 1st time pegnen mmg doc ade btau klu nk mkn ubat batuk cr yg herba jgn mkn ubat batuk biasa leh akibatkan keguguran

wallahualam

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

takutlah plak kan bb x gerak..sy pun pnah dulu..dr 9am -9pm baru 10x...tp time tgh malam berdangdut jer dia..he he he

VP, bkn ke ubat utk org peknen lain, tu sbb kita xleh mkn ubat sembarangan...xpelah, janji dah selamat kan..kuat betul penanangan ubat batuk kanak2 tu utk bb..

shaliza said... [Reply to Comments]

betula tu kot...agaknya dah minum ubat batuk tu baby tdo kat dlm perut VP...tp alhamdulillah semua selamat...ubat batuk kan wat kita ngantuk.

nasaoji said... [Reply to Comments]

kt pun pernah dgr tak elok mkn ubt btuk time ngndung...

mujur an-nur kuar dgn jayanya...;p

oren said... [Reply to Comments]

betui agaknya..

saya mkn ubat batuk masa preggie dlm 7 bulan..bb mmg kurang gerak..lalok gamaknya dek penangan ubta batuk..so, utk elakkan batuk yg berterusan, saya mkn madu lebah yg dicampur dlm secawan air..mujarab lah jugak..tp kena istiqamah..saya on-off jek..ubat antibiotik yg doktor bagi, saya tak mkn sgt..walopun doktor ckp selamat, tp tetap tak berani nk mkn..

skrg sudah 8 bulan lebih..next month, insyaAllah deliver another baby...doakan kami pulak yer...

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

adoyaiiii dah la makan ubat gi sosah deghoyan plak tu.. mek ni.. alhamdulillah seme dah selamat dengan baik ...

:iBuAfiQah: said... [Reply to Comments]

welcome back akak...
takutnya baca cter akak niey..
isk2...ngeri pun ada...

RiEz said... [Reply to Comments]

erkkk...bahaya gak yer...oh kene hati2 amik ubat time peknen...

~~@lyci@~~ said... [Reply to Comments]

saya masa preggy dulu takut betul nak makan ubat, lagi2 kalau beli kat kedai.. kalau pergi klinik mesti tnye doktor dulu safe utk preggy ke x..

Chika Chika said... [Reply to Comments]

mungkin dah lambat sikit dah. Tapi nak ucap tahniah dapat baby baru. Cute dan begitu gebu.

get well soon :)

http://nurulism.com

kak moon said... [Reply to Comments]

salam
hi kak VP.. seronok baca cerita akak.. saya kenal blog ni pn dr akak ceera..

anyway, congratulation on your new baby..

p/s: makan ubat batuk kan buat kita jd ngantuk. agaknya baby tu pn ngantuk jgak, sbb tu x aktif kot.. hehe..

sepet a.k.a zack_u said... [Reply to Comments]

haisyooo..orang mengandong mane boleh minum ubat batok..lagi2 yang ade kandungan promethazine...haisyooo haisyoooooooooooo andak...naseb tade ape..huhu!

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

oic tak boleh ker makan ubat batuk?? hoho seb baik tak jadi pape kt VP ngn baby..

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

emmmm gitu ya.. baru ni tau.. ada efect kat baby gak ya..

churalliya said... [Reply to Comments]

hallooo mummy.. seronok rasa dah update sendiri blog nih.. belasah je la komen kat entry ni yee.. masa najmi dulu pun dia kurang gerak sbb sue makan ubat batuk (demam masa tu). kalo tak mmg berdabgdut dia kat dlm.. itu ubat batuk dr.intan yg kasik tu.. kira dah dpt izin doktor la kan.. still efek kat bby jugak.. x pe la, janji semua selamat kan.. sape x risau kalo bby x gerak weiiii...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^