hari ni, dijadualkan hari untuk checkup bulanan untuk an-nur yang pertama, usianya ngam2 sebulan. just nice. hiks. kena cakap ke just nice tu, mcm tak masuk jer ayat dia. belasah ajer la yer. keh keh keh.
malam tadi an-nur tak berapa nak beragam sangat, eh ke sebab en.laloque yang berjaga malam tadi, saya tidooooo, yaribaaaa aserehe ha rehe, bangun bila nak nyusubadankan annur ajer. lalalala. indah indah. almaklumlah, minggu depan en.laloque akan outstation lagi. seminggu nanti dia dapat tidoq dengan lenanya. jadi minggu ni kita dera2 en.laloque secara manja hahaha. saje dengki sikit.
jadinya bila tido menjadi sangat enak. jadi sgt la beratttttt mata nak bukak pagi2 itu. jam 7 pagi weols dah siap2 nak pegi klinik. siap2 dengan sangat senyap dan berhati2. dikhuatiri si "kaknam" tu terjaga, habis la kena angkut dia sekali kang hahahaha. kalau senang nak bawak bincang takpe si nisa tu. dibuatnya buat hal kang. ohhhhhhhhhh tidak. lately memang susah nak control nisa. nak2 check sebulan ni mcm leceh sikit, sebab nak check emaknya sekali. jadinya akan amik masa yang agak lama.
oh yer, bukan agak lama uols. tapi memang giler punya lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. lama pun tak giler mcm ni. rasanya berasap2 idung menahan geram. sebab lamaaa sangat yang terlampau2.
saya sampai klinik lebih kurang jam 8 pagi. amik nombor semua. check urine. tungguu buku siap semua, terus ke kaunter A ke apa ntah, tunggu situ, untuk check tekanan darah dan berat. ini pun dah sejam. part yang paling lamaaaaaaaaa tak boleh blah sampai rasa nak bakar klinik adalah masa menunggu nak amik darah. uwaaaaaaaaaaa help! oksigen oksigen. bapak la lamaaa. memang hari khamis orang ramai la, dengan orang yang check MGTT la, dengan orang yang appointment la, penuh sampai takde kerusi. rasanya sejam menunggu turn nak amik darah jer. kalau sapa2 tak tahan sabar takyah la datang klinik gomen. ada la beberapa patient yang saya tgk tak dapat tahan sabar, siap komplen2. saya. ermm saya pulak mcm biasa, lama pun tahan jer. tapi dalam hati ada jugak rasa geram2 hahahaha.
lepas dah amik darah. kena pulak tunggu keputusan darah. dah dapat keputusan darah kena pulak letak buku depan bilik pemeriksaan bayi/kanak2. tunggu lagi nama kena panggil. lepas nurse dah check baby. letak pulak buku depan bilik doktor. lepas jumpa doktor, tunggu ubat pulak.
itupun nurse suruh saya masuk bilik perancangan keluarga dulu tapi saya taknak. kalau tak kena tunggu lagi tu.
hepinya kena tunggu banyak kali wakakakaka INDAH sangat! (gelak sambil menangis)
semuanya setel kul 12.45 tengahari. ngam2 sebelum waktu rehat. bayangkan kalau terlajak ke pukul 1. kena tunggu lepas lunch pulak. mau biol saya menunggu kat situ.
alah bukan hape. kalau saya ngan en.laloque jer takde hal sangat. tapi kesian kat anoi la kan. chewah pakai alasan baby la pulak.
ok2. keputusannya. semuanya ok2 ajer.
Berat baby:
masa lahir 3.15kg, sebulan 3.9kg - so ok jer la kot.
berat mama baby:
adoiiiiiii memang la sangat berat.
sebelum melahirkan 74kg. sebulan selepas melahirkan 63kg.
agak2 kalau pantang normal mcm sebelum2 ni, mungkin boleh turun banyak lagi sikit, chewah berangan
takpe2, pelan2 kayuh. saya tak terfikir nak makan atau pakai apa2 produk kuruskan badan sekarang ni. nak tgk dulu beberapa bulan ni. dapat turun tak. kalau tak. memang kena pakai jugak talian hayat.
ok. itu jer laporan an-nur sebulan. eh bukan laporan kot ni, mcm rungutan jer wakakaka. ish not good not good.
ok sebagai penutup entry yang merepek meraban ni. tatap lah gambar anak beranak yang elok jer dibuai mimpi. gambar "orang itu" terpaksa dicover atas sebab2 blog ini diklasifikasikan sebagai U bukan 18SG.

sekian terima kasih.





11 komen[s]:
hikhik nasib akak tak tido..bule amik gambo 18sg...eh blog nih Umum kan..huhuhuhu...
riez,
tak tahu la apa malapetaka kalau akak tido sekali kat situ, terus kena ban blog ni hahahahaha
alahai comeinya anak beranak tido sederet..hihi
mmah.. nak ajak lalok g sedim ari minggu nii bulehhh... opsss.... cabutttt!!!
hikhik bukan banned kak...dier tuka dari U jadi 18sg.hikhikhik...
he he he..vp sudah kembali..nasib baik kat opis VP kalu sorang2 ni mau sy gelak guling2 baca blog vp ni tau..sbb vp dah mcm dulu..yehaaa!
cutenya hai anak beranak tu tido..nica tu melekat je ngan papa dia..
sweet je 3 beranak ni tido sama
jivebums,
memang comel, seb baik dah cover part tu, klau tak daripada comel2 terus jadi ngeri hahaha
rep,
lalok kata dia sayang aku la, tak sampai hati nak tinggal lama2 hahahaha, adakah kau percaya statement itu?
riez,
kalau kena tukar kepada 18SX lagi takuttttttttttt hahahaha
hanim,
jangan gelak kuat2 sangat, kang depa pandang pelik2 la pulak hiks.
liwaniel,
sweet sangat katanya...
hahaha 18sx tu haru2..jenuh acik nak masuk asik tekan adult content button..
kjap je da sbln an nur...
cepat je masa kan..dah sbln pun..nnt, dah leh mintak adik lg..hahahaha...
Post a Comment