seperti yang sedia maklum (kalau tak tahu pun, buat2 la macam tahu jer yer, ini paksa)
saya memang plan nak pulang di samping keluarga tersayang pada hari ahad lepas. tapi sebab excited terlebih sangat. mcm dah tak sabar2 nak jumpa keluarga punya pasal. ye kampung anda masih disitu hahahaha tak mungkin berganjak kan. rindu marrr sama adik beradik ibu bapak semua. rindu nak gelak kuat2 pun satu hal jugak tu. wahhh kat rantau bukan main gelak punya sopan siap tutup mulut, bercakap pun kena ulang banyak kali, pelahan sangat suara hahahaha, sopannnnnn laaaa sangat hhahaha. jadinya hari sabtu petang2 tu jugak terus menggedikkan diri merengek2 kat suami tercinta walaupun dia telah terlupa memeluk isterinya kannnn... hua hua hua hua (dah berapa kali ulang ni, harus en.laloque belikan jugak cincin ni karang hahahaha)
jadinya, petang2 sabtu tu jugak la, en.laloque memulakan tugas mengemas2 pakaian dan segala mak nenek barang2. yelah planning nak lepak lama kat cheras mar. nak duduk ngan mak pak sendiri la pulak. kononnnnnnn nya.
banyak giler ok barang2, baju saya en.laloque ngan nisa dah satu kotak kuning besar bagak, barang2 anoi pulak dah berkotak2 kecik, ada 6 kotak pink you. lagi dengan pampes nisa ngan anoi lagi. hushhhh memang tak muat bonet kereta wa cakap sama lu brader! baru anak dua, barang dah macam hape jer, kalau anak 10 orang. hush. bayangkan... cuba bayangkan... konfem kena bawak bas nih! viva en.laloque memang tak muah ah, kembara pun sipi2 lagi jadi tak muat.
ehem ehem. perenggan kat atas macam ada makna tersirat jer kan. ehem ehem sekali lagi hua hua hua. gelak sambil membuat muka paling keji.
weols kemas2 barang. sumbat2 mana yang patut dulu. yelah masa tu en.laloque bawak viva. jadinya kena singgah rumah seremban amik kembara dulu. sementara tu jugak nak kasik ikan dalam aquarium makan, nak siram pokok lagi. nak buang sampah dulu. nak cari t-shirt yang bersesuaian dengan saya lagi.
eh eh. badan saya terasa la kecik sikit. waaaaaaaaaaaa kena bagi tahu ke point ni hahahaha. lepas bersalin itu hari, saya masih memakai baju2 t-shirt mengandung saya tau, sebab badan dan perut masih tak boleh blah lagi. baju2 t-shirt biasa memang la tak muat langsung. betul2 tak jaga hati tuan dia hahahaha. Jadinya bila terasa agak2 perasan2 sikit. terasa mcm badan dah kecik sikit. mulalah try2 test tengok mana baju2 "zaman kurus" yang boleh muat. kot kot la muat kan, waaa zaman kurus katanya, dush dush dush kat kening dia. ada hati tuuuu. very the ferahsantan tau. ada lah dua tiga t-shirt bersaiz L muat. yang S dan M tu jangan harap la nak muat. sampai leher jer lepas tu sangkut. mencikkkkkkkkkkk!
takpe takpe (sambil menanam azam yang tinggi, sambil mengenggam tangan dengan kuat dan memandang ke langit, cheh kuat semangat la konon kan)
lepas habis kemas segala bagai, bertolak la kami ke cheras. dan sampai sana dalam jam 6 mcm tu lah. HEPIIIIIIIIIIIIIIIII giler weiiii... terasa lama sangat tak balik cheras, ada dalam sebulan lebih mcm tu la. seb baik rumah mak masih lagi mcm tu. koordinat juga masih sama hahaha. mati la merepek melampau2 ni.
dan mcm biasa, en.laloque akan mengangkut barang2, terus masukkan ke bilik zack-u (sepet). nyah kau sepet. sekarang dah jadi bilik andak wakakakakaka. dah ko tido luar, andak kan anak kesayangan lalalalala.
lepak2 dalam bilik, borak2 dengan family yang ada, semua berkumpul kat bilik, termasuk jiran tetangga jugak datang melawat. cheh glamer jugak anak mak no 6 ni kan. dah la lemah gemalai, ayu dan cantik pulak, memang menjadi bualan jiran tetangga. hahahaha lagi sekali perasan. (ayat2 puji tambah sendiri)
walaupun saya dah terasa macam badan saya dah "kecik" sikit, tapi mak saya tanpa segan silu berkata
"ko tak bertungku ke andak, tengak vontot ko dot dot dot, tengok badan ko tetttttttttt, bla bla bla"
ayat memang sengaja disensetkan atas sebab2 teknikal. ohhhhhhhhh ayat2 sungguh menikam kalbu sungguh laaa. ayat yang sangat jujur yang memang kita tak akan dapat dengar dari mulut suami tercinta ataupun dari kawan baik. cuma dapat dengar pengakuan jujur ini dari ibu tercinta sahaja.
dan petang itu, mak saya terus sediakan tunku untuk saya tak lupa juga asam jawa dicampur dengan apa ntah untuk disapu2 kat perut ngan peha. esok paginya dia sediakan air limau purut jugak campur dengan hape ntah, suruh sapu kat perut. sebagai anak yang baik (anak yang nak cepat slim), saya menurut ajer perintah mak saya (sambil buat muka sekali hahahaha)
hari ahad itu. atam (ceera) dan ciput datang, abanglang n team pun datang. abgngah n team pun ada, kakcik family memang dah ada, ode family pun ada, uteh, sepet, abang, mak abah, erm pendek kata semua ada lah. meriah sgt. sampai rumah pun jadi tongkang pecah. tapi takpe. bising2 meriah lagi bagus dari sunyi sepi kan.
tapi yang tak bestnya. bila saya tgk muka anoi. tetiba nampak jaundis dia mcm jelas sikit
"eh kuning dia ni naik balik ke?, cuba papa tgk"
"eh ye ke"
"erm mcm mana ni ek"
"yelah ubat tinggal kat rantau nun"
"aiseh, mcm mana ni"
"takpe kita tunggu esok mcm mana"
semua pakat nak masuk dalam kelambu anoi hiks, tengok la sepupu2 anoi ni

yang dah tua gayut pun nak masuk dalam kelambu anoi jugak

ok sape boleh teka sape kah yang sedang berada dalam kelambu anoi tu, memang dia pandai. mata terang seterang hatinya, ewah.
hari isnin, rumah mak dah sunyi sepi. tinggal saya mak nisa dan darwish jer.
saya dan en.laloque buat keputusan untuk pulang ke rantau petang itu atas beberapa alasan yang tak dapat dielakkan. dan rupa2nya keputusan tu ada hikmah la. takpe la. yang tu nanti2 lah cerita, sebab macam dah malas nak taip wkakakakaka
boleh pulak gitu kan.
mcm malas pulak nak buat penutup entry ni kan
ok jumpa kat next entry la yer
oh yer esok genap la sebulan usia an-nur. esok 1st check-up.
sekian. tunggu entry untuk usia sebulan an-nur pulak yer
daaaaaaaaaaaa





14 komen[s]:
huhu..slalu pon cam tu la kan...ader jer hikmah sebalik kejadian... =)
hu huu.. sudah ku telek dengan teropong hikmat pak belalang.. adakah si ciput yang sedang berada dalam kelambu anoi itu..?
kak cik ke???
hahahahaha
senyum sy banca n3 nie..ayat2 vp sgy natural...siap dpt sy bygkan..he he he..ape hikmahnya?xsabar nk tggu cite annur sebulan
senyum sy banca n3 nie..ayat2 vp sgy natural...siap dpt sy bygkan..he he he..ape hikmahnya?xsabar nk tggu cite annur sebulan
cepatnye dah sebulan usia an-nur yer
lama saya tak baca blog akak. lidah anoi tu doc kata kulat eh? sebab opismate saya baru cerita anak dia kene camtu. tepek la gambar terbaru annur.
sekejap jer dah sebulan ekk ;)
hik..hik..hik.. tau2.. masuk mak vp tu..
kejap je rasa dah sebulan kan..
riez,
a ah ada hikmah balik awal tu, opah kat kg sakit. jadi emak bergegas balik perak, kalau tak mesti mak serba salah nak balik sana.
sikelu,
telekanku salah belaka. mana mungkin ciput melakukan itu, kan ke dia sakit kaki. hiks. takpe. try again. chewah.
BM,
adoi adik sendiri tu tarak cam ka hahahaha. chait!
hanim,
hahaha, alah tulis merepek2 ajer yang lebih. ha tu entry annur sebulan dah keluar tu, tu pun merepek yang lebihnya tu.
jiveB,
iyooo memang terasa cepat jer masa berlalu. tapi diriku pantang ini terasa lama banget sob sob sob
tulip,
a ah putih tu kurap susu ke mcm tu la nama dia. takpe suruh member tu amik ubat kat klinik jer, habis masalah.gambar terbaru an-nur. wokeh2 very soon akan ditepek. tunggu!
lili lotus,
ye sekejap jer kan. kang tiba2 kang dah start keje, oh taknak keje boleh tak
CM78,
hiks, alah gurau2 jer omak den tu, tu namanya gurau jujur. kejap2 lg dah setahun kan :D
kak vp..bukan ceera ke dalam kelambu tuh..huhu..
ceera kot dalam kelambu tu
riez, liwaniel,
terang hati betul uols ni, boleh nampak ceera dalam tu, syabas beti
hoho terang2 sebab tadik baru tuko lampu..yang lama tuh udah malap...hikhihik...ceera amik berkat An Nur huhu...
Post a Comment