Follow Viruspadu

Monday, August 17, 2009

Hari Pertama Bekerja

"aku dah agak dah, mesti dia buat entry ni punya"

hahahaha tetttttttttttt tekaan anda tepat sekali, 17 markah untuk anda, sila kumpul markah anda, nak collect hadiah bila dah cukup 100 point pun boleh, nak redim pun boleh , ini pengaruh jusco kuat sgt la ni hahahaha sengal punya lawak hahahaha tak kelakar ok

hari ni saya betul2 punya semangat

malam tu dah siap basuh baju dah, nak sidai malam tak elok pulak sebab ada baju baby kan. ntah la orang tua-tua dulu cakap baju baby tak elok sidai malam2. tak tahu sebab apa. tapi ikutkan ajer tak rugi apa2 pun kan.

sambil main farmville yang baru stage 8, eh kena bagitahu ke ni hahaha, pastu tunggu kul 12mlm sebab nak pump susu an-nur buat bekalan kat taska kekdahnya, eh ni pun tak patut bagi tahu satu dunia hahahaha

tak boleh tidor beb, pasal semangat sangat nak keje

ok tipulah, takde la semangat sangat, sebenarnya malas sgt sampai terbayang2 macam nak tambah cuti "tak payah bayar gaji sebab dah perasan jutawan sangat" lagi 3 bulan. tapi pasal apa ntah debar2 lebih. ini namanya jiwa bergelora hahahaha. rasa macam 1st day lapor diri pulak. gilo!

pagi2 bangun dengan semangat, takde nguap2 langsung, langsung takde mintak2 minit kat en.laloque. eh mintak minit tu apa? hahahaha sesuka jer ayat, alah kan biasa kalau bangun tido rasa mcm tak cukup nak tido lagi kita mesti cakap "jap jap lagi 5 minit, jappp je" last2 terus terjebak berpuluh2 minit, hambek ko! hahahaha

terus sidai kain, buat apa yang patut, paling tak boleh blah semangat nak packing susu2 yang telah seminggu saya perah, gigih uols, awal2 perah tu, memang syahdu sangat tengok hasilnya, rasa mcm nak patah semangat pun ada hahahaha, rasa nak sentap sangat dah, bayangkan dapat 1 oz jer, tapi bila tengok wajah anak tu kan, takpe takpe mesti semangat! lama2 lepas tu dapat 2 oz sekali perah, dan sekarang dah dpt 3 oz dah, syabas zaimah syabasssssssssss, anda memang hebat! walaupun uols rasa, alahai sikitnya... tapi takpe yang penting semangat! Dia pasti bantu kita kan cehhhhh

eh dah melalut

pagi ni jugak pengalaman pertama saya menghantar annur ke taska dia. pengalaman pertama ni saya rasa ok lagi kot, sebab nisa kat rantau, cuba kalau ada nisa sekali, konfem havoc tak menang tangan, ada yang mama sama2 nangis dalam kereta kang.

dan macam biasa yang saya jangkakan, an-nur memang melalak meraung dalam kereta

1. dia tak biasa awal2 pagi dalam kereta, biasanya tgh landing baik atas katil dengan mama
2. dia pelik kot kena duduk dalam carseat dia tu
3. dia tak selesa kereta bergerak
4. dia nak dukung la tu

tak senang duduk saya drive uols, daripada nak ikut jalan dekat terus terikut jalan jauh, daripada nak cepat2 tu terus jadi makin lambat muahahahaha eh apasal gelak ni, bukan kah sepatutnya ko nangis jemahhhhh

ok setel bab tu

hati debar2 ni nak naik opis ni, apakah rupanya bilik ku itu agaknya.

oiiiiiiiiiiiiiiiii sepahhhhhhhhhh giler ok, sentap mak nyah, 2 bulan je wei takde, mcm ni kekdah jadi, tapi takpe, apahal2 kemas dulu, baru ada semangat nak keje

bukak2 emel office 254 emel unread huh, huh bayangkan kalau tambah lagi 3 bulan itu?

mak pitammmmmmmmmm nyahhhhhhhh!

dah lah, mcm malas pulak nak merepek panjang2

okeh okeh entry yang tak tahu apa motip, ujung pangkal dan tujuan ni diakhiri dengan wajah "macam-macam an-nisa" ini bukan an-nur tau


sekian, salam 1Malaysia, chehhhh tetiba feeling2 pembaca berita RTM1 pulak kekdahnya

22 komen[s]:

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

hai VP salam 1 malaysia.. selamat bekerja dan menunaikan tanggungjawab pada negara..hihi

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

laaa dah start ke rupanya ko mah..? tak per...semangat..semangat... dun give up... ada rezeki tuk anur tuh..dun wory...

alah bisa tegal biasa mah.. cuba bayangkan orang anak kembar 4 tuh camno? kena kuat ok...

buktikan zaimah tak lembik-lembik ok....ahaks....terlebih sudah akak...

atty's said... [Reply to Comments]

selamat kembali bekerja..mah..

RiEz said... [Reply to Comments]

solamat kojo....

Rozeela Zain said... [Reply to Comments]

salam.. kejap je masa berlalu.. dh pun abis cuti 2 bln erk.. ok, akak nak share petua utk bykkan susu badan.. ada member akak ckp, dia amalkan minum air soya spjg tempoh nyusukan anak.. so, slmt mencuba..

Ernie said... [Reply to Comments]

selamat kembali bertugas.. lakukan dengan penuh semangat dan keyakinan yang tinggi...(ayat poyo giler)

Sellynna said... [Reply to Comments]

huhu sama la kita baru naik keja lepas cuti panjang.. bagusnya vp perah susu tuk an-nur.. kita skali perah dlm 7-8oz tp sygnya bila baby slalu kembung, pengasuhnya stop bg susu badan.. dia try bagi susu formula lak smpai baby ok.. xtau nape baby kembung kalu minum susu bdn, kita still bepantang lg..

xpe la, kt rumah je baru bg susu bdn.. endingnya susu makin kering gitu jek.. syg tul!!

so cayok2 vp bf kan an-nur.. smoga an-nur jd anak yg sihat & solehah! amin!!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

annur baru 1st day vp..tu dia xnak duk diam dlm car seat..vp pun sama..lama2 nnti dah biasalah tu yer...u go vp..u can do it....:)

MuMMy 2 Haqq said... [Reply to Comments]

selamat kembali bekerja..mesti rindu kat an-nur kan?

nasaoji said... [Reply to Comments]

alahai, susah sgt ke ek nak perah susu kak vp?..kt tak tau, tp, duk bc, cam susah jer..

demi anak...;p

Ceera said... [Reply to Comments]

poyo gile andak nie, hahaha...

nasazfrog... said... [Reply to Comments]

MAH... MATA BABY SEJIBIK CAM KAKAK NISA,,,hihihi :)

edrina said... [Reply to Comments]

rupa nisa masa kecit macam papa dia, dah besar dah macam mak su dia pulak :-). Tapi tatap comei.

Selamat kembali bekerja vp :-)

lily lotus said... [Reply to Comments]

happy working sis!

InT@N said... [Reply to Comments]

caiyok2

:iBuAfiQah: said... [Reply to Comments]

selamat bekerja semula kak...
tahniah boleh bf an-nur..
chayork!
semangat 1malaysia btul akak niey!hehehe

Pnut said... [Reply to Comments]

Salam satu malaysia, pencapaian diutamakan rakyat didahulukan...
sekian terima kasih

aleena said... [Reply to Comments]

selamat bekerja semula..hehe

chayok2!

IxoR@ said... [Reply to Comments]

salam 1 Malaysia...

tak pe...lama-lama nti baby akan biasa...itu baru permulaan episod...ada byk lagi episod yg ingin kami tonton...

cehh ko ingat ini cerita drama ke ixora oiii....

@LiYaNNuaR said... [Reply to Comments]

welcome back VP.. salam 1M'sia...

zh-ena said... [Reply to Comments]

rupanyan dh start keja dh vp skang nie..cepat masa berlalu..

takder org ganti tempat vp time vp bercuti ker

liwaniel said... [Reply to Comments]

selamat bekerja semula







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^