Follow Viruspadu

Sunday, August 23, 2009

hari pertama berpuasa

agaknya saya ni suka nau la kan buat entry "hari pertama..." hikhikhik entry hari pertama takpe uols, jgn entry malam pertama sudahhh hahaha, ish ish ish, apa tulis ayat tak senonoh ni jemah... bulan puasa ni :p

ok lupakan lawak ntah apa2 tu itu, itu pun kalau itu dikategorikan sebagai lawak nyetttttttt :p

ok kita start sekarang

hari pertama puasa, memang sangat adil dan saksama gitu, sahur hari pertama di rantau, berbuka puasa pula di cheras,

hari kedua puasa pula kita terbalik kan dia, sahur di cheras, dan sat lagi kami berpusu2 nak ke rantau pulak, buka puasa kat sana

ni kalau kata tak adil lagi tak tahu la nak kata macam mana dah, dush dush dush kan ajer sekali, baru hang ada akai noooooo

hari siang, seperti biasa ajer, menahan diri daripada lapar dan dahaga, chehhh ayat hahahaha, tapi ye ke saya menahan diri sangat tu, syhhhhhhhhh atam ko jangan nak membuat dusta lepas baca perenggan ni yer hak hak hak

sesampainya saya di cheras, rumah mak saya mcm sunyi tak agak2 la, eh memang sunyi la, sebab yang ada cuma ceera dan ciput je pun, buat apa depa nak jerit2 dua orang pulak kan, si ceera tengah iron rambut dia, ciput rilex tgk tv. tapi tahu2 jer weols sampai dia lak terkocoh2 nak gi pos opis, lepas tu tinggal weols anak banak jer la, mak abah saya nun jaga kedai, takpe, boleh tidooo hahahaha, tak abis2 asik nak tido je, mana tak kembang kekdahnya uolssss

bila dah petang2 sikit, baru kemeriahan puasa tu "in" uols, bila dah start masak2, bila adik beradik yang memang tunggu last2 minit nak buka puasa baru muka menjelma hahahah ngelat korang hahahaha, takpe2 sepertinya penulis juga selalu buat benda tu, tapi saya datang lambat pun, tangan penuh isi okey, bukan datang tangan kosong ajer, eh kenapa kena explain pulak ni hahahaha, nampak sangat rasa bersalah

ok kali ni saya hanya menolong membakar ikan dan ayam saje, itu pun dok tolong2 erieq jer, waktu yang lain, asikla mengendong si annur tu, (alasan terbaik lagi)



bau dia memang semerbak harummmmmmm, saujana mata memandang cehhhh, apa kena mengena ntah

sambil kipas2 ni pun perut dah krok krek dah

tapi buat keje ngan erieq ni, saya tak terasa lama or penat sangat, sebabnya weols suka borak2 dan mengenakan antara satu sama lain, lepas tu gelak2 ntah hape2, orang kalau dgr weols borak pun, tak paham jenis lawak apakah! apsal budak dua ekor ni gelak, aku rasa tak lawak pun hahahaha

dua budak biru ni, ntah hape buat ntah, layan tenet la tuh, oiii abang lang, blog tu dah boleh letak kat muzium dah, hahahaha, nak tunggu andak wat rusuhan baru nak update kah??


saya masa ni sedang bertungkus lumus membakar ikan kat luar ni, berpeluh bagai dah, rajin sangat kononnya, yang depa ni pulak nak berhidang katanya, tapi yang berhidang adalah dua tiga orang yang lain ngelat lebih hahahaha, biasala tu, bila dah ramai2 ni kannnn

biasanya raja ngelat ai la hahaha, tapi sejak dua menjak ni tak tahu nape, sejak annur lahir ni kan, saya rasa saya macam dah lain sikit cehhhhhhhhhh perasan nya ko jemah oiiii


ok ayam bakar sudah siapppp, rencah2 semua mak saya siap buat dah, saya tolong bakarkan jer, senang kata, tolong kipaskan dan tolong terbalik terbalikkan jer, yang idupkan arang adalah erieq :p

tapi macam biasa, nak jugakkk ada nama saya hahahah

ayam bakar dan sambal jering

yang ni semua hasil rembatan dari PARAM, yang mana rasa bersalah ngelat datang lambat tu kan kena la beli makanan lain, kalau tak kang jadi bahan kena kutuk pulak :p


erieq dan saya


kepak ayam yang yummiiiiiiiiiii


dah macam berbuka puasa kat masjid pulak panjangnya


wahhh dah dekat dah, dah dekat dahhh...



keluarga kakcik tak dapat balik uols, kalau ada mesti lagi best, memang tak muat la barisan la kata kooooo

memang kecoh memang bising

sape tak tahan bising memang tak leh IN la, memang fengsannnn dah

nasib baik an-nur tido tepat pada waktunya

dan nasib baik nisa kaco maklangnya

dapat la makpak nisa mengelat lagi dan makanmakanmakan dengan senang hatiiii

yihaaaaaaaaaaa

nah tgk video


sekian

13 komen[s]:

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

mmg indah saat berbuka bersama kuarga tercinta kan VP.. ni yg tak sabar nak balik kg minggu depan nie...huhuhuhu

Liz said... [Reply to Comments]

besnyee adik bradik ramai..sy adik bradik 3 orang..akak tak balik, sy tak pose :P..tinggal la abang , mak n ayah je bersahur..kalo berbuka..yang tak pose mestila yang depan skali kan..sahur jela sunyi sesunyi2nya..siap bleh dengar org mengunyah.

anis said... [Reply to Comments]

salam,
cemburunya tgk ramai2 kumpul mcm tu.. lama dah akak tak rasa kemeriahan mcm tu sbb semua dah duduk jauh dari parents... semoga keluarga vp terus bahagia..

dd dudu said... [Reply to Comments]

besnyee kuarge ramai, meriahhh :)

hihi jeles nyeeee

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

meriahnyee.... bertuahnya badan adik beradik ramai nih.....

peej said... [Reply to Comments]

mmg meriah sungguh rumah korang..paling best semua sehati sejiwa balik ramai2..
pija dpt rasa mcm ni if balik berbuka kat kampung je la..

Emy Omar said... [Reply to Comments]

Selamat berpuasa VP..seronok baca cerita berbuka awak ni..meriah rasanya

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bestnya makan ramai2..untungnya ade kluarga besar yer...sy belum lg berbuka ngan family...mggu depan insyaAllah

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

sis..btl2 meriah ni..ni untung adek badek rmai kann..sonok je tgk..

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

memang seronok kan bila berbuka ramai2 camtu.. meriah yg amat..

nasaoji said... [Reply to Comments]

riuh rendah..best tu kak VP...!

tingt awal2 bc blog kak VP..-PARAM..ape mende nih...

ooo..

PASAR RAMADHAN...;p

liwaniel said... [Reply to Comments]

meriah nye berbuka ramai2 sekeluarga ni...ni yang terasa nak balik kg ni

RiEz said... [Reply to Comments]

adik beradik ramai memang best =)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^