Friday, August 14, 2009

jumaat ini

salam jumaat uols

ops semua sudah rehat kah, yelah jumaat ni rest panjang ye tak, hari ni pun saya nak kaco perut uols jugak hahahaha, apa kejadah tak asik nak show off masakan beberapa hari ni giler ke hape, kalau masak ala2 master chef takpe jugak, ini masak biasa2 hahaha, pedulik!

sayur tumis, sop telur dan ayam masak merah (peha sahaja)

eh macam lebih kurang dengan menu semalam jer hahahaha, dah itu jer yang en.laloque beli, itu je lah yang saya masak, masak macam nak makan 10 orang kekdahnya, dan macam biasa jugak pemilihan pinggan mangkuk yang digunakan adalah mengikut konsep "asal tercapai dek tanganku" hihihihih

jadi sekarang anda tahu kenapa badan en.laloque semakin berisi sekarang chehhhhhhhh hahahahaha

jumaat ni last dah uols, last dah saya bertugas sebagai suri rumah sepenuh masa uwaaaaaaaaa, rasa macam tak puas sangat nak telek belek an-nur tauuu, hari ni an-nur bangun pagi dah hadiahkan mama sekuntum senyuman yang paling manis, siap kejutkan mama bangun dengan suara seolah2 menegur, alahai so sweet tau, ni mesti cukup tidor perut kenyang, sebab tu tak buat hal nangis2 bagusssss... dan waktu mandikan dia, pakaikan baju dia sambil urut2 badan dia, asik senyum je dia, rasa syahdu la pulak aihhhhhhhhh

air kat seremban ni dah macam biskut dah, kejap ada kejap yilek tak patut betul la, tu pasal saya masak awal2 kang kalau takde air kang, leceh nak basuh pinggan bagai, dan sekarang air dah betul2 pelan ni

ok tu jer

12 komen[s]:

laloque said... [Reply to Comments]

sedapnyer... tunggu papa balik makan ek...

viruspadu said... [Reply to Comments]

hikhikhik, mama menunggu dengan setia sayang

liwaniel said... [Reply to Comments]

sedap2 menu yang vp masak...mana tak en. laloque makin berisi...

dah nak start keje balik ye...mesti sedih nak tinggal annur waktu nak pegi keje nanti

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

uiks.... cover..cover..ramai orang baca nih..ahaks...

wah..rajinnye masak... adakah azam baru setelah kali ketiga bergelar ibu...??

chaiyok..chaiyok... tanya lalok... masakan dan airtangan isteri tak de tolok bandingnye...tul tak lalok????

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sedapnya...tggu sy balik makan ek...he he he..
nmpak sedap lah vp walaupun simple tapi kalu asben suka n kenyang dah pahala tu kan...syahdu la plak bila vp cerita psal annur senyum jer..sy terbayang2 jer...

Faizah_Haris said... [Reply to Comments]

wohooooooooooOO anto sinik sket yeee....saya tungguuuu....

Eldy said... [Reply to Comments]

akak mau tukar domain ke ? kenape ? .. akak tak minat dgn chatbox eh, kenapa takde kat blog ni ?

visit my blog can ?

lily lotus said... [Reply to Comments]

air main acah2 plak..sabau jerlah

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

alahai so sweet papa nak balik makan tak sesabo tu.. mesti keje pon tak tenang ingat mama punye masakan..hiks

zees said... [Reply to Comments]

hi vp...jalan2 mengular baca blog...terjumpa blog nih....suka akak baca....haha jadik surirumah masa maternity leave memang best..lagi2 bila dah complete 44 hari pantang.....

IxoR@ said... [Reply to Comments]

bila start keja kak?

:D

nasaoji said... [Reply to Comments]

ya la, bila lg nak masak2, time coti2 bersebab la kannn...

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^