Tuesday, September 29, 2009

Beraya di Perantauan

perantauan la sangat wakakakaka

ok itu macam poyo sangat dah mcm dah gi oberthesea dah, lepas tu dengar lagu dendang perantau sambil nangis2 lap2 ingos, lepas tu feeling2 perantau sangat, sikit lagi nak hantar ucapan raya kat tv3 dah hahahaha

weols balik ke perak tengahari jugak kot, bergerak dari seremban, tengahari raya ke dua

weols memang dah plan baik punya nak buat bbq kat rumah opah kang, wah best best, sebab selama ni kalau balik kampung memang duduk lepak jer dalam rumah, so bila ada xvtv ni rasa mcm masyuk sangat dah

so sampai2 rumah opah dah petang2 sikit dah kot, eh petang ke, dalam kul 2 kot mcm tu

umangaihhhh uols, dugaan sungguh la bawak annur berjalan jauh dalam kereta ni kannn, hushhhh ai rela jadi driver ok hahahaha, ok itu tipu :p letih sangat dah, pegang tak kena, baringkan tak kena, itu ini tak kena, hish seb baik comel, kalau tak mama dah jd hulk hhahaha, tak habis2 jemah nak jadi hulk tau, tp hulk versi jelita la hahahah taknak kalah jugekkkk

petang2 tu mcm vosan sangat sampai rasa macam nak cabut2 bulu kaki en.laloque je dah, menunggu si ceera ngan kakcik yang bilo2 ntah nak sampai ntah, yelah uols, kitorang gerak asing2 kan, ikut kemudahan masa sendiri2 jer kan, bila nak jalan beraya dah kena tunggu2 plak, cipanzi betul, last2 akak cakap, jom jer lah jalan rumah maklong dulu ke hape ke kan

terus berdesup siap2

saya bawak baju biru, tp salah tudung pulak, mcm kaler tudung punya biru tu tak mecing langsung dah dengan baju, kalau pakai jugak memang dah mcm tapir ke hape ntah dah, almaklumlah uols, en.laloque yang tolong komehkan beg baju, Jemah kan terbaring atas katil menahan sakit gigi masa tu, dah tu bila laki yang komehkan, asal ado ajer la dia sumbek an dalam beg tu hahahahaha, padahal kan, dia tanya saya tau, nak bawak tudung yang mana, dia tunjuk tu, saya angguk2 jer sebab tak tahan sakit sangat masa tu, sudah tu hambek ko, bila nak pakai dah mcm najis sangat tudung tak mecing ahahahaha pastu salahkan laki amik tudung salah aahahahaha keji jer perangai jemah mcm ni

tadaaaaaaaaaaaaa, tudung hitam ehsan dari akak eh angah punya tudung ni, ai pinjam.

oi sepet, tolong behave sikit beraya rumah orang vley tak hahahaha, dah rumah maklong jadi rumah dia lak dah, ko patut gi dapur buat air parut kelapa semua hokeh hahaha, ko kena mithali sikit, ko belum kawin hahaha eh motip belum kawin?

yang adoooo, me, akak dan kakcik, masa ni ceera tak sampai lagi


sepet yang mula2 muka dah takde mood sangat dah, duduk sandar muka monyok mcm baru lepas kena penampar jer hahahaha, tp bila en.laloque nak snap gambo terus otometik gedik, felik haku


rumah maklong ni laman dia beso, jadinya pokok buah ko cakap jer nak pokok apa, semua ada, tu yang budak2 dah tak reti nak tanggal selipar masuk rumah tu, semua pakat dok luar mengerjakan buah2an orang hahaaha




ehem ehem, ni pasangan biru sangat, romantik sangat hahaha ok tipu, tak romantik pun, sorang hulu sorang hilir, bila nak amik gambar baru nampak muka keh keh keh, yelah anak dah 2 kan, sorang jaga sorang anak gitu, yang en.laloque asik mengejar nisa jer, kejap ke luar kejap ke dalam, saya menten duduk jaga annur jer

weiii biru2 pun, henbeg ai fink okkkkkkkkkkk

tak paham kenapa amik gambar macam ni, gedik sangat dah saya tgk, terlentik lentik, mcm nak sepak je diri sendiri hahaha


ok sekarang cakap saya KURUS hahahahaha mcm biasa, ini PAKSA hahahaha, penat ok saya ejas muka kasi nampak senget2, bila pose senget2 baru nampak muka kurus sikit hahahaha giler lah jemah siap buat kajian nak bergambar mcm mana baru nampak kurus

lepas bergedik2 beraya rumah maklong, terus berdesup ke rumah pak unggai, tapi hampa je, rumah konci, fadan muka sape suh tak kontek2 dulu, suka2 main serbu rumah orang kannn

dah hampa2 tu, terus gi rumah ayahcik pulak, pun kosong sunyi sepi jer

hampa sangat dah, terus balik rumah opah balik, lorrrrrrrrrrr jauh2 balik dari seremban ke perak dapat raya rumah maklong jer wakakakakaka tapi takpe, yang penting dapat jumpa OPAH saya

bila dah petang2 lagi petang2 punya petang, weols semua bersedialah dengan arang semua, pehhhh best time la ni, nak makan kerang yey yey

abah ngan abangcik


rumah opah saya ni siap ada rumah kucing hahaha, cute giler sebut rumah kucing

umangaih, kemain banyak lagi kucing dia laaaa, nisa siap kagum berapa kali ntah tgk kucing dia punya banyak, banyak pahala opah ngan cik intan bela kucing2 ni


dan macam biasa lepas tu, kerja membakar2 adalah kerja erieq hahahaha, dia memang takleh lari dah dari tugas ni, kiranya dah jadi tugas seumur hidup :p

dan mcm biasa jugak, tugas saya adalah order ajer dari tepi

erieq ngan saya kamcing sangat dah, saya order jer, konfem saya punya sampai dulu, kakak kesayangan la katakan hahahahaha, ok adik beradik yang lain, silalah menjelesi andak hokeh

ha dengan tetamu2 datang beraya semua memang langkah kanan sangat, penat2 rumah orang lain makan kuih raya rendang bagai semua kan, haa kek umah opah den korang merasa la makan bbq gitu, kelasssssssss kan rumah opah jemah ni



mana gambar jemah makan bbq??? mana??? mana???

hahahahaha sebab tak senonoh sangat makan tertonggeng tonggeng jadi saya tak letak lah untuk tatapan uols, hahahahaha kang konfem si ceera letak kang, atam, jangan la letak hahahahaha, nanti andak belikan sugus untuk ko, chehh mcm pujuk nisa lak roman eh

saya makan dengan banyak sekali uols, tak padan dengan sakit gigi tuuu, tu pun siap makan ubat tahan sakit siap2 tu, sbb nak makan bbq dengan bernafsu sekali kah kah kah

budak2 semua asik kaco saya nak makan

'eh andak, anoi nangis tu kat dalam'

saya beria masuk dalam, tgk elok je anoi tido, cisssssssssssssssss hahahahahahaha

siap cakap banyak kali lak tu, weiii kenakan sekali dah la wei hahahaha

dan malam itu, si erieq yang dah kepenatan, terus tertidooo


ok itu je kisah beraya di perantauan la sangat oleh jemahhhhhhhh, hahahah beraya satu rumah je pun, tp takpe, janji dapat berkumpul mcm ni dah syok sangat dah

weols bergerak balik ke seremban raya ketiga, pagi2 subuh tu jugak

sekian

4 komen[s]:

Leen said... [Reply to Comments]

Meriahnye.. best btul ramai adik beradik

Mulan said... [Reply to Comments]

meriah.. makan.. itulah raya kan ?

RiEz said... [Reply to Comments]

akak perak kat mana tuh?

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

meriah...special gtu sbb raye buat bbq..agaknya org yg dtg raye umah opah mesti ckp langkah kanan kan..best best best..betul kata vp berkumpul ramai2 tulah yg syok n best..

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^