Follow Viruspadu

Thursday, September 17, 2009

kenapa sedih sangat niiii

saya copy paste dari emel berantai sajork, moga boleh jadi ikhtibar dan pengajaran buat kita

MAAFKAN CIKGU


Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.
Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi
nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk
tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan
punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya.
Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah."Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
"Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

~ sedih sangat laaaaaaaa adoilaaa

19 komen[s]:

@rE-LonG said... [Reply to Comments]

Hmm..sedihY citer nie..
nk2 ble da nk raye ni..tntula triGat cmne la doraG smbut raya kn..

by the way..kak..kT baru pas Bce kisah percintaan akak n en laloq..

Hahah..memg happeniG jer..
msti sweet je mSe couple tu kn..

best r..en.laloq sgt2 rajin mlayan krenah akak yg 'mendera' tu..hahha

kt follower baru akak..love your blog =)


Salam Aidilfitri wat akak sekeluarga ^-^

atty's said... [Reply to Comments]

menitis air mata baca..huhuhuh..
kita kena bersyukur dgn apa yg kita ade ..sbb ade lagi yg lebih susah...huhuhuhuh..so sad..

yong ibu chem said... [Reply to Comments]

sedih. :(

sama mcm satu movie dari Iran..kes tukar2 kasut sekolah..

:(

ApasH said... [Reply to Comments]

betul sedih citer ni..kita patut bersyukur x pernah merasa kesusahan sampai begitu..yg mana setiap tahun dapt baju sekolah n kasut baru..

honeysour's blog said... [Reply to Comments]

selamat hari raya kakjemah...
naaf zahir batin..
take care..
tata...

@e_da said... [Reply to Comments]

aduhai rasa nak g belikan je baju sekolah kat budak tu.. mmg sedih giler la...

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

akak dah baca 10 kali citer ni..dan 10 kali jugak airmata akak menitis...

iman_qaisara said... [Reply to Comments]

hadoiiii brgenang dah air mata sy ni kak....

uhukkk2 sedih gilesss ok

liwaniel said... [Reply to Comments]

sedihnye baca cerita ni

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sedihnya vp cite ni..nangis tau tp nangis lite2 lah...cian sangat budak tu...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

aduh kak vp..tsentuh bile bace..

Munirah Abd said... [Reply to Comments]

aaaaa kak vp sedihhh..

T_________T

Hantu Ulam said... [Reply to Comments]

sangat sedey..insaf seketika...

Cikpid said... [Reply to Comments]

hohoho..sedih!!

ade satu citer vietnam yg macam ni..

tajuk citer tu my mother wedding dress kalo x silap...

Ceera said... [Reply to Comments]

ha a la.. sedih betul..

uwaaaaaaaaaaaaaa

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

kak vp..
mai laa jenguk2 handbag frm vietnam...

http://princessnboutique.blogspot.com

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

hadoiii menitik ayaq mataku..sob sob

sedihlaa cerita nie..

teringat zaman sekolah dulu saya pon susah jugakkk

RiEz said... [Reply to Comments]

keinsafan terasa dihati...

edrina said... [Reply to Comments]

alamak sedih nya huhhuhuhu...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^