Follow Viruspadu

Wednesday, September 09, 2009

Merindu BUKAN bermakna TIDAK meredhai pemergiannya



Mama merindui Mu Sayang

Alesha Bidadari Syurga

2 september 2006
Di hari cuti ini, di pagi sabtu begini, selalunya kepala ini akan ligat memikirkan perkara apa atau aktiviti apa yang ingin dilakukan sepanjang dua hari sengang ini.

Seawal pagi tadi aku terbongkok-bongkok mencakar, mengembur, merapi dan merata tanah di taman mini laman rumah. Tidaklah banyak tanaman yang terdapat di dalamnya. Adalah dua batang pokok anggerik. Kedua anggerik itu berbunga agak besar, sebesar penumbuk. Yang satunya berbunga warna kemerah-jambuan, dan sepokok lagi berbunga warna putih bersih. Ada juga sepokok cili api di antara keduanya. Dan lima rumpun pokok renek yang entah apakah namanya. Bolehlah, bagi seorang yang sibuk untuk menjaga dan merawat tanaman.

Tetapi yang pastinya, hari ini telah terancangkan satu misi yang cukup istimewa. Misi yang telah agak lama dirancangkan. Pada hari ini, akan ku pasangkan rehal serta nisan batu arwah anak tunggal ku.

Telah hampir seminggu kusiapkan perkakasannya. Dinding rehal serta nisannya telah seminggu juga ku tempahkan. Siapnya tempahan itu juga adalah pada hari ini!.

Nanti, akan ku sendiri membina tugu peringatan anakku itu. Dengan dua tangan ini!. Pada binaan itu nanti akan aku tumpahkan sepenuh kasih sayang buat yang terakhir kalinya kepada anak ku itu. Kasih sayang yang tidak dapat ku berikan tika hidupnya.

Akan ku bina sesempurna mungkin kuburan batu anakku itu. Kerana, setelah siapnya tugu batu itu nanti, ianya akan melengkapkan amanah Allah ke atasku. Telah sempurnalah amanah Allah itu, bermula pada saat aku menjaga ibunya ketika mengandungkannya, bersama memberikan sokongan tika ibunya melahirkan dirinya, meng’iqamahkan ke telinganya ketika dia menghirup udara bumi, merawatnya ketika dia terlantar sakit selama lima bulan, mengucapkan kalimah tauhid ketika dia dipenghujung nyawanya, menyempurnakan pengafanannya dan pengebumiannya, nah!! kali ini membina dan menyempurnakan tugu ingatan di atas kuburannya pula. Sempurnalah satu putaran kehidupan seorang insan.

Aku tidak pasti sama ada aku mampu untuk menahan air mata dari berjuraian turun tika membinanya nanti. Aku juga tidak pasti sama ada aku mampu menahan ingatan dari mengingatinya ketika membina nanti. Argh!! Biarkanlah air mata ini turun semahu-mahunya nanti. Biarkan juga ingatan itu berlegar. Kerana aku juga seorang manusia. Aku juga punya kelemahan.

Alesha Abriza… tunggulah, nanti papa akan membina tugu ingatan buatmu. Walau tidak seindah Taj Mahal, namun ianya adalah tugu ingatan yang akan diindahkan dengan keringat papa, dengan kasih sayang mama, sebagai tanda cinta kami padamu. Sekiranya diizinkan Allah nanti, kita sekeluarga akan bersatu jua…..

Allah, sesungguhnya Dikau adalah tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

26 komen[s]:

isma@ibu said... [Reply to Comments]

sedihnya saya baca part ni...huhuhu.. saya yg berpisah sementara dgn anak2 saya pun tak tahan menanggung rindu...inikan pulak keadaan vp..apa2 pun bersabar ye

za_planet said... [Reply to Comments]

yaallah kak.. saat membaca bercucuran air mata... .. kalau kite sbagai pembaca yg membaca je terharu.. itukan lagi kakak 1 family.. Alfatihah untuk arwah alesha...

kojah said... [Reply to Comments]

terharuuu...xpe kak, pasti disediakan syurga untuk anak akak...amin

aleena said... [Reply to Comments]

touching baca n3 nie..
semoga roh nya tenang di sana ya..

IxoR@ said... [Reply to Comments]

sedih....

moga rohnya tenang di sisi yg Maha Esa...

RiEz said... [Reply to Comments]

tersentuh hatiku...

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

sabar yer vp.. Allah telah kurniakan mu dengan 3 orang puteri...

ada hikmah sebalik setiap kejadian..

ApasH said... [Reply to Comments]

masuk ofis bukak blog..terus baca blog kak vp..pagi2 air mata ni dh mengalir..sabar ye kak..

Pnut said... [Reply to Comments]

Mah-perasaan rindu pada yang tiada memang memeritkan dan tiada penghujung, lagi lama dia pegi meninggalkan kita lagi kuat rindu kita pada dia...

gitulah, abah akak meninggal last year, kini sudah dua kali kami beraya tanpa arwah, ingatan dan kerinduan itu tetap ada, malah lagi kuat, teringat-ingat masa arwah ada, walaupun sakit dan lumpuh, bukan boleh berjalan pun, tetapi dia tetap ada...

akak masih punya abah untuk akak belikan baju raya, kain pelikat buat raya, masih ada tangan kasar dia untuk akak kucup di pagi raya...

tapi kini semua itu sudah tiada... walaupun kini akak dah ada family sendiri, anak-anak yang membahagiakan.. tetapi kasih yang satu dari dia sudah tiada..

Mummy Dasy said... [Reply to Comments]

Al-Fatihah untuk arwah... sedih meleleh airmata ketika membaca n3 ni dari awal smpi habis

irvanqiesy said... [Reply to Comments]

al-fatihah...tersentuh baca n3 ni...die menanti kamu di syurga...i'Allah...

Emy Omar said... [Reply to Comments]

Al-fatihah..semoga VP dan suami tabah..insyallah biar pun anak kecik ini hilang dari pandangan mata tapi yang pasti ia kekal bersemadi didalam hati kedua ibu bapanya..semoga kalian bertemu beliau kembali DISANA kelak..insyallah

adha said... [Reply to Comments]

vp
arggh tak leh nak baca post ko ni... nasib kita serupa.. semoga anak2 kita tgu kita sana... :(

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sabarlah vp n en laloque yer..xsalah pun rindu..itu satu perasaan normal sbg seorang manusia...sedih la bc n3 nie..dari cite alesha lah sy kenal vp n family..semoga alesha tenang disana..amin..bidadari syurga..jgn risau ade yg menjaganya disana...

Wanniey Othman said... [Reply to Comments]

*nangis*

sabar byk2.. merindui itu tanda kita mengasihi..

mummysya said... [Reply to Comments]

Alfatihah...

Semoga VP senantiasa tabah dalam apa jua keadaan

arniyanti said... [Reply to Comments]

zaimah...
awak buat saya menangis hari ni..tak suker..
tak boleh kalo baca kisah alesya ni...

Ibu Ajim n Kimi said... [Reply to Comments]

Salam VP n Laloque. First time akak tatap wajah An-Nur terbayang Arwah Alesha. Mirip skali akak tengok. Tabahkan hati atas pemergiannya walaupun dah lebih 3 tahun dia tinggalkan kita. Dia berbahagia di sana tunggukan kedatangan Mama dan Papanya untuk bersama.

Meleleh air mata akak nih bila baca entry ni.

cik syahira said... [Reply to Comments]

salam kak vp,

alfatihah to your late baby.

Lenny said... [Reply to Comments]

alfatihah..

huwaaaaaaa..

tak pernah sekali pon...
air mata ni tak jatuh..
kalau membaca pasal alesha...

semoga dikau tenang di sana nak..

aminn...

marinahunny said... [Reply to Comments]

moga bidadari syurga setia menanti mama dan papa serta adik2 nya di sana...

odie said... [Reply to Comments]

salam en laloque & vp...

al fatihah utk arwah... mmg sedih tul n3 nih... sedih sgt... bila baca n3 ni terasa seolah2 berada di tempat en laloque & vp... tu pasal sedih sgt2...

oli said... [Reply to Comments]

be strong, VP

liwaniel said... [Reply to Comments]

mengalir air mata baca ni...

kuatkan semangat ye vp dan en. laloque

alfatihah untuk arwah

nasaoji said... [Reply to Comments]

:(

-al fatihah - bila merindui..

MiZ yNa said... [Reply to Comments]

Al Fatihah







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^