Follow Viruspadu

Wednesday, October 14, 2009

10: Kongsi Pengalaman: Ingin Menjadi Ibu

salam vp, en laloque, nisa, an-nur dan x lupa bidadari syurga...

saya adalah silent reader vp yg tiap2 hari msti ketagih nk buka blog vp si minah pink ni yg muka mcm isma AF7 :-D..ok serius skrg..

sy sbnrnya suka baca pngalaman2 ibu2 BF baby masing2. tp sy sbnrnya blm jd seorang ibu dan telah berkahwin 1 thn 4 bulan. kami blm dikurniakan cahaya mata dan saya amat2 teringin utk merasai pengalaman mengandung, BF baby dan menjadi seorang ibu akhirnya.

w/pun ada yg kata usia perkahwinan kami masih baru tp dgn umur sy skrg 29 thn (sebaya vp jg) dan suami 32 thn sy rs kai x perlu merancang utk mndapatkan anak. sy sndiri amat sukakan budak dan seolah2 saya kawen hari ni esok trus nk dpt anak tp mana mungkin jd gtu kan.

kami berusaha utk mndapatkan cahaya mata tp tidaklah smpai tahap terdesak sbb kami mau ianya dtg secara semulajadi dan sejarah ibu sy sendiri setahun lbh kawen bru dpt anak tp itu lah, melihat officemate yg baru kawen dan dh pun mengandung buat saya stress dan sedih. smpai satu tahap saya x blh mendengar berita ada kwn yg bersalin, ataupun mengandung, mood saya akan hilang dan saya akan sedih smpai nangis2.

mujur suami memahami dan akan pujuk dgn mengatakan mungkin Allah xnak bagi lg rezeki tu, dan Dia nk srh cari duit dlu bnyk2. mak ayah pun fhm keadaan kami dan xde tnya bnyk soalan. cuma saudara mara dan kwn2 opis yg kdg2 buat sy naik darah skali skala. dioarang asyik tnya bila lagi, ingt kita ni suka suki nk anak bila2 masa..sy sedih tau, ingt kami xnk anak ke... :'(

saya pun baca kisah vp yg 2 thn kawen bru dpt alesya abriza bidadari syurga, so sy rs Allah itu adil, Dia xkan uji kita kalu kita x mampu nk hadapinya..

itu saje lah coretan sy, harap dpt doakan saya utk dpt baby n rasa sndiri pngalamn BF baby..muahhss!

sekian, wassalam



~marinahunny~


Saya akan mendoakan marina mendapat cahaya mata penyeri keluarga

pada yang sudahpun menjadi ibu ataupun bakal ibu, bersyukurlah, jangan sia-siakannya

Bila saya membaca luahan hati seperti ini, Ya Allah tersentuh betul hati saya, kerana saya telahpun melaluinya

InsyaAllah rezeki itu pasti ada, yang penting kita jangan putus asa :D

7 komen[s]:

ija said... [Reply to Comments]

sedih tidak terkata..aku pun pernah melaluinya...

ct sarah said... [Reply to Comments]

salam...memang sedih..tak semua faham apa yang kita lalui..tak semua tahu isi hati kita...Dah 8 tahun saya kahwin still belum ada rezeki.Saya akan cuba sampailah saya dah penat mencuba...bila dah dapat anak nanti dorang akan tanya bila nak tambah lagi? bila dah tambah nanti dorang kata pulak...tak penat ke? manusia.....

kuizikel said... [Reply to Comments]

biasalah mulut orang kan.. sy pon alami perkara yg sama dgn marinahunyy, bila baca ni pon dok bergenang dah ni, menitis air mata sebab tau apa rasanya, dah mls nak menjawab bila orang2 tanya, buat2 tak dengar pon ada, sbb bla orang tanya mesti nak sebak walaupun dah cuba kaver.. nak cuba menjawab scara biasa, tapi bila bercakap emosi akan lebih nyata, tu yg buat2 tatau tu..hhuhu T_T.. smoga kita sama2 dikurniakan rezeki baby yer.. amin..

Diarihatiku1976 said... [Reply to Comments]

saya pun sedang melaluinya... mcm-mcm perasaan yg ada dikala ini... hanya yg mengalaminya akan faham

nasaoji said... [Reply to Comments]

jgn putus asa duk berusaha dan berdoa,...

amalkan doa nabi zakaria, moga d makbulkan oleh Dia...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sedih vp sy bc n3 nie..walaupun sy peknen kali ke2 ni x dijangka n sy mcm mula2 xdpt menerimanya tapi bila sy pkirkan ade yang nak sgt anak tp xde rezeki, sy jd insap..akhirnya sy dpt menrimanya juga...

mmg sape2 yg di bg peluang utk dikurniakan anak, mmg kenelah bersyukur sgt2 kan...

MasLieNa said... [Reply to Comments]

Salam semua kwan2..
Saya pun pernah merasai semua tu selama 2thn setengah,tapi alhamdulilah sekarang saya dh ada baby boy 1thn 2 bulan.memang kita akan sedih bila org asyik tanya ari2.Tp percaya la bila dh Allah tentukan utk kita rezeki tu insyaallah kita akn dpt.
Yang paling penting,
beriktiar,berusaha,berdoa dan bertawakal.
Insyaallah rezeki tu ada,Allah maha adil..lamabt dengan cepat saja.
yang penting kita kena sentiasa berdoa.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^