Follow Viruspadu

Wednesday, October 28, 2009

10 Tips Blog Untuk Anda Siri 1

chewah chewah jemah macam pandai sangat buat blog sampai nak kasik orang tips katanyakannn

dah tu uols emel saya la YM saya la tanya mcm mana itu ini, ok2 fine, saya buat entry ni, walaupun tips tak seberapa, tp saya berusaha jugak menjawab soalan uols ok, baik tak! baik tak? haa puji jemah sekarang hahahahaha, menagih pujian nampak kah kah kah

ini jugak bersekali lah dengan tips nuffnang apakejadah tu semua lah wei, sekali lah tu

Jemah, ajarlah saya macam mana nak naikkan hits blog???? (walaupun saya tak sesuai nak bg tips ni, ini sekadar fakta jer lah yer)

1. Nawaitu / Niat

- ha hambek ko, siap nawaitu bagai, yessss ini serius ni wei, apa niat uols buat blog ni???? cite sikit kat acik jemah meh, citer sikit!, kalau setakat wat blog sebab nak naikkan hits, pastu nak dapat duit nuffnang jer, memang insyaAllah lah payah sikit nak berjaya hahahaha, siyestok weiii saya tak jumpa lagi yang berjaya buat masa ni.

Kalau uols betul-betul tgk la, blogger yang glameresss yang hits dia memang mencanak2 tinggi punya adalah bloger yang menulis dari hati dan sanubarinya, ewahhhh... dia sayangkan blog dia, blog adalah tempat luahan perasaan berkongsi rasa dia lah, dia buat blog bukan niat nak duit nuffnang la apa lah, tp duit tu mcm bonus laa, kalau dpt lagi la masyuk kan, kalau takdepun dia takde hal punya

haa biasanya yang mcm ni memang ramai pembaca sebab pembaca bersama-sama dengan dia enjoy dengan blog tu

2. Address Blog kau

address blog tu, kasik nama yang lain dari yang lain, yang sekali nampak mesti orang rasa nak klik, tp pelik2 pun ada banyak kategori, pelik yang saya maksudkan kat sini adalah, pelik+senangingat+senangeja, contohnya "viruspadu" hahahaha dan dan tu kasik contoh diri sendiri hahahahaha ok2 contoh lain ek "50sen" "tengkorakhidup" hahahahahaha boleh ke contoh nama mcm tu hahahahaha ah korang fikirlah sendiri,

tp jangan la nama yang pelik tp payah giler nak igt weiii contohnya "s4yacom3l1258" haa amik ko, siap ada nombor bagai, siap gabungan nombor huruf lagi, pehhh ini password boleh la kot kan

3. Identiti Blog

Blog kena ada identiti, kena ada tema, kena ada daya penarik,"kenapa aku mesti klik blog kau". haaa kenapa ek, ok ni contoh lagi ek, selain korang tulis cerita-cerita peribadi jalan sini sana, shopping sini sana, kena ada jugak info-info lah, contohnya kalau uols suka makan sup, haaa bagi rate setiap sup yang uols makan, dah jadi blog sup la pulak hahahaha, kalau uols suka melancong, haa tunjukkan tempat2 yang uols pegi bersekali dengan rate $$$ hotel, gambar bilik, selesa ke idak, spa dia mcm mana semua, jgn la setakat citer "hari ni aku lepak hotel blablabla, ini gambar, lepas tu aku balik" haaa ada paham???

kalau kau orang kelantan ke terengganu ke kedah ke, takyah besar la, ko orang bandar xxx ke kan, ko tulis kebaikan tempat ko, tempat percutian ke kan, atlis bila orang nak gi sana, google2 jumpa la blog ko

eh paham ke point ni ek

4. Hati mau baik

hahaha tak paham kenapa point ni ada sekali, tp betul lah, jd blogger kena baik ok, kalau tak nanti kat blog dia asiklah nak mengomplen itu ini jer, bosan weiiiiiiiiii, ko ajer la yang betul, orang lain semua salah kannnnn

5. Gambar dalam entry

masa belajar dulu pun kita dah diajar kalau nak belajar senang igt, kena lukis2 awan la apa la hahahahaha igt tak? ingat tak? hahahaha, manusia ni memang suka tgk gambar

sebab tu kalau uols perasan kadang2 cerita takde kene mengena pun dengan gambar, tp pedulik hape hahahaha

6. Tajuk Entry

tajuk entry kena ada drama sikit hahahaha, takyah title pelik2, tp title yang bila tengok jer terus nak baca isi kandungan dia

7. Gaya Penulisan

ini suka hati korang la nak tulis mcm mana, kang kalau jemah ajar satu2 kang harus kena wat kelas lak kan

8. Disiplin anda

igt sekolah jer kena ada disiplin, blog pun sama ok, igt senang ke jadi blogger hahahahahaha

9. Kreativiti

korang kena kreatif la dalam penulisan, ini memang takleh nak ajar, ini pandai2 la korang

10. Font dan Template Blog

Jangan tulis byk sangat shortfom, jgn tulisan kejap2 kaler lain, pening ok, tulisan biar standard la, besar dan mudah dilihat (ok jgn jadikan contoh font komen jemah dalam blog ni, penat dah acik cari dia punya coding nak besarkan, tak jumpa2 hahahahaha)

template tu tersusun sikit jangan letak main sesuka hati sepah2 (eh ni mcm blog jemah jer hahaha)

jangan letak wiget mengarut banyak sangat boleh tak, nak load sikit punya kejung2 menunggu, ko hengat aku takde keje lain hahahah eh ni pun mcm blog jemah jer :p

11. cita-cita

"jemah apa cita-cita kamu bila dah besar nanti" tanya cikgu jemah pada tahun 1990

"saya nak jadi blogger cikgu"

hahahahahahaha ok point last tu saya tipu hahahahahaha jangan percaya

ok buat masa ni tu jer yang saya share dulu, sebenarnya ada banyak lagi dalam kepala hotak saya ni, tp biasalah kan mana boleh kasik semua sekali harung, kang jemah buat tips blog version 2 pulak ok

Siri 1: 10 tips blog untuk anda :D

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^