Follow Viruspadu

Thursday, October 22, 2009

13: Kongsi Pengalaman: Parenting

Salam.. hehehe tetiba rasa malu laks..
bila baca ruangan kongsi pengalaman vp ni macam seronok pula. so saya pun nak gak interfere kat sini..

saya takde pengalaman sgt nak kongsi ttg BF ni, sbb tgk yang lain2 punya pun lebih kurang je macam saya punya.. so saya kasi tajuk lain pulak..hikss macam le saya punya blog kan..

saya ada sorang anak. girl, 4 tau. nak dijadikan cerita, anak saya ni nakal sikit. ada satu hari tu, masa umur dia 3 taun lah, saya balik dari keje masa tu dlm kul 2.30pm (sy keje nurse ikut shift). sampai umah je dia meloncat2 kesukaan tgk mamanya balik keje.

masa tu saya perasan yg kucing peliharaan saya takde menyambut kat depan pintu. saya tanya kat anak, mana bombi?(nama kucing). dia jawab taktau.. tanya kat bibik, pun taktau gak. tapi bibik kata tadi ada nampak anak saya main dgn bombi. so saya ingat mungkin dia merayau somewhere kat area rumah la ni..

petang tu lebih kurang kul 6 saya masuk dapur nak masak. kat dapur saya dgr suara kucing mengiau2.. saya pun cari2 gak kat mana arah bunyi tu tp xjumpa. alih2 dgn bibik n hubby sekali ikut mencari suara kucing tu.

nak dijadikan cerita, kebetulan saya buka peti sejuk nak amik sayur dlm tu. terkejut badak saya bila buka je peti sejuk bunyi kucing makin kuat. bila cek2 semua, masyaallah..!! rupa2nya bombi kat peti tempat simpan sayur kat bawah skali tu.. saya tarik je peti tu terus si bombi melompat keluar. kesian tul dia menggigil2 kesejukan. lemah gila. terus hubby saya bungkus dgn kain tebal bagi dia panas.

saya dah agak ni mesti kerja anak saya. bila saya tanya, selamba je dia jawab dia yang letak kat dalam tu. then bila saya marah selamba je dia blah dgn buat muka tak bersalah dia tu..adoi budak tu betul2 buat saya blur. bila ingat balik sekarang rasa lucu pun ada..

skg ni dia dah pun berumur 4 tahun. awal taun tu saya dah antar dia gi skolah cina. saya mmg dah train dia tak pakai pempes dari umur 3 taun lg. so kalo nak g kencing tu dia pandai la gi sendiri, cuma mmg kena buka suar abis la.

nak dijadikan cerita (eh, ada lagi ke?hehehe) masa mula2 masuk skolah tu asal balik skolah je mesti suar dia jadi lain. suar yg dia pakai pagi2 tu letak dlm beg, cikgu dia dah basuh. so saya tanya la kat anak saya, kenapa pakai seluar lain? mana suar tadi pagi? dia jawab cikgu tukar bagi pakai suar baru. yang anak saya ni pula kemain bangga lagi cite kat saya cikgu kasi suar ari2.

rupanya2 anak saya kencing dlm seluar kat skolah. tu sbb cikgu kasi suar baru tiap ari. tapi kena pulang balik la. cikgu cakap, anak saya tak pandai lagi kencing if seluar tak buka habis. kira macam kalo kat skolah tu dia kencing dlm keadaan separuh mencangkung, dgn suar buka sampai kat lutut, then kencing. mau tak kena suar tuh oleh kencing. saya nak bagi pakai pempes pun anak saya taknak, cikgu pun tak kasi.
bila ingat balik saya akan senyum sendiri. macam2 perangai budak ni kan.. hehehe.

itu je yang saya nak kongsikan kat sini.. thanx vp.
~izzaty~


hikhikhikhik, kelakar giler laahhhhh

tapi kalau saya yang alami tu memang dah terkeluar dah urat2 besi saya tu, almaklumlah habis kucing beku kekdahnya hahaha, banyak2 kan sabo yer izzaty

budak2 ni memang banyak nau experimen dia nak try test, semua nak lah pendek kata, (teringat anak buah ku yang terlalu geram dengan kucing sampai dia cekik2 itu kucing, adoiyaiiiiiii), seb baik omak eh pantas bertindak cari kucing tu kan, terjumpa kucing dalam petiais, kalau tak apa jadi la ngan kucing tu sekarang hiks

kesimpulan dia, kalau tgk anak kita mcm pelik lain macam jer, terus kena gi cek kekdahnya kan hikhikhik, kita ibubapa ni, kalau anak buat pelik2, mesti kita dapat "rasa" kannnn, power la IBU hahahahaha

kes kencing ni, saya konfem saya akan alaminya jugak nanti ni, so saya amik cerita ni sebagai pengajaran lah, nisa skrg pun dah mcm malas nak bgtau dah ni, uk alahaiiiii

terima kasih izzaty kongsi cerita manarik :p

4 komen[s]:

AyunasiA said... [Reply to Comments]

sibbaik ler peti ais dia bukan freezer dok bawah ek hihihi

Megat said... [Reply to Comments]

adoi la. pening melayan bebudak skang ni. terlalu cepat terlalu bijak.

pengalaman selama setahun menjadi house husband merangkap mengasuh anak sendiri cukup mengajar erti kesabaran huhuhu.

seronok membaca kisah yang dikongsi tersebut hehehe.

syazyatie said... [Reply to Comments]

kes instinct IBU ni sy 100% sokong. Bila anak kita jd good girl/boy semacam jek...musti ada pape. :0)

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

adoooii la.. memang lawak la.. ada karang kucing jd beku..
eemmm teringat masa ajar mirul tak pakai pampers.. mula2 memang dia tak mo ckp nak kencing ke apa. tapi blh la ckp.. seluar terselit la ma.. makna yg benar.. nak kencing la tu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^