Follow Viruspadu

Thursday, October 29, 2009

17: Kongsi Pengalaman: Kesunyian

Salam VP,

I ni pun sama gak mcm separuh yg lain dok jd silent reader vp…hari2 kena bukak baca blog vp, Selalu je gatal nak email tp biarlah terus jd silent reader je…uhhhh..uhhh…

Tp bila je baca pasal marinahunny….gatal lak tgn nak email vp sekadar kongsi cerita….

Vp, marinahunny and semua pembaca kat sana sinun…..

Bulan depan…insyallah saya bakal menyambut ulangtahun perkahwinan ke-4 dan saya masih berdua dengan suami tanpa hilai tawa anak-anak.

Amat terasa kesunyian bila pulang dari kerja tp sampai rumah sunyi sepi…..

Siapa yang tak kepingin zuriat setelah berumahtangga tp mungkin ini ujian dari Tuhan untuk saya dan suami.

Dah puas menjawab…dah tebal muka ni kena tempek ngan bedak sejuk….pegi mana2 mesti orang dok bertanya bila lg nak tambah ahli tp memang takde rezeki kitaorag lg…..

Kadang2 saya boleh menanggis sorang2 dalam bilik air sebab dah tak tahan kenapa sampai sekarang saya masih belum “berisi”….

Kadang2 saya merintih, meminta pada Tuhan kenapa saya di uji begini tapi saya sedar…ini ujian buat saya dan suami.

Dan yang paling perkara bodoh saya lakukan….saya meminggirkan diri daripada kawan2 saya yg mempunyai anak…pernah saya putuskan persahabatan dgn sahabat saya bila saja saya mengetahui dirinya hamil….bodohnye saya dikala itu…..

Tapi sebetulnya…jiwa saya tidak mampu bertahan….merintih…..

Saya betul-betul inginkan merasai pengalaman ibu mengandung…tapi apakan daya belum rezeki saya lagi….

Mungkin diluar sana akan mengata saya bodoh berkeadan begini, tp bg saya jika anda merasainya…baru terasa bagaimana jiwa akan merintih…..terasa kekurangan diri….

Tapi juga…saya bersyukur kerana suami amat-amat memahami diri saya, tak pernah sekali di hadapan saya dia mempersoalkan kenapa sehingga sekarang kami belum dikurniakan zuriat…..

Syukur…saya mempunyai suami sepertinya….

Buat Marinahunny….
Bersabarlah….mungkin belum masa untuk kita bergelar “Ibu”
Mungkin kita insan yang terpilih menerima dugaan ini….jangan putus asa…insyallah akan ada rezeki kita nanti….


Doakan agar suatu hari saya jugak mampu untuk merasai penglaman menjadi ibu…saya betul2 ingin merasainya….

Buat VP,

Semoga berbahagia bersama suami dan anak-anak yang comel tu….
Buat bidadari syurgamu….semoga sentiasa diberkati….


Buat readers yang disayangi, saya betul-betul sedih bila dapat emel sebegini, sebab saya tahu apa perasaannya.

Dear readers, bila ada kawan-kawan dikalangan kita yang bernasib begini, pleaseee... tolong la beri semangat, tolong jangan bergurau yang menghiris kalbu, tolong la jangan tanya soalan-soalan yang memang terdetik dalam hati, simpan ajer dalam hati tu,

"aku ni mulut memang lepas, tp hati aku baik" dah takyah cakap mcm tu, mulut lepas tu memang akan menyentap hati penerima, walaupun muka memberikan senyuman, tahukah anda bagaimana hatinya, bagaimana tidur malamnya dengan kata-kata kamu

"untuk mencari kawan yang baik, jadikan kawan yang baik"

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^