Follow Viruspadu

Monday, October 05, 2009

5: Kongsi Pengalaman : Breast Feed

Kak Pnut adalah salah seorang sumber inspirasi saya, bila dia sudi kongsi pengalaman dia, terharu pulak saya :D, thanxs kak, pengalaman akak amat berguna pada kami :D

Mah, akak nak story mori gak la pasal pengalaman BF ni..

Bagi yang dok follow blog akak gak, tau le anak-anak akak semua pre-mature kan, dua beradik anak-anak akak dua-dua lahir masa usia kandungan 30 mggu je. Lebih kurang 7 bulan 2 mggu je akak berpeluang untuk hamil.

Kalau ikut teori susu ibu mula terbentuk masa usia kandungan mencecah 7 bulan, akak lak 7 bulan udah diberanakkan, due to darah tinggi yang over tinggi masa pregnant.

So masa anak pertama, tak berapa ada pengalaman sangat, tapi dapat juga bagi breasfeeding, walau tak lama.. and bila pregnant anak kedua, nekad nak bagi gak BF setakat mana termampu. Bila lepas bersalin, sedih juga, cuba perah-perah susu macam tak keluar, tapi lepas 2-3 hari lepas bersalin, breast mula bengkak dan sakit, petanda susu sudah nak keluar, jadi dari pengalaman, dari pembacaan yang dikumpul, dan dengan bantuan nurse di hospital, kitaorang perah pakai tangan malam tu dapat le dalam 2,3 sudu je, for the first time. Baby akak masa ni masih di wad NICU lahir berat 1kg je, bayangkan beso mana, nak hisap susu pun tak boleh, mulut kecik beno, dan tenaga dia nak suck pun takder. Kalau ikut teori perubatan, baby pandai menghisap pada usia kandungan 32 minggu.

Tapi Nurse kat hospital tu sangat baik hati, lepas dapat dua tiga sudu tu dia terus pegi hantar ke NICU, tapi tak pasti bila first time dia dapat susu ibu, sebab sebulan yang pertama dia lahir tu keadaan agak kritikal, so ada kalanya dia tak diberi susu, hanya dapat bekalan makanan melalui drip, tetapi akak tetap kuat semangat, walau pun tak der baby di sisi, akak tetap pump setiap 2-3 jam, kalau tak kuat semangat, memang tak boleh nak BF sebab baby tak menghisap, dan baby tak der di sisi pulak tu. and paling kuat dugaan, sebab bekalan susu yang ada dalam badan bukan banyak sangat, sebab susu ibu agaknya baru je nak jadi, tapi akak ambik milk maid tea, and pil ASI untuk banyakkan susu badan, syukurlah dapat juga sekali pump session dapat kumpul 3-4 oz, jadilah baby prem bukan minum banyak sangat, 3-4oz tu pun dia dpt minum dua-tiga kali.

Jadi rutin akak masa berpantang, disiplin masa pump susu, teorinya demand and supply, lagi kita keluarkan susu, lagi dia akan terjadi. Dugaan sangat, sebab pump pun guna pump brand pureen guna bateri je. Baby takder untuk stimulate susu supaya lagi banyak. hasilnya dalam sebulan, berpuluh bekas susu dalam bekas dadih kecil tu akak kumpulkan, sampai penuh peti ais beku kat wad NICU dengan susu akak je. Syukurlah sangat, bekalan susu yang akak buat tu, cukup untuk stok sepanjang 3 bulan baby akak di NICU. tak der campur formula milk, happy dan bangga dengan diri sendiri. Sebab di wad tu akak tengok ibu-ibu baby prem lain tidak ada hasil 'selumayan' akak, sehinggakan nurse pun bertanya dan mintak pendapat akak, dan mereka minta akak kongsikan pengalaman BF baby prem ni dengan ibu lain.

Bila baby dah pandai menghisap sendiri, masa ni berat dia sekitar 1.5kg, akak dibenarkan direct BF, itu pun tak boleh terlalu lama, sebab doktor takut dia guna tenaga yang banyak untuk suck, and berat dia akan berkurangan. Jadi setiap 3-4 jam, akak akak pergi ke hospital, mujur rumah dekat je, jadi akak pegi untuk direct dia BF, cabaran lagi di sini, bila akak sampai, nurse bagitau baby baru je diberi susu EBM yang sedia ada di hospital, jadi bila akak sampai baby tido je, tanak menenen. Patah balik rumah, pump semula susu.

Masa baby di NICU juga, abah akak tenat, dan kami perlu pulang ke kampung, akak sampai beberapa jam je abah akak meninggal. di sini lagi mencabar, akak masih berpantang, dan dalam keadaan kalut ada kematian di rumah, akak tetap juga pump susu. Dalam perjalanan pulang ke kampung, akak pump jugak susu dalam kereta, hubby bawa kereta slow je, bagi akak selesa pump, nak berhenti tak nak sebab nak cepat sampai rumah emak. Berhenti kejap di RnR beli ais batu, untuk letak kat susu yang sudah di pump. Berkat kesabaran, lebih 6 bulan juga akak BF baby, satu kejayaan bagi akak, sebab akak bukan banyak sangat susu badan, sekadar 3-4 oz je sekali pump, tapi berkat rajin pump dan kumpul buat stok banyak-banyak bekalan tu cukup untuk 6 bulan lebih. Bila stok makin kurang, susu badan pulak tak berapa banyak sebab baby dah makin banyak minum, akak terpaksa campur sebab doktor punya concern ialah berat badan baby, sebab berat dia slow sangat naiknya. Tapi akak puas, berjaya juga BF dalam serba dugaan.

So bagi akak, kalau akak yang hanya hamil 7 bulan je berpeluang menyusukan baby yang duduk di NICU, akak di rumah, adik-adik lain yang berpeluang hamil 9 bulan, ada baby di sisi, ambil lah peluang nak breastfeeding anak-anak kita, satu pengalaman yang indah. Mungkin suatu ketika dahulu ilmu tentang penyusuan ini kurang dalam masyarakat kita, tapi sekarang ada teknologi bagai, pump canggih manggih, peti ais beso-beso... jadi kita berpeluang guna teknologi nak menyusu anak kita sendiri walau bekerja.

So go ibu-ibu sekelian, susuilah anak-anak kita dengan susu kita sendiri...

Muaahsss
Kak Pnut
http://ceritapnut.blogspot.com


kalau kak pnut yang bersalin pre-mature pun boleh BF anak sendiri, apatah lagi kita kannnn :D

~ Ingin berkongsi pengalaman anda, Sila Klik ni sini

4 komen[s]:

K.h.a.a.L.i.s.h said... [Reply to Comments]

citer kak peanut lebih kurang mcm citer sy jer....

baby prem 31st week... dok ICU.... mmg kira dugaan betul laa utk BF tambah2 bila baby takdak ngan kita.. mcm mana k.peanut rasa mcm tu ler sy rasa jgk hehehe... tp alhamdulillah laa..sepjg baby kat ICU hampir2 2 bln mmg fully BF laa... tp tu laa.... sempat BF dia sampai umor dia 5 bln je, pastu tepaksa stop atas sbb2 yg tak dpt nak di elakkan...

insyaAllah kalo bole yg 2nd ni pon nak try bg fully BF selagik yg bole... sronok tgk VP pon fully BF An-Nur... takan sy yg keja cikgu half day pon tak bole buat camtu kan hehe...


~~~ mama Khaalish ~~~

Dee said... [Reply to Comments]

tahniah pd kpnut n vp..sy masih x phm napa ada housewife yg xnak bf..padahal 24 jam ngan bb..hmmm..sy ckp ni..sbb mmg ada few frens n cousins yg housewife..tp mmg xnak bf..saja2..for no reason..

Aleyn said... [Reply to Comments]

Cukup tabik spring lah kat ibu2 yang berjaya menyusukan anak2 mereka...saya try 2 kali masih tidak berjaya....menyusu paling lama 3 bulan sajer...insyaAllah anak yang ketiga akan ku gigihkan jua.

Salam Perkenalan

honeysour's blog said... [Reply to Comments]

mmg salute la ngan kak pnut...
tahniah kak..

cerita2 kat blog kka jemah ni, buat lagi saya bertambah semangat nak BF baby saya nanti..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^