Follow Viruspadu

Saturday, October 03, 2009

Cutest Baby in STROLLER

Bila anak ke-2 saya, An-Nisa telah berusia setahun, dia sudah panjang langkah! Susah nak dikawal. Sekiranya kami keluar sama ada ke pasaraya untuk membeli belah atau bersiar di taman, An-Nisa tidak mahu duduk diam, dia mahu berjalan sendiri atau sekiranya dia letih, mahu didukung pula. Dan memandangkan pada masa itu, stroller arwah anak pertama sudah tidak sesuai lagi digunakan. Kami telah membeli stroller baru yang lebih sesuai bagi kanak-kanak seusia An-Nisa.


Nama: An-Nisa Abriza Bt. Shamsul
DOB: 25 Mac 2007

Banyak kegunaan stroller baru itu, bukan sekadar menjadi alat pengangkutan An-Nisa, kadang-kala bila An-Nisa tidak mahu menggunakannya, ia menjadi trolley untuk meletakkan barangan yang dibeli di pasaraya.

Dengan adanya stroller, anak akan lebih mudah dikawal. Kita pun tidak letih hendak mengejar atau dukung anak. Kini, setelah An-Nisa berusia 2 tahun 7 bulan, stroller itu menjadi milik adiknya An-Nur yang berusia 3 bulan. Ada masa-masanya, An-Nisa seakan cemburu dan ingin menaiki kembali kenderaan yang suatu ketika menjadi miliknya itu.

Memandangkan An-Nur baru berusia 3 bulan, dengan adanya stroller banyak memberi keselesaan kepadanya. An-Nur dapat tidur dengan nyenyak didalam stroller dan pada masa yang sama saya dapat berjalan dengan mudah.
Bayi seusia An-Nur seharusnya dibiarkan bebas dalam stroller.



Nama: An-Nur Abriza bt Shamsul
DOB: 17 Jun 2009

Pernah suatu ketika, saya terlupa membawa stroller ketika membeli barangan keperluan. Saya terpaksa mendukung An-Nur, sambil mengawal An-Nisa. Si An-Nur terpaksa saya tukar-tukar dukung, sekejab di kanan, sekejab di kiri kerana keletihan. Akibatnya, bahu An-Nur seakan terkehel dan dia menangis beberapa hari sehinggalah saya pergi bertemu doktor.


Sejak dari peristiwa itu, saya tidak akan tinggalkan stroller lagi, dan memastikan An-Nur sentiasa berada dalam stroller demi keselesaannya.

Ada pelbagai jenis stroller dan mengikut keperluan pemakaian serta usia bayi yang menggunakannya. Ada khas untuk bayi antara 0-12 bulan serta untuk yang berusia lebih setahun.


Lazimnya stroller bagi bayi boleh diturunkan menjadi mendatar seakan tempat tidur dan ditegakkan mengikut peringkat usia dan keperluan bayi. Bagi kanak-kanak melebihi setahun, lazimnya strollernya agar ringkas dan mudah disimpan/lipat.

Stroller yang kami miliki ini berjenama Sweet Cherry. Jenama ini agak mampu-milik juga, kerana harganya berpatutan. Jenama ini banyak dijual di pasaraya mega seluruh negara.

Terdapat juga stroller turut menyediakan seakan cup holder dan tray dihadapannya. Yang pasti, belilah stroller yang bersesuaian dengan keperluan anda.


Contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby in STROLLER Contest - Click here for more info:MomBloggersPlanet contest page:


Baby Photo Contest is proudly sponsored by:

AliceWonders :


PhotoBookMalaysia :

3 komen[s]:

zh-ena said... [Reply to Comments]

gud luck vp

Nanak said... [Reply to Comments]

semoga berjaya :)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

masa mula2 bc n3 vp yg pg sarapan tu tertanya2 jgk brand ape stroller tu..bc smpai n3 yg bwh vp dah tulis dah brand nya..sy minat sgt stroller yg 3 roda ni...tq vp

n gud luck utk contest itu....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^