Follow Viruspadu

Monday, October 12, 2009

Episode 21: You Pink My Heart

ok dah lupa kah, episode last u pink my heart, alah episode 20 tu, saya kepanikan yang terlampau apabila ter membawak jantan bawak balik rumah hahahahaha, TER katanya hahahaha

ok itu 1st time ok, veryyyyyyyy 1st time saya sendiri yang membawa kawan lelaki pilihan datang berjumpa ibu bapa, yang datang beraya tu tak aci yer, kang ada lak claim yang dia yang pertama datang la apa lah, lesing kang

ok ok

episode perdetingan bersambung lagi

Masa tu cuti umum, lupa dah cuti ape ntah weols plan baik punya, en. laloque datang uum nak jumpa buah hati pengarang jantung dia la katakan, melepaskan rindu dendam, lama weiiiiii tak jumpa, kalau tengok kalender cik jemah masa tu dah kucar kacir sangat dah hahahaha pangkah sini sana dah, dah tak macam kelender sangat tapi dah macam tiang letrik yang orang tampal2 "pinjaman ahlong disini hahahaha" pastu tampal lagi "bilik untuk disewa" ada lagi "plumbing sila call bla bla bla" hahahahaha macam tu la kekdahnya meriahnya kelender jemah

tak sabar tak sabar terbayang kalau jumpa kang nak pelokkk lama2 hahahahah giler lahhh, eh tak tak, takde la sampai gitu sekali hahahaha

memandangkan time tu adalah sesungguhnya cuti yang sememangnya cuti sangat tu kan, ofcause kuliah kelas apa jadah semua pun cuti lah, kalau tak memang nak kena la kan. so pepagi lagi kitorg dah gerak nak gi jenjalan.

dan macam biasa, plan weols adalah sebulan sebelum lagi dah plan dah

setiap hari plan bertukar2 kekdahnya ahahahaha

biasalah xcited sgt , keterujaan yang melampaui batas batas normal wa cakap sama luuu

tak paham kenapa rindu sangat sama si keding yang muka banyak jerawat itu hahahahahahaha opssssssss terkutuk laki sendiri pulek hahahahaha, tapi memang tak paham sama cinta itu buta, rupa paras bukan segala2, chewahhh, aku cinta kau bukan sebab rupa, aku cinta kau atas sebab apa????

saya cinta dia kerana semua yang ada pada diri dia

baik buruk dia, kentut merata2 dia hahahahaha, makan gelojoh dia, kelamkabut dia, caring dia yang terlampau2 itu, bahasanya, cara dia yang sangat memanjakan itu awwwww

wahhh itu yang saya rindu kan ok, rindu sangat

akhirnya hari itu muncul jagakkkkk

saat pertama bertentang mata setelah lamaaaa sangat tak jumpa

uk alahaiiiiiiiiii uols tak tahu macam mana dia punya dug dag dug dag dalam hati ni, berdebar2 toksah cakap laaaaaaaa, nak cakap pun terasa macam suara takleh kuar dahhh hahahaha, pastu muka asik nak senyum tapi muka tak tahu nak senyum macam mana, kalau boleh masa bercakap memang mata try pandang tempat lain hahahaha, eh tapiii tapiiiiiiii mana leh tunjuk sangatt, biasalah mana leh tunjuk sangat dia punya nevesss, cover beb, mesti coverrrr, buat macam selamber jer

jemah part2 cover ayu memang dia yang paling terhebat di pasaran hahaha nak suh tiba2 dia ketwok pun boleh wahhh tiba2 sangat, langsung takde kene mengena :p

weols planning nak gi penang uols, saje la plan jalan jauh2 sikit kan, baru la lama sikit boleh berdrama dalam kereta hahahahaha eh eh drama apakah itu??? hahahaha jangan fikir bukan2 sangat, uols tu bukan boleh hahaha, taklah, boleh la weols borak lama2 sikit gitu kannn, borak manja2, gaduh manja2, merajuk manja2... hahahahah part merajuk dengan jemah memang takleh tinggal, itu WAJIB

lagipun, Aloq staq zaman tu belum sehebat sekarang ni, on the way ke penang tu, en.laloque saje ikut jalan lama, ye la, kalo ikut highway cepat lak sampai. Lagi lambat sampai lagik bagus katanya hahahahaha eh muda mudi sekalian ini contoh tak baik hahaha jangan ikut ok jangan ikut :p

bila dah ikut jalan lama tu kan, dah tentu2 la akan lalu jalan Gurun kan, ternampak la signboard gi gunung jerai, terus jemah tergedik2 nak gi naik sana, sebab tak pernah gi kann, pepagi bolong tu weols daki gunung tu, tapi bukan la daki pakai kaki uols. daki dgn kereta hahahahaha kalau jalan kaki kekdahnya en.laloque terus hantar jemah gi spital kepitaman gitu, gunung jeraikan buleh naik ngan berkereta apa susah2 nak jalan kaki pulekkkk. pagi2 tu kan masih berkabus tau uolsssss cantik sangat, terus merpati dua sejoli ni feeling2 deting kat jepun gitu hahahaha aihhh bila lah nak merasa melancong tempat sejuk2 ni ek lalalalalalala

weols lepak kat taman atas gurung jerai tu sambil posing2 amik gambar laaaa eh ambil gambar tu harus sangat, sebab dah la deting sekali sekala, harus la pose baik punya nak buat kenangan la katakan,

ehem, ini la budak lelaki yang telah membawa anak dara orang tanpa kebenaran itu


eh jangan tanya mana tudung jemah melayang dah masa ni hahahahaha, zaman ni kan memang jemah suka2 jer, kejap pakai kejap bukak hahahahaha perangai ntah hapo2 ntah


weols lepak tak lama, yelah sebab berdua kan, pastu atas gunung bersejuk2 lak tu, bahaya! bahaya! atas tu tak berapa ramai orang, tapi memang ada orang laaa, so takut nanti tak manis di pandang orang, lepas lepak2 amik gambar, weols terus turun dan meneruskan perjalanan ke penang

Sampai je kat butterworth, memang weols ikut plan la, weols gi pulau naik feri pastu menikmati angin laut. fulamak aihhhhhhhh giler punya romantik loba loba betul laaaahhh, pastu terus menuju Ayer Hitam nak gi Bukit Bendera katanya. itu la 1st time ai naik bukit bendera uols, sikit punya jakun dah hahahaha

first time jugak naik ketapi dia. terus jemah feeling cite Azura lak... cam ogy ngan jamal Abdillah gitu giler punya retro hahahaha pastu nyanyi lagu sayang-menyayang cinta di kenang sambil guling2 eh kalau guling tu dah feeling hindustan tu hahahaha pastu larik2 celah2 pokok

ok dah dah melampau sangat dah berangan tu

dan kat sini jugak la 1st time weols pegang tangan upssssssssssss, eh part ni uols jangan baca sangat hahahahahaha, eh uols tak baca kan... tak kan hahahahaha

kelakar betul kalau igt balik, sebijik macam drama swasta minggu ini, jalan tangan melayang2 ke macam mana ntah, tiba2 terpegang hahahahahahaha lepas tu masing2 buat mcm tak tahu jer hahahahaha padahal muka dah merah padam dah

eh mintak2 mak tak baca part ni hahahahahaha

memang banyak kenangan manis la deting kali ni hahahahahaharun

ok lupakan part tu sekarang :p

semua tempat weols gi kejap2 jer, setakat jalan2 pastu amik gambar jer, semua kena cepat2 gitu, masa weols berdeting tak lama, jadi kena guna peluang ni semaksimum mungkin la, kang kalau boiren dah balik KL kang, sedihhhhhh huhuhuhuh

dah puas weols menikmati pemandangan pulau pinang, weols terus jenjalan lagi. memang time ni tak reti penat langsung hahahaha, eh penat tu apa cececeeeee, kalau suh lari 200km sejam pun tak penat, zaman bercinta sanggup meredah lautan api memang macam ni hahahaha

pastu zaman tu belum ade bukit jambul, queenbay mall apa jadah bagai lagi, yang ade cuma komtar je pun, tu pun dah kira hebat sangat dah. Tapi weols tak gi pun komtar, tak koso den doooo, weols gi batu feringgi. lepak2 pantai jap. lepak pantai pun wajib la kan, kata romantik :p lepas maghrib, weols gi makan kat padang kota.

ingat lagi padang kota dulu simple jer, peniaga berniaga bawah pokok buka gerai ngan bangku plastik, pasemboq pun murah lagi masa tu. Paling sodap ketam goreng tepung. Ketam dia besaq ooooo, umangaihhh terus terliuq :p weols beli pasemboq, pastu makan kat tebing tembok sambil bual2 manja dgn ditemani hembusan angin malam laut selat melaka, amboi... jiwang ooo hahahahahaha, seb baik tak bertembung ngan member2 en.laloque, kalau tak konfem member2 en.laloque rasa mcm pitam 17 juta kali pastu mati hidup semula tak caya apa dah terjadi kepada member rock kapak diorang ni hahahaha yang selalu claim dirinya sebagai ketua otai (gengster) kat sekolah hahahahaha, tiba2 bercinta sikit punya meleleh2 romantik deting tepi pantai hahahaha

masa weols gi balik padang kota masa nisa umur dia 4 bulan, lainnya la kat situ, dah takde dah gerai bawah pokok ngan bangku palstik dia tu dah ganti ngan gerai yg proper la, tapi harga berganda mahal nak tercekik2 ulu hati masa bayar hahahaha mungkin caj sewa bangunan dah tinggi kot

jaman dah berubah uols, dah berubahhhh

chewahhhh

lepas settle makan, terus weols gerak balik UUM, balik ikut jambatan pulau pinang, kali nie, pulang ikut highway, masing2 dah keletihan dah penat dah terasa nak makan orang hahahahaha dan nak cepat sampai, tapi yang pasti, saya yakin betul saya kunci lirik ini, eh sampai UUM bukan terus balik bilik, ish ish ish jemah niiiii tapi weols gi lepak2 bilik Kelab Kenu dulu, sebelum ramai2 gi lepak kat D9, Kolej Petronas

dan sehari berdeting jemah dan en.laloque memang sangat berkualiti

ini episode deting semata2 hahahahahaha

next episode adalah episode last day di UUM yer... last dayyyyyyyyyyyyy

Episode lama You Pink My Heart, baca di sini:-

8 komen[s]:

HasneY said... [Reply to Comments]

salam jaymah..wei..ngko tak der tempat lain ker ngan bertenet..kt gunung jerai nun jadi pilihan....he..he..tp walaupun akak org Kedah maii...malu nak habaq mai..kak tk penah pun gi gunung jeraiiii tu...ha..ha..kesian kannnn..kan.kan..kan jaymah kan?

RiEz said... [Reply to Comments]

hahaha akak terimo kasih sambung citer ni...gumbira la ader benda nak baca nih =)

mYpRecious said... [Reply to Comments]

time berdeting mmg tak hingat penat dah kak.. Sehari suntuk berdeting pun takpe.. hikkss..

mila said... [Reply to Comments]

fuh.. lega. ada jugak sambungan citer 'UPIMH' nih...
lagi..lagi..
cepat la cik jemah sambung.. syok jugak baca citer chenta orang kan..kan??

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

woooo deting yang sangat berkualiti best baca sekali menghayati heheh

nasaoji said... [Reply to Comments]

tu diaaa...jauh p dating nya ekk..

first dating mmg rs mcmmm...eeerrr...sesuatu lah... :)

eYra said... [Reply to Comments]

wah..akak vp..jauh nyer dating...saya org dkt area gunung jerai pon xsampai lg....

hanim.. said... [Reply to Comments]

laarrr..org uum ke..sama laa kite..beza umo kite sthn je..means lebih kurang je laa timing kite kt sana..nyeh3x..jemah kolej mana..course apa..sy pernas..cos accounting..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^