Thursday, October 29, 2009

Episode 23: You Pink My heart

Kisah percintaan bersambung lagi :0 ops silap emoticon :)

episode lepas adalah episode yang santai tak agak2, simple sangat, just nak bagitau yang saya dah menamatkan zaman berexam bagai, zaman gi kelas jalan kaki laju2, makan sorang-sorang kat foodcourt, tiap-tiap malam bergayut telifon sampai bila tengok bil telefon rasa nak pitam 18 juta kali, pura-pura tido awal sebab nak cepat esok sebab nak kuar dating hahahaha

wtf punya bosan aaaa last sem tu, yelah masa tu saya macam merajuk hati nak lepak kat bilik kelab kenu, mcm ada isu mengarut-ngarut yang ntah hape2 ntah, so rasa dah tak enjoy sangat dah, so kurung jer diri dalam bilik, buat hal sendiri, bergayut (eh ulang lagi point ni), lepak bilik along layan movie jepun yang vcd dia berkoyan2 sangat, sanggup tak tido semata2 nak habiskan tgk vcd2 tu, ishhhhhh tengok vcd kemain semangat lagi, cuba suh study??? cubalah cubaaaa... sekejapan jer tiba2 lapar la nak buat air la apa lah, nampakkkkkkkk sangat la kauuuu

bila dah balik KL uols tak tahu macam mana dia punya syorgaaaaaaaaa laaaa

seronok ok hahahaha, masa ni terasa macam terus nak balas dendam, balas dendam apa tau, sebab masa kat UUM kan kita macam nak deting sikit punya susah kan, sekarang dah dekat kan, haa masa ni lah saya paksa en.laloque ajak saya deting tiap2 hati, muak la kau tgk muka aku weiiiii

"abang balik keje, pukul 4.15 yer"

"a ah"

"amik la ma, kita makan kenny roges nak"

"nanti mak ma marah kang, keluar2 ni"

"alahh kejap jer, mama lapar la, kita gi makan jer, lepas tu balik la"

hahaha kopak la en.laloque masa tu, hari2 mintak belanja makan sedap2 lak tu, hari ni kenny roges, esok a&w, esokl lagi KFC, siyes laaaaaa masa tu saya macam tak fikir sangat pun pasal orang tu ada duit ke idak ke, suka2 jer paksa hahaha keji ok, sbnrnya saya nak jumpa2 jer, sbb rindu, lagipun praktikel belum start lagi, so cuti2 ni nak gak jumpa

lepas tu ada sekali mcm

"abang tak order apa2 ker?"

"takpelah abang dah kenyang la, td kat opis abang dan makan"

pastu saya macam pelik jer, takkan boleh kenyang pulak lagi, lepas tu baru rasa terdetik yang, alahai siannyaaaa mesti duit dah bajet2 tu, yelah masa tu lum kawen kan, duit nak menabung lagi, chehhhh nak kawen la katakan, duit minyak itu ini semua, gaji masa tu dah la seciput jer kan, awek lak suka2 jer hari2 mintak belanje makan itu ini hahahaha, ok2 i insaf sekarang, yelahkan nak balas dendam tak dapat deting kat UUM katanya, tu yang jadi jakun giler tu hahahaha, sori my dear darlingggggggggggg :p tp respek la en.laloque masa tu sebab walaupun dia dah bajet2 sangat duit tetap ayat cover jer dengan awek, jaga hati awek la katakan, eh tp sbnrnya sampai sekarang pun en.laloque macam tu hahahaha

dan bermula lah zaman praktikel ku, kat redi* (saje gedik cover2 nama) uols, kat TTDI nunnnnn, kalau ikutkan dari cheras baru tu memang takde bas direct gi sana la kan, kalau ada pun lompat2 bas la, lepas tu kalau turun bas kena amik teksi bagai semua, baru la sampai, weiiiiii gilakah begitu,

oleh kerana jemah adalah sangat mengades kebabom kebabom, dah tu dapat pulak title anak kesayangan manja intan payung pengarang hati jiwa lara, wahhhhhh panjangnya title jemah hahahaha, konfemlah ibubapa takkan sanggup tgk anak dia yang tangan sikit punya lembut mcm tak pernah basuh pinggan kat rumah ni nak naik turun bas macam tu kan ewahhhhhhhh, jemah kalau part puji diri melambung2 tu ko serah jer kat dia, boleh jadi 15 muka surat depan belakang tu puji diri sendiri jer, lepas tu baru masuk isi karangan hahaha, patut la BM ko teruk dulu :p

saya pegi keje abang saya hantar, ude sayalah, yang sekarang ada anak bernama akim yang comel mata bulat suka senyum tu, hiks, ude saya ni, kalau nak bagi award abang terbaik abad ini, memang boleh sangat kasik kat dia, sbb kan uols, dia kan dari zaman saya sekolah tingkatan 2 lagi dah keje dia jemput saya balik sekolah, hantar saya gi sekolah, hantar gi sontok, jemput dari sintok, dah besar menggalah pun masih lagi mengades2 nak berhantar gi praktikel hahahaha, biasalah ai kan manjaaaa

oh cerita pasal ude ni kan, dia ni kan, cuba kalau kawan2 dia kaco saya, marah ooo dia hahaha saya sukeeee sekali, pastu kawan2 ude tu sebenarnya bukan nak sakat saya sangat, lebih nak sakat ude tgk dia marah jer hahahaha, lawak betui

tapikan tapikan, balik keje kan, saya telah dengan jayanya memaksa en.laloque datang menjemput ku, lalalalala jadinya pagi ude hantar, balik en.laloque jemput, wtfuntastik lobaloba kehidupan seorang yang manja dan sampai sekarang bengap tak ingat jalan hahaha, wei hari2 abang saya hantar gi keje selama 4 bulan itu, sampai ke sudah saya tak igt jalan hahaha, cuba ko tinggalkan aku kat tengah2 jalan, konfem nanges hahahah

saya prektikel di redi* dengan pelbagai cerita pelbagai pelbagai2 lah, ilmu yang paling saya igt adalah bagaimana nak pakai photostet mesin yang boleh sort pastu staple sekali wahhhhhhh jakun2, lepas tu asingkan quotation masukkan dalam sampul surat hahahaha, giler tragis betul punya pengalaman kerja hahahah takpe ilmu tu sampai sekarang saya pakai hahahaha, berguna betul ilmu tu hahaha adoila, budak praktikel memang mcm ni

tapi memang takleh lupa dengan akak-akak abang-abang terbaik kat sana, i miss u ol so much laaa, kalau uols baca blog fink ni, roger2 la adik mu ini ok

redicare1

ini kira besfren for ever n ever ni, me n hasnila ros, "eh apsal nama ko terbalik, sepatutnya ros hasnila" hahahaha ila dah bosan dah dengan ayat tu weiii dari kecik sampai kecik jugak sekarang, orang dok tanya soalan yang sama hahahaha

redicare2redicare3

masa zaman prektikel jugak adalah zaman yang ko kena kuat iman weiiiiiiiiii, kuatkan lah iman kuu hahahahah

alah uols paham2 jer lah kan, jiwa tengah remaja bergelodak, eh tak la remaja, tp memang umur2 saham tengah agak melonjak naik la hahahaha, kenal macam-macam orang

masa tu memang kata ko, setiap hari ada jer dapat callcard lah, dpt phone la, pastu yang nak kenal tu bukan calang2 punya orang weiiiiiiiiiii, kereta punya mahal depa pakai, sedangkan en.laloque masa tu pakai proton saga jer, kalau jemah ni materialistik memang dia dah blah dah, terus pasang sparepart dua tiga dahhhh,boleh ajak shopping buat2 tak tgk tag harga hahahaha

wei jemahhhhhhhhhh ayat ko ni berbaur riak dah takbur lah hahahaha, ko perasan cantik ehh... eh taklah taklah, cuma nak cerita zaman itu waktu itu dugaan percintaan saya dan en.laloque sajer, takde niat lain ok, sila paham sekarang.
redicare4

lepas tu kadang-kadang tak tahan bila orang kutuk kita depan2, contoh mcm "apalah yang ko nak ngan dia tu, bla bla bla"

fine la weiiiiiiii, aku punya suka la sape aku suka, takyah la susah2 nak tolong bagi nasihat yang useless itu, blah kau! kau igt ko ensem cehhhhhhh bila tgh marah mesti keluar ayat tu hahahah, mcm dah takde modal lain kalau nak marah

sebenarnya dugaan banyak, mulut longkang pun banyak sekali,

yes kadang-kadang niat orang tu bergurau, wei ko bergurau, ko tak tahu hati aku dah macam kene hiris2 dah, walaupun muka aku senyum ko igt aku suka ke lawak menghiris kalbu kau itu haaaaa

kadang2 tak paham sangat, kita yang duduk ontok2 diam2 tak kaco orang langsung, dok buat hal sendiri jer, tp tahu2 kita ni jadi bahan cerita orang, sangat lah wtf wtf wtf ok, tp takpe, itu bermakna, kita ada X faktor gitu, igt mawi je ada X factor hahaha tetiba mawi, memang sentiasa dapat pahala free punya

en.laloque balik keje kuk 4.15 kan, saya abis keje kul 5, pastu saya paksa en.laloque sampai mesti sharp on the dot jam 5 mesti dah ada kat parking hahahaha, giler lah minah ni suka paksa2, tp pelik en.laloque dapat jer sampai pada masa yang dijanjikan, tak terbayang mcm mana laju dia bawak kereta dari opis dia, sian diaaaaaaaaaa, cuma ada la sekali sekala dia terlewat siki, tu pun awek dia muncung sedepaaaaa sangat hahahaha

redicare5

saat tu saat paling indah, tiap kali balik keje, kita satu kereta, dalam kereta borak-borak gelak, ngadu-ngadu manja, lepas tu dapat makan sama-sama sebelum balik, kadang2 window shopping sebelum balik

so sweet la moment tu

saat memang takleh lupa

saya rindukan moment itu :)
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^