Follow Viruspadu

Sunday, October 04, 2009

ini baru betul2 ladang, baru betul2 sayur, bukan macam farmville tu

jumaat lepas saya balik cheras

malam2 tu jugak balik sebab nak hantar lappy dell yang merah meletop-letop tu kat akak saya, nanti minggu ni nak order lagi satu, wahhhhhhhhh bagus2, laris bisnes budak opis saya kalau mcm ni hahahahaha, uols kalau nak beli lappy tapi tak reti nak beli, pastu malas nak fikir banyak, pastu takut kene kelentong, haaa kontek je ai yer, ai kasik no fon opismate ai ni, uols deal ngan dia jer sonang, insyaAllah dia ni yang saya kenal bagus la orangnya, senang cerita, senang bikin bisnes sama dia

dan pagi sabtu tu, saje la round2 rumah mak saya, umangaih dah macam2 pokok dah ada uols, dengan pokok epal nya, pokok epal tu ntah hape nama ntah, tp epal dia kecik jer, sedap lak tu, pokok sawi ada, tomato ada, cili ada, sayur apa jadah jenis segala sayur mayur ada, kagum tak kagum uolssssssssssssss, tanah sekangkang kera jer pun, hahahaha tiba2 terbayang monyet terkangkang hahahah ok itu mengarut :p


ini semua kerja emak ngan adik saya la ni si erieq, betul2 rajin budak ni, kagum betul saya


"mak banyak nya pokok kan, rajin betul ayi tanam pokok2 tu"
"ye mah, tak duduk diam jer"

untung la sape jadi bini ko nanti teh oiiiii

pagi2 dah bangun dah terus jaga pokok, buat baja sendiri semua, umangaihhhhhhhhh ni yang terasa kalau saya kaya saya nak belikan tanah ni hahahaha, tak padan2 dengan banyak hutang berangan lagi nak beli tanah hahahahaha

en.laloque cubaan meng-kidnap pokok apantahnamadia dari rumah mak, eh ni bukan cubaan, memang dah kidnap dah pun

sebenarnya en.laloque punya minat dengan erieq sama tau

papa, apa kata papa amik semangat uteh tu hahahaha kita tanam pokok mcm uteh tanam kat rumah kita mesti best kan, wahhhhhhhhhhh suruh orang memang senang hahahahahaha

tahniah erieq, andak bangga dengan kau

entry ni khas untuk adik ku erieq sebagai pembakar semangat dia untuk berjaya

2 komen[s]:

Diarihatiku1976 said... [Reply to Comments]

bercucuk tanam bagus .. amik aura dari tanah.. ahahkss...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bkn calang2 org kan boleh bercucuk tanam...ade yg tanam jer esok lusa dah layu, tangan panas..sy plak xminat cucuk2 tanam ni...:)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^