Tuesday, October 20, 2009

kenduri doa selamat orang nak gi haji dah, lepas ni turn mak jemah pulak

sekarang dah musim orang gi haji kan

eeee bestnya kan, bila lah agaknya saya nak merasa gi tanah suci huuhuhuhuhu, masih dalam proses kumpul duit lagi ni, dapat gi umrah pun dah bersyukur sangat dah

sepet ngan erieq untung, kecik-kecik dah gi umrah dah, rezeki dorang sungguh la haiiii

makabah saya pun insyaAllah akan ke sana jugak dalam masa terdekat ni, masih menunggu surat dari tabung haji jer lagi, makabah mesti hati dah tak sabar dah tu, nanti dapat la tu, dapat tu hahaha sabar yer mak abah :p

habis la ko zack-u, duk la ko sorang-sorang kat rumah tu hahahahaha, ada momok ok,

mertua adik ipar saya, rezeki dia, awal dah dapat surat semua, jadi dia buat kenduri sikit la, kenduri doa selamat semua, buat sabtu malam ahad, jadinya weols pun siap-siaplah nak ke banting pulak, seb baik lepas balik dari kenduri FF masing-masing dah bongkang tido dah, boleh refill sikit la tenaga tu kan

ontheway ke banting

nisa belai adik dia dah gaya macam nak buli adik dia jer hahahahaha

sampai-sampai sana dalam jam 9.15 jugak lah, majlis pun dah selamat dah kot, weols macam terlewat sikit la, eh lewat ke, patut lepas isyak ke hape ek, haha ntah la, sebab saya sampai2 jer terus ikut pintu belakang, so tak tahu apa jadi kat depan nun

nisa menjadi rebutan dua jejaka hahahaha jejaka kata ko, atok ngan sepupu dia daaaaa


ni gaya ben10 lagi ke?? hahahaha biasalah mama nisa tak penah tgk cite ben10, jadi memang tak alert hapebenda ntah dorang buat ni, tapi yang pasti, osah nampak kamera, konfem tetiba dua2 orang budak ni buat gaya hahaha


kita perempuan-perempuan duduk belakang jaga anak je lah, sambil sembang pasal anak, pasal susu anak wakakakakaka ohhhhhhhhhhhh very the gadis kampung mcm tu hahaha, eh tapi bukan gadis la kan


lagi aksi ntah hape-hape nisa ngan harris



dalam jam 11.00mlm kot macam tu weols bergerak la balik seremban

ntah macam mana ntah, tukar-tukar kereta

sekali kunci sana tertinggal sini, kunci sini tertinggal sana, sungguh harubiru hahaha, atlas masing-masing singgah rumah saya dulu, nak amik kunci dulu, kang macam mana pulak nak masuk rumah kekdahnya

semua sekali setel dalam jam 12.30 kot macam tu

aduhai bantalll bantallll help meeee

~ keputusan bowling tu bukan saya menang la uols hiks, itu senarai team saya jer tu, team ada banyak wooooooo, team saya dapat nombor 5 ke 6 ntah mcm tu, kumpulan ada 7 tak silap saya hahahaha giler nombor tercorot morot di belakang

1 komen[s]:

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^