Thursday, October 08, 2009

panduan untuk ibu2 BF yang baru

ok ni antara benda yang wajib bawak kalau nak pam susu kat opis yer, kira basic laaa


no1: mesti lah pam
tak kisah la jenama pam apa pun, janji pam yang uols selesa pakai, kalau dpt beli pam yang bagusssssss tu lagi bagus

no2: beg pam yang kedap udara ke macam mana ntah nama dia, haa beg susu la senang cakap
kalau beli avent set ni memang dia siap2 dah bagi beg, tp kalau uols tak berapa cukup duit nak beli sekali set semua, boleh beli beg susu sahaja kat momslitleone tu, ada je jual, kena pandai2 la carik yer

no3: botol susu / plastik susu / bekas dadih (tak tahu nak bg nama apa)
yelah ni penting la kot, kang nak simpan susu perah kat mana pulak kannn

no4: icepack
kalau macam dalam gambar tu, yang hitam tu dari momslilteone, sejuk tahan 12 jam tak silap saya, satu lagi yang biru tu beli kat tesco hahaha tahan lagi lama tak silap, sbb tu yang untuk orang camping punya

jemahhhhhhhhhh... saya pam kat opis satu hari 3 kali tau, penat la asik nak cuci botol jer, macam mana ek????

ok tu sbnrnya pengalaman saya jugak tu, dah la toilet bukan main jauh lagi, kalau tak tahan nak terkencin* tu (motip letak * hahaha macam la orang tak tahu) memang lap2 peluh jugak la hahahaha, lepas tu perjalanan balik ke opis baru nak duduk boleh terasa nak terkencing balik dah hahahahaha eh tak la tipu tipu, saje kasik sound efek dia nampak ganas sikit

tp memang penat la kan, kalau uols memang pam kat surau yang ada paip tu ok la, boleh suka suki cuci senang lenang kan

bayangkan kalau dah la toilet jauh,

mula2 masuk surau pam, lepas tu gi toilet cuci, lepas tu masuk surau balik simpan
lepas tu sesi kedua lak, masuk surau pam, lepas tu gi toilet cuci, lepas tu masuk surau balik simpan
lepas tu gi toilet amik air semayang, lepas tu gi surau solat
lepas tu masuk surau pam, lepas tu gi toilet cuci, lepas tu masuk surau balik simpan

berapa kali daaaaaaa ko nak kena ulang alik gi surau

apa ko dah takde keja lain dah ke, asik muka koooooooooooooo je lalu situ

penat satu, malu pun satu :p

setelah melalui fasa penat nak mampos kulurkilir surau toilet surau toilet, saya pun macam biasa google2

terima kasih google memudahkan kerja2 ku, chewah

jadi saya terbaca la info ni tp siyes dah lupa kat blog mana

ayat dia mcm lebih kurang la

kalau sehari di opis, sesi pam adalah 3 kali, so susah nak cuci tiap kali lepas pam, simpan pam yang telah dipakai dalam beg bersama icepack dia, so dijamin ok la, lagipun kan susu boleh tahan sampai 4 jam lebih kurang (suhu bilik), kalau suhu sejuk (icepack) boleh tahan lagi lama lah, dlm 8 jam kot mcm tu, tolong betulkan kalau saya salah

jadinya kalau kita start pam jam 10, sampai jam 4, baru 6jam mcm tu kan, so ok la

kalau lg malas nak cuci, simpan pam dalam peti sejuk, so boleh tahan lagi lama laaa takyah cuci

tp jangan la malas sgt pulak, kalau dah ada paip tu, cuci jer la, kalau yang takde ni yang toilet jauh2 ni, ok la

sebab tu la saya bawak dua ice tu, satu tu sampai2 je opis terus saya masukkan dalam petiais, yang satu lagi untuk letak dlm begpam :p

jemah jemah, mcm mana ek nak hantar susu gi taska, boleh bawak biasa2 ajer ke?

ok kalau boleh la, kalau ada beg susu ni bagusss, beli siap dengan icepack dia, saya beli ni pakej itu hari, satu beg ni ada 4 botol ngan 3 icepack, harga dia RM99

tujuan dia nak kekalkan suhu susu masa perjalanan nak ke taska / rumah pengasuh

so susu pun tak rosak la kan

tp yang takde tu, jgn tension2 pulak, saya awal2 dulu takde beg ni, saya pakai tupperware jer, lepas tu saya letak ice ketul2 tu kasik sejuk hikhikhihk

ok tu jer kot panduan basic untuk uols

kalau ada pertanyaan tanya jer, tp saya jawab kat entry lain lah yer, bukan kat komen box

dan kalau ada yang tersalah info, tolong betulkan yer

8 komen[s]:

HasneY said... [Reply to Comments]

MUJUQLA umah pengasuh ngan umah akak..dekat.jekr...3 minit tak sampai...hu..hu..akak bubuh dalam bekas plastik jerk.....
psst: jaymah..akak beli logan kt kedai seng..seng..akhirnyaa...so hari2 ni makan air longan..rebusss..mak aii itam tul air dier erk....ntah tawon berapa kt kedai seng seng tu..hu..hu..apapun demi utk anakku....telannnlaa jugakk..hari2

Shairil Amirayu said... [Reply to Comments]

akum kak jemah... nak tanya... annur ni dihantar ke rumah pengasuh yang memang jaga annur sorang ke, or ke nurseri? sebab saya plan nak anta anak saya ke nurseri tahun depan, masa tu umur lebih kurang 7 bulan... still nak breastfeeding, tapi risau sebab takut nurseri kalut nak kasik susu perah ni... just nak tanya je, thanks...

viruspadu said... [Reply to Comments]

hamunosuke,
akak hantar kat nursery, budak memang ramai la,

sebelum hantar kena pesan dan sembang2 la mcmmana2, rasanya dorang boleh handle susu kita

yelah dorang memang xpert part2 jaga budak/bayi ni kan

tp apa2 pun try sembang2 la dulu mcm mana yer

NuRuL AiNA said... [Reply to Comments]

salam kak jemah..

ni nak tanya yang icepack warna biru yang beli kat tesco tuh..

camno fungsi die...

kite letak dalam petiais dulu ek sebelum guna..?? masa tengok kat tesco tuh lama tatap benda alah tu nak tau fungsi tu camna..

saya pun bf anak..baru 2 bulan lebih...tgh bersabar dgn karenah die yang main2 direct feeding nih..klu dari botol laju je minum...huhuh

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

thanx vp bg tips2 tu...mgkin sy skrg xde soalan lg sbb kndugn sy pun baru 3 bulan...tp vp punya tips byk membantu ape yg tersarang dlm kepala otak sy ni..he he he..
mcm sy pun nnti bb akan anta jgk di taska sbb abgnya sy anta taskan, mgkin nnti sy akan berborak2 ngan org taska tu pasal susu bf nak disimpan kat taska tu..

strawberi said... [Reply to Comments]

so..nnt susu yg dh perah tuh..babysitter kena panaskan ke atau camne yer..tak nyusahkan dorg ke agak2nya..dorg nak ke wat benda2 leceh nih... :p

mila said... [Reply to Comments]

salam vp,
nak share gak nih..
dulu masa baby 1st saya EBF gakkan.. tp x pakai alat pemerah.. just guna tangan sendiri lagi senang..
cara simpan plak.. saya perah 3 kali setiap hari.. simpan dalam tupparware ja.. kat opis ada mineral water yang sejuk & panas tu..so, saya cuma gunakan air tu ja.. aircond kat opis nih plak kuat & sejuk sesangat.. boleh ja susu tu tahan hingga waktu balik..

info yang vp bg tu memang best ble guna utk anak yang 2nd nih.. due hujung bln 3 nih.. nak p cari la ice pack tu kat tesco & beg yang kedap udara cam vp pnya..

Shairil Amirayu said... [Reply to Comments]

ha'ah tu satu lagi nak tanya... kiranya kita kena taruk keyakinan kita pada orang nurseri la yang dorang akan panaskan susu tu ikut syarat... yelah sebab dorang jaga ramai budak kan...sakit kepala memikir... satu lagi opsyen amik maid tapi kalau boleh memangla taknak....bebudak yang dianta ke nurseri ni ada disiplin skit...

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^