Follow Viruspadu

Tuesday, October 06, 2009

segmen Kongsi Pengalaman

Salam

wah wah wah, macam best je kan bila ramai je yang hantar emel kat saya kat segmen kongsi pengalaman tu, buat saya teruja je baca satu2 tau

tapi saje la saya nak bagitahu yang segmen kongsi pengalaman ni bukan untuk kongsi pengalaman breastfeed je tau

hari tu saya dah list kan, tapi sebab jemah teruja tak pasal2, nak kasi terang lagi bersuluh lagi hahahaha

ok ok

1. uols boleh ceritakan pengalaman jaga anak, mungkin cerita anak tercekik ketika makan ke, anak demam panas yang tiba2 panas sampai nak pengsan ke, shopping2 tiba2 anak hilang dari mata seketika, lalu panik ke, pengalaman beraya rumah orang sekali anak uols pecahkan barang tuan rumah yang mahal ke kannnnnnnnnnnnn, banyak pengajaran ok cerita uols tu, boleh la share2 dengan jemah.com ni wahhh sejak bila tukar nama belog ni hahaha

2. pengalaman usaha uols mendapatkan anak ke, lepas tu dapat ayat2 mulut longkang suka perli2 ke, uols nak luahkan perasaan di sini, aci jer, pembaca jemah kat sini semua prihatin tau, banyak bahu untuk uols di sini

3. uols memang ada bakat sangat dalam multimedia ke kartun ke apa, tapi tak tahu nak share kat mana bakat uols, daripada peram sorang2 tengok je kan, apa kata share dengan weols

4. ada pengalaman macam2 hal dengan rakan sepejabat, sedara mara kat kampung hahahaha, tapi seeloknya biarlah cerita uols bersekali dengan kesimpulan dan pengajaran, takat cerita kutuk2 tu taknak la kan

5. uols dulu memang pengguna kad kredit berjaya lah, tp sekarang habis gaji uols bayar hutang kad kredit jer, dan lepas tu uols menyesal, dan macam mana uols selesaikan masalah tu, dan pengajaran untuk orang lain jugak

haaa detail tak penerangan ai hahahaha

dan macam2 la pengalaman yang uols rasa nak share, silakan silakan jangan malu2 uols

jadi apa tunggu lagi, jom KONGSI PENGALAMAN uols

emel ke viruspadu@yahoo.com

1 komen[s]:

Eyriqazz said... [Reply to Comments]

Berkongsi Pengalaman :Susu Untuk Bayi

http://eyriqazz.blogspot.com/2009/10/berkongsi-pengalaman-susu-untuk-bayi.html







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^