Follow Viruspadu

Sunday, November 01, 2009

18: Kongsi Pengalaman: Breast Feed

Salam Kak zaimah

Saya actuallyy dah lama mengikuti blog akak nieh. Saya ni salah seorang silent reader akak. saya just nak share pengalaman breastfeed dengan akak. Saya melahirkan anak yang kedua pada 15 May 2009.untuk pengetahuan akak, saya tidak berjaya untuk breastfeed anak yang pertama disebabkan kekurang ilmu berkenaan BF ni.

So, untuk anak yang kedua ini, saya berazam untuk breastfeed.tak dapat exclusive pun tape, asalkan anak saya berjaya minum susu ibunya sendiri pun dah memadai. Saya melahirkan anak c-section. Pukul 10.00pm, saya telah dihantar kembali ke wad dan pukul 11.00pm, saya dah start untuk BF anak walaupun dengan keadaan yang agak longlai (ubat bius tueh cm ngantok sket). Tapi cuba banyak kali juga sebab baby macam tak nak direct BF..saya cuba and cuba smpai pukul 12 lbey camtueh, baru berjaya BF..memang gembira sgt2 sebab anak saya merasa kolustrum yang sememangnya penuh dengan khasiat.

Malangnya, keesokan hari, saya mula mengalami sakit kepala yang amat sangat sampai tidak boleh menyusukan anak saya. Doktor sahkan saya kena spinal headache (dimana hanya 2 dalam 1000 akan kena bila kita menjalani pembedahan di spinal and epidural)..sampai doctor cakap saya nie memang bertuah la sebab the choosen one gitueh.

Tapi sakitnya memang tak boleh nak describe. Ini disebabkan saya tidak berehat sejurus selepas pembedahan dan meangkat sedikit kepala(suppose kena lying flat after ceaser kan ).Nak buat macam mana. Semangat nak BF anak masa tueh kan and nurse2 pun tak pulak cakap apa2 time tueh.disebabkan itueh, saya tidak dapat BF anak selama 3 hari.

Tapi saya pump susu dan berikan kat anak di nursery. Apabila discharge, satu lagi dugaan, di mana anak saya terpaksa ditahan kembali sebab bacaan jaundice dia agak tinggi. Lagi sekali saya tidak dapat direct BF selama dua hari.dan saya juga mengalami migraine seminggu selapas bersalin.

Rezeki susu untuk anak saya tidak lah sebanyak macam orang lain. Satu seisi pump paling tinggi saya dapat adalah 3 ounce.macam2 saya cuba untuk memperbanyakn susu, tapi hasilnya tetap sama.Walaupun terpaksa campur pada siang hari, namun saya tetap Fully breast feed pada malam hari atau pada waktu cuti.(anggaran 90% Bf).

Bermacam2 dugaan yang saya face sepanjang experience Bf anak yang kedua ini. Jika tiada semangat yang kuat serta dorongan daripada suami, tidak mungkin saya Bf anak saya sampai ke hari ini ( Qaisara telah berumur 5 bulan). Perbezaan yang ketara yang saya dapat lihat untuk anak yang kedua ini berbanding anak yang pertama ialah dari segi kesihatannya.

Alhamdulillah, anak saya yang kedua ini tidak demam setakat ini. Berbeza dengan abangnya, yang senantiasa sakit. Ini disebabkan kandungan antobodi yang ada didalam susu ibu tersebut.

Kesimpulan yang saya dapat buat di dalam Bf ini walaupun baru 5 bulan berjuang, kita perlu ada semangat yang kuat untuk BF dan sentiasa yakin yang susu kita cukup untuk anak-anak.Tiada jalan yang mudah untuk mencapai kejayaan.begitu juga di dalam dunia BF.Tetapi dengan semangat yang kuat dan keyakinan yang tinggi,tiada apa yang mustahil.I’allah, untuk anak yang ketiga, saya berazam untuk Exclusively Breastfeeding.

Siti Salwa

Salam, saya setuju, tiada satu pun jalan mudah untuk berjaya. Jangan sesekali menggunakan "kekurangan" yang ada sebagai alasan tanpa berusaha :)

SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK :)

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^