Follow Viruspadu

Friday, November 13, 2009

dia telah pulang ke pangkuan ku :p

"x dpt la tiket utk balik ptg nie, papa balik cam biasa kut, 9 mlm dr kuala terengganu, jangka sampai kul 10 mlm. x sabar nk jumpa mama. lindu mama sesgt"

"frust"

"papa dh usaha. tp xdpt, maaf sayang"

"frust jugak"

kah kah kah, bini lalok ni x paham bahasa kot, nak frust2 jer kah kah kah

tiba-tiba en.laloque call

"mama, tadi mas call, dia kata papa dapat tukar flite bla bla bla"

hahaha terus muka jemah berseri2 bagaikan ada lampu kelip2 yang pasang kat rumah time nak raya tu, :p

"papa, biar mama jemput papa yer"

"mama tahu ke jalan ni"

"takpe, ikut signboard je kan"

"ok hati-hati yer"

lalalala berbunga2 hati ku dapat jumpa suami tercinta walaupun beberapa jam awal sikittttttttttttttttt jer, rasa mcm zaman bercinta pulak, satu jam bagaikan setahun huhuhuhuh, gedik tau kak jemah ni :p

jadinya, kat opis pun dah gediks sangat dah asik ternengok2 jam jer, bila lah nak kul 5 ni kan hahaha, gediks ooooooooo

tepat ajer jam 5 weiii, terus kemas2 barang, siap solat asar sekali terus,

terus memandu dengan tenang sekali, dalam hati tu berdoa, jangan la aku terdrive balik rantau lak kang hahaha, saya bukan boleh, selalu macam tu, kalau dah terplan nak pegi sana sini, tiba2 khayal tak sedar diri, gelak2 layan sinar, nyanyi jerit2 dalam kereta, rilex je drive, tahu-tahu dah sampai depan pagar rumah kah kah kah, poyo betul, canno tu?

kali ni memang betul2 bertakafur ni, masuk highway... masuk highway KL, masuk highway KL hahaha, giler lahhh

semuanya berjalan lancar, walaupun hujan renyai2 masa tu dah membinawekan sikit dah keadaan hahaha, dah la kak jemah tak reti jalan, mmg betul2 bergantung hidup dengan signboard ni, sekali hujan pulak, mana nak nampak sangat jalan, mana nak baca lagi, ishhhhhhhh leceh betul

tapi rasanya jalan dah success sangat dah ni, tapi rasa tu ada sikit pelik sikit, terus call en.laloque yang dah sampai pun kat KLIA

"papa, apsal terasa macam jauh jer ek, hari tu bawak ngan ana (sepet) tak la jauh mcm ni"

"biasalah mama, bawak sorang-sorang memang mcm tu"

"tapi jalan dia pun rasa lain jer"

"mama tak perasan kot"

erm agaknya la kot tuuu

eh apsal terminal bas lak signboard ni HAHAHAHAHAHA konfem sosek niiiiiiiiiiiiiii HAHAHAHAHA

"Wife aku si VP tu, ngan berani2 takut nyer bersungguh2 nak jemput kat KLIA. Beriya2 nak jemput. Tapi yang lawaknya, dia leh sesat barat... sampai ke Putrajaya... kisah lanjut, korang tunggu jer kalo dia nak cerita kat blog dia... yg penting selamat sampai sudah la kan... kalo xsesat bila nak pandai jalan..." ~laloque



giler punya sesat hokeyyyyyyyyyyyyyy

sampai round tu roundabout sampai tiga kali tak tahu nak masuk lorong mana hahahaha

pucat2 lesi dah dalam kereta

"papaaaaaaaaaaaaaa mcm mana ni, mama dah sesat ni"

"mama kat mana sekarang"

*nangessss*

"mama takuttt, papa marah tak?"

"tak papa x marah, kang kalau papa marah kang, lagi mama panik"

hahaha, saya memang dah nak termasuk KL dah weiii, seb baik en.laloque kata masuk lorong "putrajaya"

siap kena uturn bagai semua, muka dah biru semua, dengan jalan licin brek mengejut semua, dengan kena honnnnn lagi adoi laaaaaaa

terus terasa nak taubat nasuha dah, nanges2, lepas ni taknak dah jemput uwaa uwaaa uwaaaaa

dah la hilang tol kad lagi, menggelupur cari mana pulak den suruk an niii, dah la panik nak kuarkan duit nak bayar tol, tambah dengan parkinson lagi

padan muka jemah, dah tak reti, tapi gatal nak jemput sendiri :p

saya sampai2 KLIA dengan selamat jam 6.45pm, tak la over sangat kot, dari seremban kul 5.15pm kan, cehhhh nak jugak tu kredit diri sendiri yang sosekk tu, bikin malu keluargo yo

en.laloque menyambut bini dia sampai dengan muka panik, seb baik bini den sampai jugak, kalau tak, kono pasang khemah la den kek KLIA ni kekdahnya hahaha

balik1


"papaaaaaaaaaa..." buat muka manja tak siap, pasal muka panik tak habis lagi, tapi bajek manja hahahaha

"lama papa tunggu?" soklan bangang mcm nak kena bekheng, kawan tu dah sampai kul 5ptg dah, 2 jam kot menunggu :p

terus dia menghulurkan sesuatu yang ehem ehem kepada isteri dia ehem ehem ehem ehem ehem ehem ehem ehem ehem

berkat kakjemah merajuk secara terbaekkkkkkk kuang kuang kuang

akhirnyaaaaaaa uolsss, akhirnya....

balik2balik3

sape tanya harga, siap dia, saya pun tak tahu berapa harga cincin ni

kalau RM5.60sen pun ai rela you (kalau betul siap dia hahaha)

dan malam tu kami pun sosah keropok lekor dengan riang :p selepas meletupkan satu plastik sos kopok lekok, penat acik lap mejo, phewww

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^