Follow Viruspadu

Friday, November 06, 2009

Panduan Penyimpanan Susu IBU

ok hari tu saya ada buat panduan macam mana nak hantar susu BF ke taska kan, apa barang-barang yang perlu uols sediakan, icepack segala bagai semua

ok kali ni sebenarnya lagi basic punya panduan la, mungkin basic ni ramai yang mencari-cari kan

Mula2 kita cerita jangka hayat susu dulu yer

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

1. Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
2. Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
3. Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
4. Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
5. Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
6. Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
7. Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
8. Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

* Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
* Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
* Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
* Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda

2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

* Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
* Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:

1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu.
2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH:

* TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
* TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
* TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
* Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

rujukan dari momschoice

semua info saya copypaste je tu, malas nak karang ayat semula, sebab saya rasa dah paham sangat dah ayat tu, takyah nak tambah apa2

harap ibu2 ngertik yer

6 komen[s]:

ciare (^_^)v said... [Reply to Comments]

thanks for the info :)

ummu ajmal said... [Reply to Comments]

Thanks 4 the info

ummu ajmal said... [Reply to Comments]

Thanks 4 the info

ummu ajmal said... [Reply to Comments]

Thanks 4 the info

ibunaznoy said... [Reply to Comments]

Thanx info pnting ni..nk copypaste jgk blh ye..tq!

Aainaa Dhamirah said... [Reply to Comments]

Salam.

Kalau susu froxen, kita pindah utk cairkan di bahagian bawah..

Setelah itu, dia kan expired bila?

Adakah 24jam?

Yg 7hr tu apa dia?

Maaf sy br nak belajar..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^