Wednesday, November 04, 2009

Panduan Untuk IBU-IBU BF Yang Baru

ok ni antara benda yang wajib bawak kalau nak pam susu kat opis yer, kira basic laaa


no1: mesti lah pam
tak kisah la jenama pam apa pun, janji pam yang uols selesa pakai, kalau dpt beli pam yang bagusssssss tu lagi bagus

no2: beg pam yang kedap udara ke macam mana ntah nama dia, haa beg susu la senang cakap
kalau beli avent set ni memang dia siap2 dah bagi beg, tp kalau uols tak berapa cukup duit nak beli sekali set semua, boleh beli beg susu sahaja kat momslitleone tu, ada je jual, kena pandai2 la carik yer

no3: botol susu / plastik susu / bekas dadih (tak tahu nak bg nama apa)
yelah ni penting la kot, kang nak simpan susu perah kat mana pulak kannn

no4: icepack
kalau macam dalam gambar tu, yang hitam tu dari momslilteone, sejuk tahan 12 jam tak silap saya, satu lagi yang biru tu beli kat tesco hahaha tahan lagi lama tak silap, sbb tu yang untuk orang camping punya

jemahhhhhhhhhh... saya pam kat opis satu hari 3 kali tau, penat la asik nak cuci botol jer, macam mana ek????

ok tu sbnrnya pengalaman saya jugak tu, dah la toilet bukan main jauh lagi, kalau tak tahan nak terkencin* tu (motip letak * hahaha macam la orang tak tahu) memang lap2 peluh jugak la hahahaha, lepas tu perjalanan balik ke opis baru nak duduk boleh terasa nak terkencing balik dah hahahahaha eh tak la tipu tipu, saje kasik sound efek dia nampak ganas sikit

tp memang penat la kan, kalau uols memang pam kat surau yang ada paip tu ok la, boleh suka suki cuci senang lenang kan

bayangkan kalau dah la toilet jauh,

mula2 masuk surau pam, lepas tu gi toilet cuci, lepas tu masuk surau balik simpan
lepas tu sesi kedua lak, masuk surau pam, lepas tu gi toilet cuci, lepas tu masuk surau balik simpan
lepas tu gi toilet amik air semayang, lepas tu gi surau solat
lepas tu masuk surau pam, lepas tu gi toilet cuci, lepas tu masuk surau balik simpan

berapa kali daaaaaaa ko nak kena ulang alik gi surau

apa ko dah takde keja lain dah ke, asik muka koooooooooooooo je lalu situ

penat satu, malu pun satu :p

setelah melalui fasa penat nak mampos kulurkilir surau toilet surau toilet, saya pun macam biasa google2

terima kasih google memudahkan kerja2 ku, chewah

jadi saya terbaca la info ni tp siyes dah lupa kat blog mana

ayat dia mcm lebih kurang la

kalau sehari di opis, sesi pam adalah 3 kali, so susah nak cuci tiap kali lepas pam, simpan pam yang telah dipakai dalam beg bersama icepack dia, so dijamin ok la, lagipun kan susu boleh tahan sampai 4 jam lebih kurang (suhu bilik), kalau suhu sejuk (icepack) boleh tahan lagi lama lah, dlm 8 jam kot mcm tu, tolong betulkan kalau saya salah

jadinya kalau kita start pam jam 10, sampai jam 4, baru 6jam mcm tu kan, so ok la

kalau lg malas nak cuci, simpan pam dalam peti sejuk, so boleh tahan lagi lama laaa takyah cuci

tp jangan la malas sgt pulak, kalau dah ada paip tu, cuci jer la, kalau yang takde ni yang toilet jauh2 ni, ok la

sebab tu la saya bawak dua ice tu, satu tu sampai2 je opis terus saya masukkan dalam petiais, yang satu lagi untuk letak dlm begpam :p

jemah jemah, mcm mana ek nak hantar susu gi taska, boleh bawak biasa2 ajer ke?

ok kalau boleh la, kalau ada beg susu ni bagusss, beli siap dengan icepack dia, saya beli ni pakej itu hari, satu beg ni ada 4 botol ngan 3 icepack, harga dia RM99

tujuan dia nak kekalkan suhu susu masa perjalanan nak ke taska / rumah pengasuh

so susu pun tak rosak la kan

tp yang takde tu, jgn tension2 pulak, saya awal2 dulu takde beg ni, saya pakai tupperware jer, lepas tu saya letak ice ketul2 tu kasik sejuk hikhikhihk

ok tu jer kot panduan basic untuk uols

kalau ada pertanyaan tanya jer, tp saya jawab kat entry lain lah yer, bukan kat komen box

dan kalau ada yang tersalah info, tolong betulkan yer

0 komen[s]:

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^