Follow Viruspadu

Monday, December 21, 2009

ehem ehem Datin Wannabe eceh :p

Rasanya ramai yang dah tahu dah kot, banyak kali dah saya bagi tahu yang saya jadi LO (liaison officer) untuk program tahunan isteri wakil-wakil rakyat beberapa minggu lepas, saya ditugaskan untuk menjaga kontijen dari sarawak aukkkkkkkkk hiks, mcm ada aura pulak ai dengan sarawak ni kan, dah la saya ada pengalaman yang indah masa gi cuti2 sarawak itu hari, dapat pulak jaga kontijen sarawak, memang cool giler lah

buat pembaca baru yang nak gi cuti-cuti kat sarawak, memang saya setuju sangat2, kalau nak guide or tak tahu nak lawat tang mana, klik sini, mungkin dapat kasik idea kat korang la

program ni rasanya memang last minit call punya punya program la, negeri sembilan jadi tuan rumah gitu, PEKERTI sahut cabaran untuk jadi tuan rumah walaupun last minit. cayalah pekerti. jadi weols selaku LO pun di beri penerangan lengkap, mesti tahu semua benda walaupun kita tak jaga benda tu, pendek kata la, walaupun saya jaga sarawak kalau ada orang tanya pasal johor ke perlis ke, mesti tahu jugak... wahhh knowledgeable sungguh kak jemah katanya hahaaha.... dan mcm biasa jugak drama kena lebih, walaupun sbnrnya tak tahu jawab kena konfiden kah kah kah

kalau dah nama pun isteri wakil-wakil rakyat, dapatkah korang gambarkan siapakah mereka????

konfemlah orang ado-ado uolsssssssss... konfem la datin2 dan dato2 dan berbagai2 lagi, eceh hikhikhik, sobab tu lah kak jemah merasa memegang henbeg yang mahal2 belaka itu hari lalalalalalala, lain ek enbeg mahal ni, kualiti dia memang lain, lembut dia lain mcm hushhhhhhh terus kagum oooo, saya kalau dapat enbeg mahal mcm gitu, terus beli almari baru semata2 nak letak enbeg tu punya pasal kah kah kah sanggup tuuuu, over giler ok

untuk jadi LO, PEKERTI memang murah hati, mcm2 gift weols dapat ok, kuih2 raya toksah cakap la, dapat2 terus open table kat opis makan ramai2, baju t-shirt ajer 3 helai weols dapat, baju batik lak 2 helai, dpt slingbeg lagi, dpt apatah lagi lupa dah, sbb menda kecik2 dan menarik sampai tak ingat hahaha

yang kelakarnya apa tau, ok kasik kak jemah gelak dulu hahahaha

masa pekerti agihkan baju t-shirt untuk LO-LO, kebetulan saya sakit mata, jadi saya mc, su pun cuti jugak, jadi takde sape2 yang simpankan or amikkan baju untuk weols tau, so the next day saya ngan su pun hegeh2 mencari datin yang uruskan baju2 ni, ada 2 jenis baju la, satu baju kuning satu lagi warna merah, yang merah tu ok ada saiz M, tapi yang kuning ni, dah la kena amik dua helai, sekali saiz habis ok uwaaaaaaaaaaaaaa... yang tinggal saiz XL ngan XXL jer hahahahaha, jadi saya ngan su amik la satu saiz XL satu lagi XXL tu je pun yang tinggal

jadi korang cuba tgk apa dah jadi ngan saya ngan su, dah mcm badut dah

datin1

su terpaksa lipat lengan hahaahh, su dah la baju saiz S sepatutnya, saya ni saiz M mujur la lagi, tapi siyes gelebeh giler hahaha, dah macam sakai dah dua orang minah ni, seb baik manis ecehhh sempatttttttttt haha

datin23 orang LO untuk sarawak, saya su dan aton

kitorang dimaklumkan yang kontijen dari sarawak akan sampai di KLIA pada rabu tengahari, eh rabu kot rasanya. dah lama kan program ni, baru hegeh2 nak update sekarang, tu yang semua info dah kelaut tu keh keh.

mcm kelakar giler pulak kitorang, dah la pakai baju gedebeh selekeh sakai hahaha, pastu nampak mcm budak sekolah fly ke apa ntah hahaha, pastu pegang sign SABATI SARAWAK hahahahaha, takpe takpe, mahal ok pengalaman ni, bukan semua orang rasa eceh cubaan memujuk diri sendiri yang sakai :p

masa kontijen sarawak sampai2 jer, masa weols jemput tu kan, ya ampunnnnnnnnnn cun2 giler wa cakap masa tu, giler laaaaah diorang punya vogue, terus down kak jemah yang mcm sakai hahahahaha, dah la kita memang super duper punya selekeh, jumpa pulak orang yang super duper bergaya semua kan holloh holloh holloh, (sambil berlari nangis masuk toilet)

hantar kontijen checkin hotel di royel, bagi penerangan sikit, terus bawa kontijen ke centrecourt untuk raptai perbarisan pulak, masa ni la weols verangan2 pegang beg mahal uols hahahahaha, dah mcm hape jer kitorang, tapi takpe, saya hepi jer eceh

datin3

su, kakgee, kakdayang dan saya lalalala

berat amek henbeg dorang ni hahahaha, konfem duit berkepok2 dalam ni hahahaha imaginasi tinggi, tp mungkin yer benar, sbb tgk dorang shopping pakai cash tuuu... tak main kad2 plastik ni, kagum tak kagum uolsss. buntang2 bijik mata ai masa dorang bayar hahaha, selama ni nak bayar duit sekeping pun tangan dah parkinson dah, ini kan pulak berkeping2 zap zap zap zap pehhhhhhhhhhh

datin4

malam dinner pertama, antara LO2 yang sempat bergambar, ramai ok LO, satu negeri ada 3 LO, pastu ada pulak LO venue la mcm2 LO adooo

memang yang pertama tau, sbb dinner formal ni ada tiga kali hahaha, sampai bila tgk gambar dari konpius dah

datin5

ehem, ini lah kontijen sarawak yang saya rasa paling cool sekali, diketuai oleh datin sri siti fatimah, datin paling comel sekali (pakai tudung barisan depan), masa ni kontijen tgh siap2 untuk perbarisan ni

ada ke patut, gambar masa opening tu saya tak hambek, cissss betul la, lupa batak betul la, jap2 curi gambar kat blog su jap kah kah kah


kredit untuk su


lepas habis opening dia yang deboom punya hebat tu, semua kontijen di bawak ke dewan MPS, masa untuk main badminton lorrr



datin6datin7datin8datin9datin12

gambar bersama kontijen yang sempat saya snap, konon nak amik dengan semua, tapi mcm segan giler pun ado, hahahah sejak bila pulak kak jemah pemalu ni weiiii hahahaha

korang perasan tak muka ai sembab giler, dengan mata sepet hahaha, baru lepas sakit mata bengkak2 tu, bukan mata merah, tp bengkak ok, jadi memang tak berani pakai mekap ke hape, sbb tu muka jadi mcm tu punya sakai haha, kalau datin2 tahu saya baru lepas sakit mata, terus dorang nyah kan dari situ hahahaha, tak pasal2 jer kang semua sakit mata :p

memang terer ok sarawak ni main badminton, purata dorang lawan semua memang dengan hebat sekali, bayangkan 15-1, 15-0, 15-1 mcm tu jer markah, tp atlas kalah jugak dengan satu group ni, dari perak ke mana ntah, lupa dah

tp kalah tu je sekali pun, tetap menang piala sri pepatih ok, bangga ai selaku LO yang tak de kena mengena langsung dengan kehebatan dorang sejak azali hahahaha

datin10

dinner ke 2

cun giler semua pakai baju batik pinkkkkkkkkkkkkkkkkk, tapi kenapa kak vp yang pink ni kena pakai baju hitam haaaaa, why tell me why, dush dush dush

hari yang ke berapa ntah, hari sabtu kot ni, ahh tak kisah la, kiranya hari last la, tun hasmah datang ok, terus terasa nak menitik air mata wanita besi kak jemah uwaaaaaaaaaaaaaaaaa... memang nak jumpa sangat2 ok, dari dulu lagi nak jumpa, akhirnya berjumpa jugak

korang tak tahu betapa xcited giler saya masa tu, dua kali turun salam dengan harapan tun hasmah tak ingat saya salam dah dua kali hahahaha, nak salam kali ketiga takut kena lempang jer hahahaha

datin11

kalau tun mahathir ada sekali, agak2nya kak jemah terus pitam kegembiraan kat situ huhuhuhuhuhu

lembut giler tangan tun weiiiiii hahaha, kak jemah sampai kesitu dia fikir, tangan dia lembut laaaa... mcm tak puas je salam, saya betul2 sayang sama tun hasmah dengan tun mahathir ok

datin13datin14

malam last :p

akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa berakhir jugak

yelah, jadi LO ni bukan senang, kita kena stanby sebelum dorang bangun tido, kena tido selepas dorang tido

tiap kali dorang nak kemana2, bas kena stanby 15 minit awal, rider (abang polis) pun kena stanby, henset kita pun kena stanby mesti ada batery, mesti ada kredit, nak makan pun tak sempat ok, makan main telan2 jer, takde masa nak kunyah2 menikmati makanan katanya huhuhu jadi korang boleh bayangkan betapa taf nya masa tu

dah la balik lewat, bangun awal, eh mana ada bangun awal, sbb kak jemah memang tak tido langsung sbb anoi demam masa tu, kalau ada anugerah ibu dan LO terbaik memang dapat kat ai ahahahaha perasan giler hahaha, yelah walaupun dah mcm rangka bergerak yang perut buncit sikit (sikit ke hahaha) tp muka tetap senyum ok, tetap lari2 cari bas, cari abang rider, tetap lari2 cari kat mana toilet vip kah kah kah

hari last, weols temankan kontijen shopping2 di midvaley... tp saya rasa mak2 datin ni lagi terer jalan kat midvaley dari saya hahahah, almaklumlah saya sampai kat sini baru 3 ke 4 kali mcm tu jer, dorang agaknya tiap2 bulan datang shooping situ kekdahnya kan, jadi kat sana semua berpecah termasuk LO hahaha, weols pun shopping jugekkkk, tp weols shopping dalam jusco jer lah ahaks, itu je pun yang mampu, ecehhhh

jadi macam mana pengalaman jaga mak datin ni?

orang kata susah la leceh la banyak karenah la, tapi pengalaman saya sendiri TIDAK sama sekali. saya rasa datin2 ni semua baik2 belaka, semua tak banyak karenah. saya senang sekali menjadi LO sarawak. mereka selalu menepati masa. kalau kata 7.30, dorang dah betul2 berkumpul 7.30, wahh senang betul. part makan tak berkira. langsung tak bersungut sikit pun. jadi malu lah kalau LO pulak nak bersungut kan.

kesimpulan nya:

nanti bila kak jemah jadi datin, kak jemah pun nak jadi baik2 mcm tu eceh berangannnnnnnnnnnnnnn hahahahahaha

sekian :p

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^