Follow Viruspadu

Saturday, December 26, 2009

percutian bersama keluarga ke kuantan

tiba-tiba rasa macam title skema giler :p

tapi memang betul ini percutian bersama keluarga ke kuantan, tapi tak cukup korum la, mak abah takde, abang takde, family kakcik pun yilek, atam ngan ciput pun nan ado, uteh tak follow, so rasa mcm tak lengkap jer, sedih :(

tapi masa mandi manda bersuka ria tak ingat semua tu hahahahaha lariksssssss

weols bergerak asing2, saya bertolak dari seremban, kaklang dari shah alam, akak ngan ode dari cheras, konon2 nak berkumpul kat tol ke hape ntah, tp sbb saya kuar rumah pun mcm dah lewat pastu siap singgah drivetru la apa la semua kan, so kalau akak ngan ode tunggu memang hazab la kan. harus la kalau ai sampai2 terus kena lazer berdas das hahaha, so dorang gerak dulu, saya ngan kaklang ajer konvoi, sbb memang dua2 ni lambat :p

awal perancangan akak kus, saya, ode ngan dia tido hotel, kaklang aje tido rumah ipar dia, tapi memandangkan mcm tetiba rasa mcm lebih banyak kebaikan kalau saya tido rumah ipar kaklang hahahaha, jadi saya pun tukar fikiran di saat akhir eceh

yelah kan, rumah sera mmg besoooooooo, dia pun mmg paksa tido rumah dia ececece hahaha, pastu ekonomi sikit rasanya daripada bayar duit hotel selama dua hari, pastu mcm nisa dapat bermanja2 dengan maklang selaku "mama" dia sob sob sob, korang tak tahu si nica tu, dah dpt maklang dia, mama dia ni dia buat dekkk jer, teringat satu kes masa papa dia nak cium pipi dia, dia leh marah hahahaha, dia ckp mcm mana ntah, lebih kurang mcm ni la, "jangan la cium pipi kakak, malu la kakak" muahahahahaha belum 3 tahun umur ko dah tahu malu kan hahahaha, lagipun masa tu dia berkepit ngan maklang dia, tu yang eksen tu, cuba kalau maklang takde, ketiak papa kau jugak yang kau carik kannn

sesampainya kat kuantan, kitorang tak terus pegi rumah sera (ipar kaklang) tapi terus lepak kat hotel akak ngan ode dulu

man1

ayin, nisa dan kaklang

tgk la jalan pun nak ngan kaklang je, cissssssssss

lepak di hotel grand continental, family akak satu bilik, ode satu bilik



kelakar giler bila akim ni kalau jumpa anoi, dorang boleh bercakar korang tahu, lucu giler, siap suara anoi gerit2 marah2 lagi, si akim nak terkam dia, dia nak cakar akim hahahaha, kecik2 comel mcm ni gaduh2 dah besar nanti macam umur dah 2-3 tahun mesti jadi besfren dah :p

bila tgk rasa macam ode masa kecik dengan saya masa kecik eceh jauh panggang dari api hahahaha

lepak2 dalam bilik ni, sempat jugak saya mandikan anoi, bagi dia makan semua

budak2 semua dah gedik2 sangat ajak turun pool, yelahkan masa ni la dorang nak mandi pool pun, kat rumah mana nak carik, tp budak2 takleh mandi kalau takde orang dewasa, jadi mula2 en.laloque pun turun la teman dorang, nisa siap dah tukar baju mandi lagi, tapi sudahnya dia takut2, teringat hari tu la masa kat melaka tu yang dia tersembam masuk dalam air tu, ala ada kat entry2 lama saya, malas pulak nak letak link, mungkin sebab tu nisa masih fobia. terpaksa la en.laloque tukar baju jugak, teman anak manja kesayangan intan payung dia tu tu mandi



korang tgk kesudahan dia hikhikhik

saya terpaksa turun jugak, kaklang ngan akak tolong jagakan anoi, nisa taknak mandi pool, papa dia yang lebih dia kuak lentang segala, chaittttttttt

bila budak2 dah puas main puas mandi, barula weols gerak ke rumah sera

pehhhh mmg besar la rumah dia, siap dia marah2 manja lagi kenapa yang lain duk hotel, phewww seb baik den duk rumah dia hahahah eceh :p

sampai2 jer rumah sera, terus kitorang melantak, sera ckp dia tunggu dari pagi kitorang tak sampai2 hahaaha, comel giler cakap mcm tu, terus rasa terharu giler. kitorang keluar rumah pun dah kul 11 pagi nak masuk tengahari dah, tp dia tunggu dari pagi keh keh,

kitorang makan betul2 tinggalkan ayam seketul je lagi buat syarat tak nak nampak gelojoh sangat kah kah kah kah

plan malam nak makan seafood, plan nak kuar kul 10malam kot mcm tu, tp tepat2 jam 10 tu hujan, aicehhhhhh... terus terbantut plan semua.

lagipun masa ni anoi dah tido, tak sampai hati saya nak kejutkan dia, jadi saya suh dorang je pegi, takyah la tapau apa2 untuk saya, kalau dorang makan seafood pun ntah pukul berapa pulak nak balik ke pangkal jalan ni, harus la saya pun dah tido dah.

tgh saya buat rumah orang mcm rumah sendiri, lepak baring2 depan tv hahahah giler tak comel perangai hangguk mcm ni hahaha, tiba2 dgr riuh rendah dah

"andak seb baik ko tak ikut tadi, semua kedai dah tutup dah, yang bukak lagi pun makanan dah habis"

muahahaha so ai tak la rasa ralat sangat keh keh

esoknya (dah mcm drama bersiri dah, 5 minggu kemudian hahahah)

sera pesan kena keluar awal, sebab katanya kalau lewat nanti kena parking jauh, lagi pun musim ujan semua kan, so weols pun alert la semua, tapi kalau dah ramai2 ni kan, bangun pagi nak sarapan segala katanya, sudahnya awal2 pun kul 10pg baru gerak, dalam kul 11lebih baru sampai sana, memang parking jauh koooooooo pehhhhhhhh

jemah dan ode dia



korang tgk anoi ngan akim tgh gaduh tu, emak bapak dia baik je belakon senyum2 depan kamera, anak dah liuk lentok dah hahaha comel sekali

ai pakai baju SABATI eceh terus feeling2 datin wanabe :p

dekat GAMBANG ni korang tak tahu punya hazab ramai giler la orang wuwuwuwuw

tapi sebab dari jauh datang merantau ke apa, ramai2 pun redah jer la, masa ni mcm risaukan anak yang lebihnya pun, takut budak2 ni tersesat ke kan, yelah ramai orang, dorang tahu nak seronok jer, kita yang beso2 ni la yang kena alert, sepanjang saya kat sana, saya rasa lebih 5 kali saya dengar announcement budak kehilangan ibu bapanya huhuhuhu bimbang ooooooooo, memang nisa ngan anoi saya pegang ketat2



muka mak dengan muka anak dah sama2 bulat dah :p

ni sbnrnya nak tunjuk bukti kejadian ni

kaunter dia nun jauh kat tepi sana ni, tapi dia punya lingkaran tak boleh blah langsung

seb baik ada abglang yang terbaik sekali gi beratur, abanglang cerita masa dia beratur ramai giler yang mintak nak potong que, mcm2 alasan la dorang pakai, biasanya pakai alasan bawak orang tua la takleh tunggu lama, wei jangan tipu wei hahahahaha, tapi mcm biasa abanglang memang suci hatinya, sbb alasan tu mcm comel jadi dia bagi la potong que tu, kalau orang tu tipu ke apa ke, nasib dia la ek, dosa sendiri tanggung eceh hahahah tiba2 insaf pulak, hahahahaha



dalam gift shop, masa ni la baru terhegeh2 nak beli serkup kepala tu, sbb mcm plan mandi jer pakai tudung hitam tu, tp mcm dah ternampak serkup tu mcm best pastu mcm gedik nak beli jugak pastu mcm nak dera en.laloque bayarkan, so amik jugak



ada jugak gambar kenangan satu family kat gambang ni :p

sementara menunggu abanglang beli tiket, lama weiiii, kesian abang lang yang beratur lagi terasa lama dan sengal2 badan :p





nak masuk pun sesak giler, phewwwwww

dah la ramai, lorong ni ada 3 jer depa bukak

dah tu pulak, cek dalam beg orang macam nak cek brand sepender orang sekali, cisss sangat menggeramnya jiwa yang menanti semata2 nak tgk orang bawak masuk makanan ke tidak cissss

kesian giler kat satu emak ni, ada satu roti tu, anak dia dah makan separuh dah, mmg tinggal sikit betul, takkan la dia nak buang kot, anak dia punya weiiii, itu pun kena tinggalkan kat luar, tetiba terasa mcm huhhhhhhhhh...

tapi nak buat mcm mana dorang hanya menjalan tugas eceh

jadi lepas ni, sape nak masuk theme park yang mcm gini, korang kena bawak beg seetru punya, pastu kalau orang nak cek beg korang, korang leh cakap

"takyah, takyah susah2 nak cek beg saya, tgk mcm ni jer, brand sepender saya pun dah dah lipat terbalik dah ni, senang korang nak tgk" hahahahaha sape buat mcm ni mmg kena makan seliper hahahaha



gambar ini adalah sesudah mandi, sesudah tukar baju segala

masa mandi masa sempat nak amik gambar kannnn

saya mandi dulu ngan nisa, lalok ngan anoi lepak tepi, lepas setengah jam ke sejam mcm tu, saya tukar baju take over jaga anoi, lalok pulak punya turn mandi manda

laki den untung la, sbb nisa taknak mandi ngan dia, nisa nak mandi ngan maklang, jadi dia dpt la merasa semua permainan orang dewasa sob sob sob, saya ni nak stori keBESTan mandi kat sana pun tak dpt, sbb hanya teman nisa mandi saja, balik2 kat kawasan kanak2 ajer lor

takpela, nanti anak2 dah besar boleh pegi lagi kannnnnnnn, apa nak terkilan sangat *nangis



anak emakkk :p

kitorang lepak kat gambang sampai kena halau balik muahahaha

baru la rasa puas hati dan berbaloi-baloi sebab kena beratur lama apa semua tu kan

terus balik rumah sera, rehat2, dan keluar makan balik, kali ni baru dapat makan seafood :p



di Tg. Lumpur

sebab terbaik

rasanya baru order, tak sampai 10 minit makanan dah sampai dah

memang service terbaik la

ai likeeeeeeeee

ok tu jer :p

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^