Follow Viruspadu

Thursday, December 17, 2009

restoran berputar episode lawatan sambil belajar

weiii dah beso2 gajah pun ado lawatan sambil belajar ke wei hahahaha

biasalah kak jemah feeling2 ikut cikgu naik bas lawatan sambil belajar ke zoo negara chewahhhhh... dah beranak tiga feeling tadika katanya, sewel ke hape ntah, jangan layan dia :p

tapi memang, memang lawatan ni naik bas hahahaha, tp ni bukan lawatan ok, ini kursus tapi siap singgah makan tengahari kat menara KL wuwuwuwuwuwuw (sambil kempas kempis lubang idung terasa bangga sangat)

kemain canggih ok, kelasssssssss kak jemah kan, singgah makan tengahari kemain tinggi melangit lagik tau wuwuwuw

fes time ok korang, saya naik atas tu. gayat toksah cakap la, jakun lagi lah hahaha, tapi macam biasa, muka mesti menten... jakun pun jangan over2 sangat ewahhhh padahal sekali tgk pun dah nampak dah kak jemah jakun tahap tertinggi dah, muka senyum tak boleh blah dah nyeh nyeh

pagi2 en.laloque dah hantar saya dah, kena tunggu bas kat mana semua kan, sedih pulak tinggal laki ewahhhhhhhhhh... touching ooo kak jemah hahaa, biasanya dia yang tinggalkan saya kan, kali ni dia yang hantar, tetiba rasa sayu pulak

sue dan saya, sementara menanti bas yang sesat jalan

g1

kalau tahu bas lambat den poie makan dulu, lapar giler ok, sikit lagi nak flyingkick lan sebab lapar wakakaka, tak pasal2 lan jadi mangsa hahahaha (mintak2 lan tak baca perenggan ni, fuhhhhhhhhh)

seb baik dalam bas dibekalkan air ngan roti ngan epal sekali ko, terus weols makan dengan rakusnya. eceh eceh eceh sbnrnya saya dah makan dah roti so takde la rakus sangat, saje buat cerita nampak mcm lapar sangat hahahaha

masa bas gerak tu pun dah mcm terlewat beberapa minitkan, so weols sampai kat menara pun mcm dah lari jadual sikit la, tapi fedulik hape kannnnnnn, masa tu kita yang ejas ewahhhhh

g2

jemah dan lan, muka masing-masing dah lapar dah, nampak kamera terus bajek artis kena terjah melodi, aww awww hahahahahaha tolong jgn gosipkan kami, tolong lah hahahaha, lan apsal ko picit pipi sendiri lan hahahaha, nak compare pipi sape lagi gebu ke wei :p takyahlah memang aku lagi gebus punya, tak caya tanya laki aku hahahaha opsssss larikssss

g3

disebabkan memang jakun dengan sangat tak boleh blahnya, dalam lift pun nak amik gambar hahahaha, korang tgk kak jemah amik gambar. ini tak pakai flash ni, terus kak jemah bercahaya2 keimanan hahahaha, angelic katanya kan phewittt phewitttt (jgn muntah heeehhh siap dia).

lif dia laju ooooooooo, siap menjadi pekak berapa peringkat tu wei, kejap pekak telan air liur, pekak lagiii telan lagi, pekak lagi... jgn pekak terus dah tu jangan weiiiiiiiiiiiiiiii

g4

bukti gayat tak boleh blah hahaha, siap peluk tiang

hahahaha biasa kak jemah memang over, gaya kena lebih

g5

gambar terbaik :p

terperanjat tgk bawah ewahhh, sikit lagi nak pitam ni, tapi pitam dalam senyuman lah kan, biasalah bajet2 kalau pitam ke kenalah ayu dan manis hahahaha blah la ko jemah, blah la koooo

ha meh sini saya nak cerita pasal sejarah restoran berputar kat tower ni, penat ok kak jemah baca sejarah dia khas untuk korang ni, baik giler kak jemah kan wuwuwuwuw.... semua bangun (kata ketua kelas) terima kasih cikgu... hahahah ok boleh sepak muka jemah sekarang.

korang tahu tak dulu restoran berputar ni sebenarnya tak berputar tau. dulu la, dulu2 tauuuu

korang tahu tak betapa sukar nya proses2 nak memutarkan restoran berputar ni

betul ooooooooooo tak tipuuu

tak caya tgk ni haaa...

g6

penat dorang tolak ok, habis keringat petani ke hape ntah hahahahahaha

adoilaaaa...

(ini lawak ok, sape tak gelak boleh baca perenggan seterusnya sambil tutup mata, i kecik hati dah :p)

g7

lagi ciri-ciri jakun hahahahaha
malas nak terangkan dah tahap kejakunan yang ntah mcm mana ntah, kalau boleh setiap sudut nak hamek gambar, banyak lagi gambar2 jakun, tp wellllllllllllll u know me, kalau i tepek2 banyak2 sangat kang lagi korang muntah

ok dalam banyak2 gambar, ini gambar paling berinfomasi untuk korang, jadi korang tak lah rasa membazir sgt baca entry ni hahaha, dalam banyak2 jakun ada jugak benda bermanfaat untuk dilihat, sape nak naik makan kat restoran berputar (setelah penat lelah ditolak oleh su dan lan hahaha), ini rate dia, boleh klik untuk paparan yang lebih besar kalau rasa rabun ayam :p

menu

ok apa yang menarik kat atas tu jemah?

selain daripada dapat naik lif dengan kadar kepekakan yang tinggi anda juga akan dapat:

1. tgk view yang cantik, terus feeling2 tgh buat google earth hahahaha

2. korang memang tak perasan tetiba je makanan dah berdekatan ngan korang, tetiba dah jauh, memang megik eceh.

3. korang2 berkemungkinan akan sesat cari meja makan korang lepas korang amik makanan.

4. dalam banyak2 makanan, paling spesial adalah icekrim dia hahahahaha, sbb korang kena jaga2, igtkan warna kuning adalah icekrim jagung, jadi telah amik secara tamak, rupa2nya icekrim mangga yang giler punya masam oooo, cuba bayangkan sekali suap terus korang nampak negara jepun hahaaha, ok sekarang korang bayangkan kak jemah terpaksa habiskan satu mangkuk huh!

5. dia ada buah tembikai susu yang sangat manis yang mcm buah tu kena rendam dalam air gula

6. ada macam2 jenis telefon dari zaman purba sampai sekrang

ok tu je kot

nanti episode di genting pulak :p (bila entry tu kak jemah hoiiii?)

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^